Thursday, February 02, 2017

DAP Dah Melampau Teruk Sangat! Campurtangan Urusan Agama & Mufti.


Ayat Fatwa 'Teruk' Punca Ditapis Exco DAP P.Pinang?

DAP dah melampau teruk sangat. Hal ini berikutan kemelut campur tangan DAP Pulau Pinang terhadap fatwa negeri itu kian panas. Apalagi apabila  apabila PAS terpaksa mendedahkan dan mendakwa bahawa perkhidmatan mufti sebelum ini tidak disambung akibat isu tersebut.

Demikian menurut editor Weblog Ibnu Hasyim.

PAS mendakwa kerajaan DAP negeri pernah mencampuri isu pelantikan mufti yang menyaksikan kontrak bekas penyandangnya, Datuk Seri Hassan Ahmad (gambar atas) tidak disambung lagi selepas tamat pada 2014.
Weblog IH juga sependapat dengan Setiausaha Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden yang turut mendakwa tindakan biadap itu diambil kerana Hassan membantah arahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung penggunaan kalimah Allah.
Tokoh ulama terkenal di wilayah utara Semenanjung itu bertegas menyatakan penggunaan kalimah suci tersebut dalam kalangan bukan Islam bertentangan Seksyen 48 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004.
“Agaknya mengapa Hassan, bekas mufti Pulau Pinang tidak disambung kontrak sebagai mufti sebelum ini? Adakah kerana isu fatwa kalimah Allah di Pulau Pinang? Kontrak mufti terletak di bawah bidang kuasa exco agama.
Kontrak Mufti Ditamat Akibat Bantah Arahan LGE - PAS
“Khabarnya selepas isu fatwa kalimah Allah itu tercetus, Guan Eng dilaporkan meminta exco agama dari PKR untuk keluarkan arahan pelik supaya semua fatwa baharu mesti dimaklumkan terlebih dahulu dalam mesyuarat exco.
“Selepas diluluskan, barulah ia dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong. Hassan selaku mufti waktu itu membantah keras arahan baharu tersebut. Selepas itu, Hassan tidak lagi disambung kontraknya sebagai mufti.
“Beliau digantikan Datuk Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor, mufti sekarang. Sepatutnya dalam isu ini, exco agama Pulau Pinang yang jawab, bukan peralatkan mufti untuk jawab,” kata Afnan menerusi kenyataan di Facebook.
Hassan dilantik sebagai mufti Pulau Pinang pada 1997 ketika era Barisan Nasional memerintah dan disenangi ketua menteri terdahulu, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, namun kontrak beliau tiba-tiba tidak disambung pada Jun 2014.
Secara kebetulan enam bulan kemudian sekitar akhir 2014, Guan Eng berani mengeluarkan ‘fatwa’ sendiri sehingga dianggap pelik apabila membenarkan bukan Islam di Pulau Pinang bebas sesuka hati menggunakan kalimah Allah.
muftipenang DATUK DR. WAN SALIM WAN MOHD. NOOR
Katanya, larangan penggunaan kalimah Allah termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004 konon tidak terpakai lagi kepada bukan Muslim kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada umat Islam.
Kelmarin, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yussof menggemparkan umat Islam apabila secara terbuka  mendakwa fatwa negeri itu perlu diluluskan terlebih dahulu exco DAP sebelum dibawa ke Istana Negara.
Pendedahan berani itu memaksa Wan Salim menjawab konon prosedur itu hanya untuk memastikan susunan ayat dalam fatwa dikeluarkan di Pulau Pinang adalah betul sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Beliau malah menyatakan bahawa fatwa tersebut selepas disemak Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Komtar kemudian akan diteliti semula oleh Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri sebelum diwartakan secara rasmi.
Penjelasan aneh itu dikecam pelbagai pihak di Pulau Pinang yang menggambarkan seolah-olah ayat digunakan Jabatan Mufti negeri sebagai teruk sehingga terpaksa pula ditapis exco DAP sendiri. 
"Begitulah bila sesebuah negara itu, bukan Islam yang memerintah, maka jadilah Islam yang diperintah. Agama diletakkan di bawah telunjuk pemimpin yang tidak faham Islam, kerada dasar perlembagaannya tidak Islamik." Jelas  editoe IH lagi. (IH)

21 comments:

ikan said...

Dengan tidak melanjutkan kontrak maka SS Prof. Dato Wan Salim menggantikannya. Adakah menjadi satu kesalahan. Mengapa menyambung kontrak perlu diamalkan sepatutnya bagi peluang orang lain sama. Mengapa tidak mereka yang sering ponteng masih mahu bertanding ahli parlimen dan ADUN.

Anonymous said...

Lebai2 Penipu bila nak saman SR? Ular2 DalamSemak Pas ni lain keje takde, membohong je lah. Berapa lama mau tunggu bhai? Duit tu ada lagi tak? Ke dah habis, diagihkan kepada ahli2 chai?

Anonymous said...

Rasanya mufti dah jawab semalam. Sama penulis blog ni tak sdar atau dgn segaja ada niat nak buat fitnah

Anonymous said...

Dapatan kaji selidik Institut Darul Ehsan milik Kerajaan Selangor antara 13 hingga 15 November 2015 juga mendapati 64 peratus daripada 1,716 respondennya di Selangor bersetuju DAP anti Islam.

Anonymous said...

w.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2014/06/ahli-parlimen-dap-mahu-orang-islam-hormati-hak-orang-murtad-amal-agama-baharu/

Ahli Parlimen DAP mahu orang Islam hormati hak orang murtad amal agama baharu


KUALA LUMPUR, 11 Jun – Saranan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) agar umat Islam menghormati hak saudara seagama mereka yang murtad untuk mengamalkan agama baharu, dilihat sebagai sesuatu yang tidak wajar dan boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata saranan itu dilihat amat menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

“Dalam urusan beragama, selain Perlembagaan Persekutuan, kita ada peruntukan di bawah kerajaan negeri, serta hukum dibuat oleh Majlis Agama atau Majlis Fatwa.

“Dan perkara ini kita kena ambil kira. Dia bukan soal tengok satu perspektif sahaja,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Razali, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata, adalah tidak adil sekiranya Ngeh hanya menggunakan Perkara 11 bagi menyokong hujah beliau, tanpa mengambil kira Perkara 3 iaitu Islam adalah Agama Persekutuan.

Terdahulu, Ngeh menyatakan perkara itu adalah berdasarkan peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu.

“Saya berharap orang Islam boleh terima peruntukan 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan.

“Kalau seseorang itu hendak meninggalkan agama dan dia berusia lebih 18 tahun, kita mesti menghormati hak yang sudah diberikan kepada mereka yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014.

Razali (BN-Muar), mengingatkan semua pihak agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan serta mempolitikkan isu sebegini bagi memastikan keharmonian kaum kekal terjaga.

Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pula berkata kenyataan itu sangat tidak wajar kerana mereka tidak faham hukum-hakam agama Islam.

“Para ulama, pemimpin, dan umat Islam sendiri yang menguruskan soal ini… Bagaimana hukum orang murtad, hukum orang yang melanggar undang-undang Islam. Itu orang yang mengetahui sahaja.

“Jadi kenapa dia nak masuk campur, kalau dia buat begitu, nanti timbulkan kemarahan umat Islam. Kita pun tak mahu masuk campur agama dia,” katanya.

Sementara itu, Ngeh, yang juga penasihat DAP Perak berkata, sebagaimana orang bukan Islam perlu menerima hakikat bahawa undang-undang boleh digubal untuk menyekat mereka yang menyebar agama, orang Islam juga wajar menerima peruntukan Perkara 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama

Anonymous said...

Syabas Isma. Semua hujah2 mimpi 15x Power10 PAN Imayam dapat ditangkis

Anonymous said...

Harap elaun2 pencacai PANipu dapat dinaikkan

IrWrWs said...

Dah terbongkar kini dap yg diketua oleh kafirun akan belek fatwa sebelum dibawa kpd ydpa. tapi pan akan tetap kata dap telah buat perkara yg betul. keh keh.

Unknown said...

Aku tanya anak aku macam mana cara mufti ni depa lantik.
Anak aku jawab "Pulau Pinang Mufti dilantik oleh Yang Di
Pertuan Agong setelah mendapat persetujuan dan cadangan daripada
Majlis Mesyuarat Negeri atau Yang Di Pertua Negeri".

Ni kira hampa kata Agong ikut telunjuk DAP ka lagu mana?

Cuba crita bagi clear sikit. Tak berapa nak paham.

Ir Anonymous said...

Tak berapa setuju. mufti dicadangkan oleh YDP negeri setuju tapi bukan EXCO members.

Anonymous said...

Anon 2:58 ni tak habis2 SR....SR,SR,SR.....bnyak lagi citer yg tak terjawab ni...LKS dah naik bulan turun balik ke bumi then naik balik ke bulan pastu turun tak naik2....Ko masih lagi SR....tak habis2....tunggu je lah Proses saman nya...bukan nye saman kat mahkamah jalan Duta..Barua DAP sungguh...hehe

Unknown said...

Ooo... kira YDP la yg ikut telunjuk DAP ni?

Anonymous said...

Pelantikan Mufti cara mana tu tak penting...xmenyusahkan org pun..bukan nya dia lantik cina jadi mufti.tak payah nak faham...masalah sekarang kenapa DAP ni anti islam...org islam kena tolak DAP dan baruanya..

Anonymous said...

Walaun2 biol PAS ni tak abis2 nak cuba bodohkan org melayu..walaun oii..zaman informasi hujung jari ni lebai2 Pas dan macai2 ketua penyamun umno nak menipu dgn jual agama dan perkauman dah tak laku. Org tak layan dah bkn mcm zaman memali atau 13mei, pengikut2 parti kena tipu.kahkahkah

Anonymous said...

Hebat sungguh DAP ni di mata walaun2 biol PAS. Pagi petang siang malam celik je mata..meratib wirid PAN, DAP, PAN..kesian tengok..jgn lupa akhir wirid sebut takbir sekali ye..kahkahkah

Anonymous said...

Asalkan tak jadi barua lebai2 jual agama @ barua ketua penyamun duit rakyat dah ler..PAS Parti Ajaran Syiah perosak Islam dan menyesatkan org melayu.

Unknown said...

An 9:49

Kalau dah terang2 la DAP ni dok perlekeh Islam, awat Agong tak panggil depa ni mengadap. Keluaq titah ka apa ka sebab Agong kan ketua agama Islam. Ada kuasa. Kalau titah Agong aku yakin la tadak sapa brani lawan tak ketahuan hala.

Hak tu yg aku tak paham tu.

IrWrWs said...
This comment has been removed by the author.
Ir Anonymous said...

Itu saya tak kata tapi hang yg kata hehe. Spt yg mufti PP maklumkan mesyuarat EXCO members hanya utk dimaklumkan. Tapi pada pendapat saya sekiranya ada berlaku benda pelik setelah dimasukkan dlm mesyuarat EXCO itu bukan salah mufti.

Unknown said...

Saya tak kata tapi saya tanya. Hahahaha
Habaq kat Mufti la. Kalau salah kena kata salah. Kena tegas la.
Exco agama islam pulau pinang ni parti mana?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails