Friday, December 09, 2016

Tergantung 30 Minit Lepas Tergelincir Dari Tingkat Tujuh..

Tergantung 20 meter, derita 30 minit Keadaan Xu yang tergantung selepas tergelincir dari tingkat tujuh di sebuah tapak pembinaan.

ZHEJIANG - CHINA. Seorang pekerja pembinaan terpaksa menahan derita hampir 30 minit selepas tergelincir dari tingkat tujuh dan tergantung pada tali keselamatan pada ketinggian 20 meter.

Laporan Qianjing Evening News mengatakan mangsa yang dikenali sebagai Xu patah dua tulang rusuk dan dua lagi retak dalam kejadian Ahad lepas. Pihak bomba yang sampai mendapati Xu masih tergantung menahan kesakitan sambil berlumuran darah. 

Disebabkan tangga gagal digunakan untuk menurunkan Xu, pihak bomba terpaksa menggunakan kren untuk melepaskan lelaki berkenaan. Mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut dan kini beransur sembuh.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Percayakah anda kepada ajal yang telah tertulis dan ditetapkan? Cuma kita tidak tahu sampai ke mana umur seseorang..

1 comment:

Harez said...

Allah menetapkan sesuatu namun kita yg memilih ketetapan yg di berikan...jika kita berputus asa maka ketetapan itulh kita perolehi dan jika kita terus berusaha maka itu lah ketetapan kita dpt...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails