Tuesday, January 31, 2017

Pondan M'sia Johan Ratu Cantik 2017, Apa Sikap Bahagian Agama?

Pondan Malaysia Menang Anugerah Ratu Cantik 2017

SEORANG ‘wanita’ dari Malaysia telah memenangi Pertandingan Ratu Cantik Transeksual Australia 2017, di Melbourse, menewaskan 12 peserta lain.

Laeticia Phylliscia Raveena, yang berasal dari Kuala Lumpur memenangi hadiah baucar bernilai AS$15,000 (RM66,450) daripada Hospital Kosmetik Kamol, Bangkok pada Sabtu.
Menurut laman Facebook Miss Gay & Miss Transeksual, Laetica yang juga merupakan seorang chef turut memenangi kategori “Best in Rio Carnival Costume”.
Difahamkan, beliau akan menggunakan gelaran yang diterima untuk mempromosikanRising Star, sebuah organisasi yang ditubuhkannya untuk memberi inspirasi kepada wanita transgender berbakat untuk mencapai potensi diri mereka sepenuhnya.
Berita kemenangan Laetica turut membuatkan aktivis mak nyah, Nisha Ayub berkongsikan kegembiraan dengan mengatakan kemenangan beliau membuatkan komuniti itu berbangga dengannya.
“Tahniah kepada wakil transeksual Malaysia, Laeticia Phylliscia Raveena kerana memenangi pertandingan Ratu Cantik Transeksual Australia. Dia sememangnya layak bergelar ratu,” katanya.
Pertandingan tahunan ini adalah yang terbesar seumpamanya di Australia, khas untuk penyamar perempuan, transeksual, penghibur “drag queen” dan wanita transgender.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pihak bertanggung jawab hal ehwal agama di Malaysia perlu mengambil tindakan wajar ke atas warganya, apa lagi bagi menyekat budaya najis wabak  'penyamar perempuan, transeksual, penghibur “drag queen” dan wanita transgender' dan lain-lain.
Sekurang-kurangnya menyatakan sikap, nasihat, mengambil tindakan undang-undang atau lain-lain.
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis



11 comments:

Anonymous said...

Pendapat Mujahid (La ni Dlm PAN AL Khadam) dikupas oleh Isma ada dibawah ini


http://www.ismaweb.net/2014/07/dr-mujahid-penghalang-atau-pembela-lgbt/

Dr Mujahid: Penghalang atau pembela LGBT?


Draf Rang Undang-undang Keharmonian Nasional dan Rekonsiliasi tidak mengiktiraf orientasi seks pengamal perlakuan LGBT, sebaliknya, rang undang-undang itu melindungi hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender untuk tidak didiskriminasikan dalam aspek seperti bidang pekerjaan, kata Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang dan Dasar, Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN), Datuk Dr Mujahid Yusof, sebagaimana dilaporkan oleh portal media liberal Malaysiakini.

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah dan tahniah kepada Datuk Dr Mujahid kerana draf rang undang-undang ini tidak mengiktiraf orientasi seks pengamal perlakuan LGBT.

Datuk Dr Mujahid,

Tidak mengiktiraf sesuatu kelompok tetapi melindungi hak kelompok berkenaan? Tidakkah pelik bin ajaib bunyinya. Apakah erti tidak diiktiraf? Bukankah ia bererti bercanggah dengan peraturan negara? LGBT tidak diiktiraf di Malaysia. Mengamalkan LGBT adalah salah di sisi undang-undang Malaysia. Pengamal LGBT ialah pesalah. Lalu bagaimana mungkin pesalah LBGT boleh hidup aman dengan mengamalkan LGBT dan bekerja di Malaysia? Malah, dijamin haknya untuk bekerja serta tidak boleh didiskriminasikan dalam pekerjaan?

Kita tidak mengiktiraf negara haram Israel, tetapi kita melindungi hak orang Israel untuk duduk dan bekerja di wilayah Palestin yang dijajah Israel?

Sebelum berbicara soal diskriminasi pekerjaan, terlebih dahulu perlu dibicarakan status pengamal LGBT di Malaysia. Pengamal LGBT tidak perlu malah tidak boleh dibenarkan hidup bebas di Malaysia. Mengamalkan LGBT ialah kesalahan di sisi undang-undang Malaysia. Pengamalnya mesti dikenakan tindakan undang-undang.

Sebagai majikan, adakah anda mahu memberikan pekerjaan kepada pengamal LGBT yang pastinya dikenakan tindakan undang-undang? Adakah anda mengamalkan diskriminasi jika anda tidak mahu memberikan pekerjaan kepada pesalah undang-undang?

Rang Undang-undang Keharmonian Nasional dan Rekonsiliasi untuk melindungi hak golongan LGBT untuk tidak didiskriminasikan dalam bidang pekerjaan adalah tidak perlu kerana kewujudan golongan LGBT itu sendiri adalah tidak perlu, malah mengamalkan LGBT adalah tidak dibenarkan di sisi undang-undang negara.

“Ia (LGBT) duduk di bawah gender dan kita tidak boleh mendiskriminasikan seseorang itu atas asas jantina. Dalam jantina itu kita sebut orientasi seksual antara lainnya,” kata Dr Mujahid lagi.

Kita bersetuju bahawa tidak boleh melakukan diskriminasi berdasarkan jantina tetapi kita bertanya di bawah gender apakah dan dalam jantina apakah terletaknya orientasi seksual LGBT? Lelaki atau perempuan? Atau ada jantina lain di sisi Dr Mujahid? Ia adalah rahsia yang terbuka bahawa LGBT bukanlah jantina. Lelaki dan perempuan ialah jantina tetapi LGBT bukan jantina. LGBT tidak lain hanyalah perlakuan sumbang yang didasarkan oleh kemahuan hawa nafsu manusia semata. Lalu mengapa ada kumpulan bersungguh-sungguh berjuang agar masyarakat dunia menerima dan mengiktiraf LGBT sebagai jantina selain lelaki dan perempuan? Tidak lain hanyalah untuk menghalalkan kemahuan nafsu serakah mereka sahaja agar tidak lagi menjadi kesalahan di sisi undang-undang dan tidak lagi dipandang jelek oleh masyarakat yang bertamadun.

Sebagai pejuang Islam rahmatan lil ‘alamin yang gigih berdialog dengan orang bukan Islam, Dr Mujahid sepatutnya telah lama jelas perbezaan antara sibghah Allah (acuan Islam) dengan acuan Barat, antara hak asasi manusia tajaan Barat yang kafir dengan hak asasi manusia yang telah digariskan sendiri oleh Allah swt dan antara pandangan alam Barat dengan pandangan alam Islam. Manusia kafir mencorakkan hak asasi manusia berdasarkan logik akal semata tetapi manusia muslim mencorakkan hak asasi manusia berdasarkan wahyu Ilahi.

Anonymous said...

Penang Love Transgender tapi PAN suka

http://www.ismaweb.net/2016/05/negara-islam-tolak-transgender-dap-pulau-pinang-pula-iktiraf/


Negara Islam tolak transgender, DAP Pulau Pinang pula iktiraf

BANGI, Sabtu – Tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang menyokong golongan transgender, tatkala 51 negara Islam seluruh dunia menghalang kumpulan itu daripada menghadiri sidang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), terus dipertikai.

Kali ini, bekas Presiden Persatuan Islam Nasional (PEMBINA), Ustaz Ibrahim Mohd Hasan Al-Hafiz, menyifatkan penubuhan Jawatankuasa Transgender Pulau Pinang sebagai sesuatu yang amat malang dan menyedihkan.

Beliau berkata, tat kala 51 buah negara Islam menghalang penyertaan kumpulan ‘lesbian, gay, bisexual, and transgender’ (LGBT) ke PBB, sebuah negeri di Malaysia pula mewujudkan jawatankuasa bagi membela dan memperjuangkan hak mereka.

Kesal dengan tindakan pemimpin politik yang menyokong jawatankuasa itu, beliau berkata, apa yang mereka lakukan adalah seolah-olah mengiktiraf kewujudan transgender, malah memberikan segala hak dan kemudahan yang ada kepada golongan itu.

“Daripada melayani transgender, baik fikirkan pihak yang lebih memerlukan. Sudah cukup terbelakah anak-anak yatim dan golongan fakir miskin? Bagaimana pula dengan golongan ibu tunggal dan kurang penglihatan?,” katanya dalam satu kenyataan.

Baru-baru ini, kerajaan Pulau Pinang di bawah pimpinan parti rasis dan cauvinis DAP, meluluskan penubuhan Jawatankuasa Transgender bagi membela nasib golongan berkenaaan.

Adun Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu yang mengetuai jawatankuasa itu berkata, beberapa program akan diadakan bagi membantu golongan berkenaan, termasuk kempen mengasingkan tandas bagi transgender.

Jawatankuasa itu turut dianggotai oleh beberapa pimpinan dari Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2016/05/jawatankuasa-transgender-pulau-pinang-menyalahi-hukum-allah-kata-timb-mufti-perak/

Jawatankuasa Transgender Pulau Pinang menyalahi hukum Allah, kata Timb Mufti Perak

BANGI, Rabu – Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim menyelar tindakan pemimpin politik yang memberi sokongan terhadap golongan transgender sehingga membentuk jawatankuasa semata-mata mahu membela nasib mereka.

Beliau berkata, politik sepatutnya digunakan untuk mengurus manusia patuh dengan perintah Allah, bukannya mengurus, menyedia ruang dan membela apa jua tindakan yang menyalahi peraturan Allah.

“Justeru, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mahupun Ahli Parlimen Islam dan bukan Islam perlu faham kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Sebarang gubalan undang-undang mahupun peraturan dan jawatankuasa yang ditubuhkan hendaklah selari dengan menjunjung Islam sebagai agama Persekutuan

“Jadi kita gesa setiap ahli politik wajib meneliti skop tugas semua jawatankuasa yang ditubuhkan agar tidak menyalahi hukum Allah,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan kerajaan Pulau Pinang di bawah pimpinan parti rasis dan cauvinis, DAP meluluskan penubuhan Jawatankuasa Transgender bagi membela nasib golongan berkenaaan.

Adun Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu yang mengetuai jawatankuasa itu berkata, beberapa program akan diadakan bagi membantu golongan berkenaan, termasuk kempen mengasingkan tandas bagi transgender.

Difahamkan, jawatankuasa itu turut dianggotai oleh beberapa pimpinan dari Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Mengulas perkara itu, Ustaz Zamri yang juga Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Ipoh berkata, semua parti dan NGO perlu merujuk kembali perlembagaan masing-masing.

Ini adalah untuk membuktikan pernyataan yang mereka meletakkan Islam sebagai antara matlamat perjuangan.

“Jika PAS dan UMNO benar-benar meletakkan Islam sebagai asas perjuangan, ahli pimpinan mereka tidak seharusnya menyokong jawatankuasa transgender ini, ” katanya.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2016/11/bersih-5-sekali-lagi-lgbt-ambil-kesempatan/

Bersih 5: Sekali lagi LGBT ambil kesempatan

KUALA LUMPUR, 19 Safar 1438H, Sabtu – Kumpulan pengamal seks songsang, Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) mengambil peluang untuk muncul di khalayak dengan menyertai Bersih 5 hari ini.

Jurufoto Ismaweb, Al-Amin Asri mengambil gambar sekumpulan pengamal seks songsang yang berkumpul di Pasar Seni.

Pada Bersih 4 sebelum ini, bendera LGBT (warna pelangi) dikibarkan dan mendapat cemuhan ramai.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2016/08/kata-pedang-jangan-biar-lgbt-ambil-kesempatan/

KATA PEDANG: Jangan biar LGBT ambil kesempatan

GOLONGAN dilaknat Allah, iaitu kumpulan pengamal seks songsang, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sekali lagi memunculkan diri di khalayak semalam selepas muncul di perhimpunan haram Bersih 4 pada Ogos tahun lepas.

Dalam perhimpunan Tangkap MO1 di Dataran Merdeka semalam, bendera warna warni kumpulan itu dikibarkan dan sempat dirakam oleh petugas media liberal, Malaysiakini.

SERTAI MALAM INSPIRASI PEJUANG 2016. DAFTAR DI SINI.

Usaha mencuri tumpuan ini sama seperti yang dilakukan oleh penganut ajaran sesat Syiah dalam himpunan bantahan filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad SAW di hadapan bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur anjuran Pemuda PAS pada September 2012.

Bendera tulisan Ya Husain dan gambar tokoh Syiah diangkat dalam himpunan tersebut namun mujur ia mendapat bantahan daripada peserta himpunan yang lain.

Memang mereka berhak untuk bersetuju dengan mesej perhimpunan (seperti meminta MO1 ditangkap) tetapi kewujudan mereka itu sendiri adalah bertentangan dengan Perlembagaan, hukum Islam dan nilai budaya masyarakat timur.

Mereka pun tahu, majoriti rakyat negara ini menolak LGBT dan Syiah.

Akan tetapi, kita kesal mengapa mereka berani muncul seperti semalam. Adakah kerana penguatkuasaan kita lemah?

Adakah pihak berkuasa tidak tahu kesan buruk kepada negara jika mereka dibiarkan berleluasa, muncul di sana sini dan bebas beraktiviti?

INGAT, TIADA HAK KEBEBASAN UNTUK LGBT, SYIAH DI MALAYSIA KERANA MEREKA TELAH MELANGGAR HUKUM ALLAH.

Kata Pedang: Ancaman negara kini bukan berada di luar atau di sempadan negara. Ia kini telah menyusup masuk dan berada di tengah-tengah kita. Takkan kita hanya duduk diam dan berharap pihak berkuasa ambil tindakan?

Anonymous said...

Pedang ni tinggi merapu nye entah apa. Molek pedang ni buat potong pulut tauge atau babi. Kali tidak kasi potong lu punya lanchau lah. Kahkahkahkah.

Anonymous said...

Pedang ni tinggi merapu nye entah apa. Molek pedang ni buat potong pulut tauge atau babi. Kali tidak kasi potong lu punya lanchau lah. Kahkahkahkah

IrWrWs said...

Mintak org pan perhatikan senario di bawah kemudian silalah menilai tindakan menyokong oleh mujahid dalam isu hak pekerjaan di kalangan golongan pengamal LGBT.

Ada sepasang gay yg dah melangsungkan perkahwinan. utk menyara si "isteri", si "suami" perlu mencari nafkah demi melayari bahtera kehidupan berumahtangga mereka.

Saya kira di sinilah maksud mujahid agar hak pekerjaan golongan pengamal LGBT dilindungi. jadi apakah org pan juga menyokong mujahid dalam perkara ini?

Anonymous said...

Hantar je puak2 lgbt ni utk ditarbiahkan Hadi dan lebai2 penunggang agama Pas. Mana tau tergerak hati dorang utk jd walaun2 biol Pas yg taksub mcn anon ir.

IrWrWs said...

Tak baik rampas hak mujahid.. keh keh

Anonymous said...

Dok meroyan sana sini konon perjuangkan Islam, lebih afdhal geng lgbt ni ditarbiahkan geng parti lebai. Silap2 gaya puak lebai pulak yg ditarbiah lgbt.keh keh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails