Tuesday, November 07, 2017

Tak Malu LGE Peluk Zahid, Minta Tolong Dari Penzalim.. Jilat Ludah.


Assalamualaikum,
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,,

Itulah jihad PAN, menentang pemimpin yang zalim. PAS yang didakwa mereka bersubahat dengan pemimpin zalim, bukan berjihad tetapi menerima dedak dari pemimpin yang zalim. 

Imej yang berkaitan

Berpelukan dengan pemimpin zalim tidak boleh, bersama dengan pemimpin zalim dalam membantu Islam Rohinya juga zalim, bersama dalam satu pentas anjuran NGO untuk penyatuan melayu juga tidak boleh, meneriman bantuan kerajaan zalim oleh kerajaan PAS ketika musibah  banjir juga tidak boleh, kalau PAS buat juga semua itu, bermakna PAS nak berug dengan Umno, parti penyamun yang dipimpin oleh pemimpin zalim.

PAN melawan parti zalim itu dan tidak pernah mahu bersama samanya. Tetapi sayang seribu kali sayang, DAP sebagai sekutu kuat PAN sudah tidak mahu berpegang dengan itjihad sesat PAN ini apabila Penang dilanda musibah banjir besar.


DAP menerusi kalifah ala Umar Abd. Aziznya mula mula sekali menalipon seorang pemimpin zalim dari Umno untuk memohon bantuan. Kemudiannya, berpelukan dengannya sebelum melawat mangsa banjir.

Bukankah itu pemimpin zalim yang berpelukan dengan LGE? Apa  bezanya dia dengan Najib yang berpelukan dengan TGHH? Kalau TGHH dikatakan nak berug dengan Umno kerana pelukan Najib itu, kenapa DAP tidak pula dituduh mahu berug dengan Umno? mana PAN?

Nak katakan LGE berdepan dengan kes kecemasan, apa beza pula TGHH ketika bersama Najib? Apakah nasib yang menimpa saudara Rohinya kita itu bukan kecemasan? Apakah pertemuan yang dirancang oleh NGO untuk menyatuan melayu juga bukan kecemasan? Cuba PAN senaraikan di mana hadirnya TGHH bersama Najib atau dengan lain lain pemimpin zalim Umno lain tanpa adanya kepentingan dan maslahat umat? 

Maknanya tiada bezapun antara LGE berpeluk dengan Zahid Hamidi dengan TGHH berpeluk dengan Najib.Kalau TGHH dituduh bersubahat dengan pemimpin zalim, maka LGE pun sama, cuma bezanya kali ini PAN memilih untuk menyorok!

Di mana Hanifa Maidin?  di mana Khalid Samad?  di mana Husam Musa? setakat ini tak nampak seorangpun yang menampilkan diri menyumbang kepada mangsa banjir di Penang dan Kedah.Yang nampak ialah jentera PAS yang sudahpun bergerak dan bekerja membantu mangsa.Begitu juga yang ketara ialah sumbangan seorang bilal sebuah surau yang menunjukkan kemanusiaan sejagatnya dengan membenarkan sekumpulan orang bukan Islam menumpang di suraunya.

Lihat..

Bilal ini orang mana? orang PAN atau PAS?, yang pasti beliau adalah seorang Islam yang benar benar menghayati ajaran murni Islam, bukan Islam liberal yang PAN anjurkan. Kita boleh nampak hikmah banjir yang melanda Penang menerusi peristiwa ini. Dan siapa tahu ada di kalangan mereka yang diberi tumpang itu mendapat hidayah ALLAH untuk menerima syahadah, Besarnya kuasa mu ya ALLAH!

Namum PAN mungkin terhijab dari melihat hikmah ini kerana sebelum ini mereka cukup bebal untuk mengakui bahawa pegangan mereka terlalu salah, jauh menyimpang dari ajaran Islam sebenarnya.Apa yang mereka ikut ialah apa yang diajarkan oleh DAP, A kata DAP, maka A kata PAN, B kata DAP B kata PAN. perangai barua yang mungkin akan memakan diri sendiri.

Itu baru musibah banjir yang ALLAH hantar, bukan musibah yang besar lagipun, DAP dahpun gelabah jilat air liur sendiri, hilang sudah sembang besar, bukan negeri taliban konon sebaliknya dengan muka tak malu LGE berpelukan dengan Zahid sesudah dia hampir menangis mohon pertolongan dari orang yang zalim.

PAN pula nak kata apa? makin kesian! atau Khalid Samad nak terus bercakap pasal orang bukan Islam minum arak? dan Hanifa Maidin pasal penghinaan terhadap Islam itu sebenarnya kritik yang perlu diambil secara positif oleh orang Islam! (TKO)


Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

3 comments:

Anonymous said...

Boss Besar peluk pemimpin dan merayu. Tapi jangan lupa, luaran saja hiba tapi hati lega kerana banglo terlajak diskaun tak tenggelam. Khadam pula mencari peluang selfie amoy langgar dada macam dipraktiskan oleh mike syabu waktu bershit

Anonymous said...

http://semuthitam80.blogspot.my/2017/11/wayang-politik-kit-siang-tutup-kemaluan.html?m=1


WAYANG POLITIK KIT SIANG TUTUP KEMALUAN GUAN ENG!!!


Heh! Pandai juga Si Apek Kit Siang ni ya. Al-maklum la, dia dah lama dalam Politik. Setakat wayang Politik nak menyelamatkan kemaluan anak dia, memang kacang la bagi Si Apek Kit Siang ni.

Tengok perbezaan bila negeri yang ditadbir oleh musuh DAPigs dilanda banjir teruk, dia merebut-rebut ke sana mahu “Selamatkan Kelantan” dan memberi publisiti keadaan teruk di sana.

Tetapi bila negeri Pulau Pinang yang ditadbir oleh anak dia sendiri banjir teruk, Kit Siang buat tak tahu dan tak pernah buat sebarang kenyataan. Sebaliknya, Kit Siang sibuk di Kuala Lumpur

Anonymous said...

Alamak, negeri Pulau Pinang ni dalam negara mana? Kerajaan negeri bergantung kepada kerajaan pusat mana? Beza profesional dan politik taksub membabi buta. Demi kepentingan rakyat, kerajaan negeri kena minta bantuan kerajaan persekutuan sebab semuanya kemudahan kerajaan persekutuan yang punya. Contoh Bomba, APM, Tentera, JKR, JMM, JAS.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails