Thursday, February 02, 2017

Fesyen Ini, Bertudung Tetapi Tidak Menepati Syarak.


Fesyen Ketat, Tudung Singkat Fathia Dicemuh Netizen

HALAMAN HIBURAN

MENJADI seorang personaliti popular bukanlah sesuatu yang mudah kerana setiap tindakan dan tingkah laku diperhatikan, apatah lagi jika anda wanita secantik aktres Fathia Latiff.

Sejak mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya pada April tahun lalu, Fathia, 30, dilihat tidak kalis kontroversi terutama sekali yang berkaitan dengan cara pemakaiannya yang dilihat sebagai tidak menetapi syarak.
Terbaru, imej Fathia sekali lagi mencetuskan rasa tidak puas hati netizen kerana fesyen yang digayakan semasa menghadiri majlis Gala Night anjuran Mood Republik Ahad lalu dikatakan terlalu seksi.
Meskipun menetapi tema Glam & Glitters majlis tersebut, namun netizen berpendapat dres biru rekaan Raffiey Nasir itu tampak terlalu ketat apatah lagi dipadankan pula dengan tudung Fathia yang terlalu singkat hingga menampakkan bentuk dada aktres cantik itu.
Fesyen Ketat, Tudung Singkat Fathia Dicemuh Netizen
Antara komen-komen peminat yang menyifatkan pakaian Fathia terlalu seksi:
“@fatimahzahirah228: Seksilah Kak Fathia.”
“@aeinmarzuki: Awak, kenapa begitu pakai bajunya. Emmm.”
Tak kurang juga yang meninggalkan komen yang agak keterlaluan dan seakan-akan menghina peneraju utama drama Ariana Rose ini:
“@hakimahmad2: Payung tet*k ke. Berhijab tu sopan lah sikit. Janganlah jadi hijabi*ch.”
“@siafiqe: Ni jenis nak ikut jejak langkah Uqasha ke?”
“@wanie.idrus: Ingatkan pergi buat umrah taubat untuk lebih baik pemakaian. Tapi hampeh. No wonder la orang kutuk, dengan jenis kau macam ni. Kalau baju tusponsor boleh tolak secara baik.”
“@mgilardyno: Aku rasa die sendiri memang dah tau cara pemakaian perempuan Islam yang sebenar. Pesan aku berubah la sebelum terlambat.”
Fesyen Ketat, Tudung Singkat Fathia Dicemuh Netizen






“@aemmmyyy: Kata dulu ada penasihat. If nak post kena mintak izin bagai. Sekarang post gambar semua tudung nampak dada. Haih ustaz dah kena pecat ker.”
Tak kurang juga terdapat peminat yang memberi nasihat yang bernada lebih positif serta mendoakan agar Fathia mengubah gaya pemakaiannya kepada yang lebih menutupi aurat:
“@s.n.e.m.a: Awak ada brand tudung sendiri jual tudung but …….may Allah give hidayah to you..i your fans since you tak pakai tudung lagi but sekarang……”
“@bajulawa.co: Hello Kak Fathia. Please ingat balik tujuan kenapa Allah suruh perempuan tutup aurat. Mesti ada sebab😊 lagipun awak sendiri reka tudung dara awak mesti la tujuan perempuan berfesyen ikut syariat islam. Awak ni artis, peminat mesti ikut contoh dari awak. Ramai tegur awak mesti ada sebab. Buang sikit ego tuand terima nasihat orang ok. Salam.”
Tetapi, adakah Fathia memberi respon terhadap komen-komen negatif mahupun positif para peminatnya? Tidak!
Fesyen Ketat, Tudung Singkat Fathia Dicemuh Netizen
Semalam, beliau telah memuatnaik satu video pendek di Instagram menunjukkan pelakon itu sedang berjalan sambil berbual dengan seorang lagi pelakon wanita kontroversi, Uqasha Senrose, semasa mereka berdua baru tiba di acara tersebut.
Mungkin sudah lali dengan kata-kata kurang baik yang dilontarkan terhadapnya, Fathia dilihat seakan-akan tidak ambil pusing lagi malah masih mengekalkan gambar-gambar beliau berbaju ketat itu di laman Instagram miliknya.
Mungkin Fathia perlukan lebih masa untuk berpakaian patuh syariah meskipun telah membuat keputusan untuk bertudung. Atau, godaan fesyen lebih kuat berbanding ketetapan hati aktres cantik ini? Jeng jeng jeng!

13 comments:

Anonymous said...

PAN pula tolak syarak asalkan DAP bahagia

Anonymous said...

PAS pula meletakkan RUU355 untuk dijulang, hukum hudud yang sebenar dicampak buang.

Anonymous said...

Wahai talibarut DAP. Ini jawapan kat hang

Www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Anonymous said...

Harga minyak naik,BN naik,UMNO naik,Najib dan Rosmah naik,PAS naik,Haji Hadi pun tetap naik.Kesemua mereka ini parasit kepada negara dan rakyat Malaysia.

Unknown said...

Boleh tak sapa2 tolong habaq bg clear sat awat raja2 melayu yg kata dok jaga agama Islam ni tak panggil orang2 kapiaq yg dok buat lecey kat Agama Islam pi mengadap?

Tak berapa nak paham.

#kalau tadak orang jawab jugak sampai sudah aku tak paham

Anonymous said...

Saya pun dok tunggu gak jawapan dari walaun2 biol PAS. Hujah badut Ir pasti tuduh raja2 melayu tu barua DAP jugak kan?kahkahkah

Anonymous said...

Hadi tangguh ruu355 2kali mesti salah DAP jugak kan?kahkahkah

Unknown said...

Ir Ooo... Ir... hang pi mana? Awat tak menyaut lansong ni.

Kalau tadak Ir, Anonymous 4:41 tulong la pejelaih sat benda ni pon jadi la.

Anonymous said...

Dia yang bawa usul, dia sendiri mintak tangguh. Bodoh tak bangang Hadi Mereng ni? Pembohong, pengkhianat, pemfitnah, pemecahbelahkan, penyamun.

Ir Anonymous said...

Hi ban khong, lama dah menunggu kut. Soalan hang ni mmg agak tricky dan seolah2 anda tujuan tersembunyi. Tapi tak pe lantak kat hang lah hehe.

Tapi saya cuba jawab juga menurut kapasiti saya sebagai org awam. Dari segi pemantauan ke atas pihak2 yg berkaitan dgn ancaman kpd islam perlulah dilakukan sendiri oleh pihak berkuasa atau berwajib. Namun tanpa kuasa mutlak dan malah tanpa lapuran dari orgramai akan menyebabkan mereka akan gagal bertindak atau dilihat tidak berfungsi seperti yg ban khong sedang lihat.

Bagaimanapun, pendapat peribadi saya ialah anti Islam dan hina Islam adalah dua perkara yg berbeza. Pada saya pihak berkuasa perlu bertindak kpd warganegara yg didapati menghina Islam sebagai contoh seperti apa yg telah dilakukan oleh sepasang kekasih (yg kini salah seorg telah lari menetap di Amerika) yg mempersenda islam dgn kelakuan yg amat menjijikkan. Saya pun dah lupa nama mereka.

Sebaliknya pula jika kita bercakap pasal anti Islam pula, tanpa kita sedari atau mmg kita sedari golongan anti Islam ini bukan sahaja terdiri dari bukan Islam malah juga di kalangan yg beragama Islam. Tiada tindakan konkrit yg boleh diambil ke atas mereka kerana ini negara demokrasi. Tak suka Islam atau anti Islam adalah asam garam dlm sebuah negara demokrasi. Sekian pendapat peribadi saya.

Buat anon 8:06, saya tetap mengatakan pan itu barua dap maaf yea.

Unknown said...

Terima kasih Ir.

Saya doakan semoga Ir sihat dan diberkati Allah. Amiiinnnn...

Tak dak apa pon yg triki2 ka apa cuma bila dok sembang dgn kawan2 masa minum kopi, depa dok tanya hak kita tak reti nak jawab.

Nak cakap ikut apa saya paham sat lagi depa kata merapu. Tu yg tanya tu.

Bab cina dua ekor yg hina islam tu, bukan kata kita saja nak pijak depa, ni cina2 hak dok kat Kuala Nerang ni pon marah kat cina 2 ekor tu.

Tak buleh ka mufti2 pakat mintak tulong cakap kat sultan dgn agong bagi warning kat orang hak lawan islam. Kita jgn dok kata apa la pasai kita tadak kuasa. Biaq hak ada kuasa cakap teruih. Baru jadi kerja.

Lagi satu tak payah la kata kat orang "barua" kot noh. Tak elok sangat bunyinya. Saya pon marah jugak kat JKK kampong saya tapi tadak la sampai nak panggil lagu tu. Sabaq banyak2. Inn Syaa Allah, orang sabaq pasti menang.

Tu pendapat saya la.

Ir Anonymous said...

Terima kasih ban khong. Pejuang Islam ni lagu tu la ban khong kena berhikmah juga. Bila org lembut kita lembut bila org keras kita keras juga terutamanya setelah kita dah lama berlembut. Barulah depa tahu yg perjuangan Islam ni bukan hanya utk dipijak2 shj tanpa halangan. Takkan ban khong tak perasan selama ini pas senantiasa di posisi bertahan kerana mereka tak puashati pas masih tak mahu tunduk kpd kemahuan dap sebagaimana mereka tunduk.

Anonymous said...

Perasannya..pejuang Islam alagaPASampah..kahkahkah

pagi petang siang malam..celik je mata walaun2 meratib wirid PAN, DAP, PAN..

Nak tanya walaun bila Pas nak saman SR skandal rasuah 90juta?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails