Friday, May 12, 2017

Dr Kamarul Zaman Jawab Tim Presiden Amanah..


Hasil carian imej untuk pas amanah
KOTA BHARU - Kritikan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub, kononnya Pas tidak demokratik sekadar menelanjangkan sifat Amanah yang jauh berbeza dari sudut keislamannya dengan Pas.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, dakwaan Salahuddin ini juga secara tidak langsung mendedahkan kelemahan perjuangan Amanah berbanding Pas.

“Para pemimpin Amanah, termasuk Salahuddin, sering melaungkan bahawa Amanah adalah parti yang memperjuangkan Islam sebenar berbanding perjuangan para pemimpin Pas yang dikatakan sudah terpesong dari landasan Islam.
"Bagaimanapun, pemeriksaan ke atas Perlembagaan Pas dan Amanah membuktikan bahawa Perlembagaan Pas jauh lebih Islamik berbanding Perlembagaan Amanah, termasuk dalam isu pembuatan keputusan oleh Muktamar Tahunan,” katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub, bahawa Pas tidak demokratik kerana keputusan Muktamar Tahunan Pas masih dirujukkan kepada Majlis Syura Ulamak.

Menurutnya, ia tidak seperti Perlembagaan Amanah yang hanya menjadikan Konvensyen Nasional mempunyai kuasa tertinggi parti tertakluk kepada peruntukan di dalam perlembagaan itu, Perlembagaan Pas masih ada sekatan lain.

Malah, mengikut Perlembagaan Pas, kekuasaan Muktamar Tahunan adalah tertakluk kepada hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan Pas, iaitu Kitabullah dan Sunnah Rasul serta Ijmak Ulamak dan Qias yang terang dan nyata.

“Sebab itulah maka keputusan Muktamar Tahunan Pas, termasuk dalam isu pemutusan tahaluf siyasi dengan PKR, masih perlu dirujukkan kepada Majlis Syura Ulamak bagi memastikan ia selari dengan hukum itu.

“Bila Perlembagaan Pas meletakkan Kitabullah dan Sunnah Rasul serta Ijmak Ulamak dan Qias yang terang dan nyata sebagai hukum tertinggi manakala Perlembagaan Amanah tidak mempunyainya jelaslah Pas lebih Islamik,” katanya.

Tambah penganalisis politik itu lagi, malang bila Salahuddin yang begitu lama berkecimpung dalam Pas, termasuk menjadi Ketua Pemuda dari 2003 ke 2009 dan Naib Presiden dari 2009 ke 2015, tidak faham Perlembagaan Pas.

“Benar seperti disebut oleh Salahuddin, Perlembagaan Pas menyatakan kekuasaan Pas adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan, tetapi pelik jika beliau tidak tahu kekuasaan ini adalah tertakluk kepada peruntukan disebutkan.
“Salahuddin patut lebih rasional serta tidak membiarkan dirinya dipengaruhi oleh emosi kebencian atau kemarahan bila memperkatakan mengenai sesuatu perkara yang membabitkan parti yang pernah dianggotainya itu.

“Jika Salahuddin mahu bercakap mengenai soal Pas kononnya tidak demokratik, pemimpin Pas juga boleh mempertikaikan prosedur pemilihan pemimpin tertinggi Amanah yang tidak demokratik seumpama prosedur DAP.

“Ini kerana Perlembagaan Amanah memperuntukkan bahawa Presiden, Timbalan Presiden dan tidak lebih daripada tiga orang Naib Presidennya tidak dipilih secara terus oleh perwakilan di dalam Konvensyen Nasional.

“Sebaliknya, mereka dipilih oleh dan dari kalangan 26 Ahli Jawatankuasa Kepimpinan Kebangsaan yang dipilih oleh perwakilan bersama-sama Ketua Wanita, Ketua Pemuda, Ketua Wanita Muda dan 14 Pengerusi Negeri,” katanya. (SH)

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

4 comments:

Anonymous said...

Perlembagaan PAS pulak macam mana, eik? Bila putus dengan DAP, tidak perlu dibahas. Bila putus dengan PKR, perlu rujuk ke Majlis Syura. Lepas tu, Majlis Syura minta PAS Selangor yang buat keputusan...

Pening... pening... Dok ceritakan hal orang, yang kita pakai kain hingga ternampak a?u tak sedar.

Ke memang PAS macam tu sekarang? Hmmm...

Anonymous said...

Anon 7:50 PM pening... pening...pening sebab Anon 7:50 PM terlebih makan dedak cap roket.

Mengapa Anon 7:50 PM berdiam diri apabila melihat parti kafir harbi roket diperintah oleh dinasti Lm di mana Lm dinosaur telah mewariskan jawatan boss roket kepada Lm banglo terlajak murah? Ini bererti parti roket tidak menghormati prinsip demokrasi.

Maka tidak hairanlah kita melihat ramai ahli dan pemimpin roket telah keluar dari parti roket !

Pening... pening... Dok ceritakan hal orang, yang kamu pakai kain hingga ternampak a?u tak sedar.

Anonymous said...

Parti PANdir dan Parti Kencing Rakyat juga tidak demokratik kerana semua keputusan dalam Pakatan Tiada Harapan dibuat oleh Lm Gone End ! Kalau setakat jadi pak turut dalam Pakatan Tiada Harapan, lebih baik mereka mohon jawatan tukang kebun Lm Gone End menjaga pokok bunga dalam kawasan banglo terlajak murah tanpa kolam !

IrWrWs said...

Perlembagaan PAS pulak macam mana, eik? Bila putus dengan DAP, tidak perlu dibahas (BETUL! MALAH SUDAH JUGA DIPERSETUJUI OLEH MSU!) Bila putus dengan PKR, perlu rujuk ke Majlis Syura (SEBELUM KE MSU, JUGA TIDAK PERLU DIBAHASLAH NGOK!). Lepas tu, Majlis Syura minta PAS Selangor yang buat keputusan (PAS SELANGOR HANYA PERLU MEMILIH KAEDAH TERSENDIRI ASALKAN SELARI DGN KEPUTUSAN MEMUTUSKAN TAHALUF SIYASI OLEH MSU!)

Pening... pening... Dok ceritakan hal orang, yang kita pakai kain hingga ternampak a?u tak sedar. (KAMU TAK PENING KE BILA ULAMAK TOKONG KAU LGE BOLEH BELEK FATWA UTK MUSLIM MACAM KAMU?)

Ke memang PAS macam tu sekarang? Hmmm... (MEMANG PAS MASIH KONSISTEN TIDAK MAHU TUNDUK KPD DAP SEBAGAIMANA PAN TUNDUK!)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails