Monday, February 26, 2018

11 Calon Bukan Islam Wakili Pas Di N/Sembilan.



SEREMBAN: Sebanyak 11 calon bukan Islam dijangka bertanding atas tiket Pas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini.




Pesuruhjaya Pas negeri, Mustaffa Daharun berkata, mereka akan bersaing di kawasan yang majoriti pengundinya terdiri daripada bukan Melayu seperti DUN Temiang dan Lobak.

Beliau berkata, langkah itu kali pertama dilakukan oleh Pas negeri ini bagi menghadapi calon bukan Islam dan mereka dipilih daripada ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) untuk bertanding di bawah perjanjian Gagasan Sejahtera.

"Kami telah mengenal pasti calon-calon yang sesuai dan nama mereka telah diserahkan kepada kepimpinan tertinggi parti untuk dipertimbangkan.
"Separuh daripada mereka adalah calon muda sesuai dengan kemahuan para pengundi kini," katanya kepada pemberita selepas Pergisytiharan Gagasan Sejahtera dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya pakatan itu, di sini malam tadi.

Pelancaran itu disempurnakan oleh Pengarah Pilihan Raya Pas pusat, Dr. Ahmad Samuri Mokhtar.

Mustaffa memberitahu, daripada 36 kerusi DUN di negeri ini, parti itu sendiri akan bertanding sekurang-kurangnya di 27 kerusi dan kesemua kerusi Parlimen. Jelasnya, antara kerusi yang menjadi tumpuan parti itu ialah DUN Paroi, Ampangan dan Labu.

"Kami percaya Pas mampu memberi tentangan sengit kepada parti lawan," ujarnya.

Dalam PRU-13, Pas bertanding di 12 kerusi DUN dan tiga daripada lapan kerusi Parlimen, namun tewas di semua kerusi tersebut. (TKO)


 Iklan:
Hasil carian imej untuk tukang gunting rambut lelaki
Dikehendaki segera!!
Tukang gunting lelaki,

Berpegalaman mengunting rambut lelaki pelbagai usia. 
  • Pendapatan basic komisen boleh dirunding. 
  • Disiplin, jujur dan amanah amat diutamakan. 
  • Ciri-ciri tambahan, berketerampilan kemas dan mudah mesra. 
Kelebihan / Kemudahan 
  • Majikan yang prihatin 
  • komisyen dan gaji terjamin. 
  • lokasi Kedai yang bersih,selesa dan menarik dikelilingi 
  • oleh ramai penduduk. 
  • Berdekatan dengan Surau dan kedai makan. 
  • kedai berhawa dingin. 
Hubungi: 
Muaz;:
Sila hubungi.. 
018 2018342 
011 33111321

3 comments:

Anonymous said...

KUALA LUMPUR: MIC hari ini menggesa Ahli Parlimen DAP Charles Santiago supaya meminta maaf kepada semua penganut Hindu di Malaysia, susulan kenyataan beliau menyamakan perayaan Deepavali dengan Himpunan anti-kleptokrasi yang dianjurkan oleh Pakatan Harapan (PH) pada 14 Oktober yang lalu.

Dalam satu kenyataan, Bendahari Agung MIC, S Vell Paari mendakwa kenyataan Charles yang merupakan ahli parlimen Klang tidak bertanggungjawab, biadab dan tidak menghormati selepas menyamakan perhimpunan tersebut dengan semangat perayaan Deepavali.

“Selepas menyedari kegagalan epik ini, Charles Santiago sekarang cuba mengheret agama Hindu dengan berkata kononnya himpunan tersebut ialah satu “kemenangan atas kejahatan” yang juga merupakan salah satu kepercayaan penganut Hindu meraihkan perayaan Deepavali agama,” tegasnya.

“Dengan memberi kenyataan sedemikian, apa yang jelas menunjukkan adalah pemimpin-pemimpin PH cuba ‘merampas’ perayaan Deepavali kepada maanfat politik sendiri mereka. Adalah satu pengetahuan umum bahawa himpunan anti-kleptokrasi gagal selepas jumlah penghadiran yang sangat rendah,” katanya.

Hari Deepavali yang juga dikenali sebagai pesta cahaya merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut Hindu. Pelita akan dipasang dalam barisan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kajahatan.

“Saya di sini ingin mengingatkan semula kepada Charles bahawa ‘kejahatan’ itu berada di Pakatan Harapan sekarang di atas nama Dr Mahathir Mohamad seperti dikatakan oleh veteran DAP Lim Kit Siang dalam satu tulisan diblognya pada 25 Ogos 2012,” tambah Vell Paari.

Menurutnya, beliau sangat kecewa dan marah dengan Charles menggunakan agama Hindu demi politik beliau.

“Kalau Charles sangat jujur dengan diri-sendiri, maka perlu mengakui bahawa hanya ada sedikit masyarakat India yang telah menghadiri ke perhimpunan ini. Malah, pemimpin pembangkang India yang menghadiri perhimpunan itu mungkin melebihi jumlah peserta-peserta India dalam rali tersebut,” ujar Vell Paari lagi.

“Akhirnya, saya menggesa Charles perlu meminta maaf kepada penganut Hindu kerana mengheret agama Hindu dalam permainan politik PH. Jangan mengheret perayaan Deepavali mengaitkan Deepavali dengan kebencian,” katanya.

Anonymous said...

PAN, PKR dan Beraatu adalah khadam DAP dan DAP pula anti Islam

http://malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/691126-10-bukti-dap-anti-islam-menurut-ridhuan-tee.html

10 Bukti DAP Anti-Islam Menurut Ridhuan Tee

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah parti anti-Islam.

Yang pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak.



Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang, Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, 



Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. 



Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. 

Ketujuh,

DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM.


Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu.

Ke-10 DAP menentang ustaz dan ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak,



“Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.



“Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman,” katanya dalam satu kenyataan

Anonymous said...

Ulama Dedak PAS dah u-turn, sekejap kata dedak sedap. sekejap kata tak sedap. (I also Islamic Religious Studies PhD holder from Cairo Uni and UIAM)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails