Wednesday, November 08, 2017

Bongkar.. RM2.95 Billion Hilang. Dipersoal Mengapa Azmin Diam?I



Peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Selangor berjumlah RM2.95 bilion telah HILANG dari rekod kewangan Kerajaan Negeri Selangor!!! Dengan kata lain, wang berkenaan telah disorokkan oleh pentadbiran Selangor yang diketuai oleh Azmin Ali.

Pendedahan tersebut dibuat oleh Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan yang merupakan ADUN Batang Kali di Dewan Undangan Negeri Selangor semalam. 
Menurutnya, wang tersebut yang disalurkan menerusi MARRIS untuk pembaikian dan penyelenggaraan jalanraya-jalanraya di Selangor semenjak 2012, langsung tidak wujud dalam rekod kewangan Negeri Selangor. 

“Di bawah Perlembagaan Persekutuan, penyataan anggaran perbelanjaan dan jumlah wang yang diterima oleh Kerajaan (menerusi MARRIS) perlu dibentangkan di dalam mesyuarat DUN. Bagaimanapun, jumlah (dalam penyata Anggaran Perbelanjaan Selangor) dari 2012 sehingga 2017 tidak mencatatkan apa-apa. 

"Justeru, saya menggesa Menteri Besar untuk menerangkan perkara ini seandainya ia merupakan satu penyelewengan peruntukan MARRIS. Kita bimbang sekiranya berlakunya penyelewengan, ia boleh menimbulkan kekecohan sekiranya tidak dijelaskan,” katanya. (RUJUK SINI

Menurut Nadzari, Selangor telah menerima RM500 juta setiap tahun di bawah MARRIS memandangkan peruntukan tersebut adalah satu kewajipan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. 

Bercakap kepada para wartawan kemudiannya, dia berkata orang ramai seharusnya mengambil tahu ke mana wang RM2.95 bilion itu digunakan dan mengapa tidak direkodkan. 

Katanya lagi, Menteri Besar Selangor Azmin Ali wajib menerangkan kepada DUN ke mana peruntukan itu telah dipindahkan dan digunakan dan mengapa tidak tercatat dalam dokumen rasmi negeri. 

Nadzari turut berkata, isu tersebut turut membangkitkan persoalan sama ada Bajet Negeri dari 2012 sehingga 2017 sebenarnya bertentangan dengan dengan Seksyen 14 dan 15 Jadual 8 Perlembagaan Persekutuan. 

Video: Franky S - Perahu Retak





Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

2 comments:

Anonymous said...

Wow satu jumlah yg amat mengiurkan PH berbanding RM200 juta jumlah yg dituduh terhadap PAS. Kalau gini la gayanya PH dah boleh dipanggil Pakatan Gomo wang rakyat! Keadilan dah jadi mcm UMNO. Mgkn sebahagian dedak ni disalurkan kpd blog2 PH. Sbb depa bermati2an dok pertahan PH. Dedak bro....... sapa tak mahu..... siap RM3 billion lg. Kayo pakcik!

Anonymous said...

Sempoi juga ulasan ni, bukankah dalam kerajaan Selangor terdiri daripada PKR, DAP dan PAs? Adakah PAS terlibat dalam kes ini? Adalah bodoh jika kita percaya dari cakap2 pemimpin Umno sebab rizab Selangor pun RM3.2 bil dan hutang kerajaan negeri juga rendah, jika berlaku kes ini macam mana rizab boleh banyak dan hutang boleh sikit? Mungkinkah pada pandang pemimpin Umno jika sesebuah kerajaan negeri yang banyak hutang baru bererti kerajaan negeri itu berjaya?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails