Monday, November 06, 2017

MP DAP Malu Sendiri Dengan Kenyataan Bodoh Sombongnya.. Ini!


Hasil carian imej untuk Ahli Parlimen Cheras (DAP) Tan Kok Wai Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai (kiri), juga Pengerusi HARAPAN W/Persekutuan &Pemangku Pengerusi DAP ...
KUALA LUMPUR- Ahli Parlimen Cheras (DAP) Tan Kok Wai hari ini malu sendiri apabila telah ‘ditibai’ secara berjemaah di Dewan Rakyat oleh kerana satu kenyataan bodoh sombong yang dibuat olehnya.
Dakwa Tan, pihak kerajaan telah ‘mungkir janji’ apabila gagal memberikan amaran awal terhadap kondisi cuaca buruk yang bakal berlaku.
Bagaimanapun, dakwaannya itu telah dibidas sekerasnya oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Abu Bakar Mohamad Diah, yang menyatakan amaran peringkat kuning telah pun dikeluarkan melalui laporan ramalan cuaca yang disiarkan menerusi televisyen.
“Jika anda menonton televisyen, anda tentu akan tahu bahawa satu amaran peringkat kuning telah dikeluarkan pada Nov.1 yang lalu,” katanya menjawab tohmahan melulu Tan itu.
Rabu lalu, satu amaran hujan lebat di Pulau Pinang yang menjangkakan banjir besar akan berlaku di negeri itu pada hari minggu telah dikeluarkan oleh MetMalaysia, kata Abu Bakar hari ini.
Hujan lebat yang berterusan selama 15 jam di Pulau Pinang Sabtu lalu mengakibatkan banjir besar di beberapa kawasan di negeri itu, dan mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh mangsa setakat ini.-MYNEWSHUB.CC

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

1 comment:

Anonymous said...

Sebenarnya MP Dapigs tak tengok laporan jabatan Meteologi itu,jadi kerana dalam menyalahkan orang,dia main tembak jerlah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails