Monday, December 05, 2016

Kerjasama Politik PAS/UMNO. Apa Kata Tuan Ibrahim?


tuan-ibrahim-man
BANGI, 5 Rabiulawal 1438H, Isnin – Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyelar tuduhan sesetengah pihak yang berterusan mendakwa kerjasama politik dijalinkan oleh parti itu dengan musuh tradisinya, UMNO.
Menyifatkan perkara itu sebagai fitnah, Tuan Ibrahim menjelaskan bahawa kerjasama politik antara parti pada dasarnya melibatkan rundingan pembahagian kerusi.
“UMNO tidak mungkin dapat mengizinkan sebilangan kerusi-kerusi yang dimenangi mereka ke tangan PAS begitu sahaja.
“…..dan sudah pastinya PAS juga tidak akan melepaskan kerusi-kerusi menangnya yang jumlahnya jauh lebih kecil berbanding apa yang UMNO ada.
“Oleh itu, adalah mustahil bagi PAS dan Umno mengadakan kerjasama politik dan mereka yang mencanangkan adanya kerjasama politik antara PAS dan Umno hanyalah fitnah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Mengulas lanjut katanya, sejarah membuktikan bahawa PAS adalah saingan utama kepada UMNO, terutamanya dalam isu berkaitan Islam serta kebajikan rakyat.
“Contohnya, PAS di Kelantan mendahului pelbagai perubahan seperti sistem kerja lima hari, cuti bersalin 60 hari, pemberian khairat kematian dan kebajikan lain yang akhirnya terpaksa ditiru oleh kerajaan Umno.
“Hari ini PAS juga mengemudi RUU 355 dan bantahan terhadap penindasan Rohingya (untuk makluman semua, hari ini adalah kali ketiga PAS berhimpun untuk Rohingya), dan akhirnya UMNO turut serta menyatakan sokongan terhadap RUU 355 dan juga bantahan kepada Rohingya.
“Jika PAS bukan saingan, masakan UMNO akan mengikuti rentak PAS?,” katanya. (IH)

7 comments:

Anonymous said...

clock is ticking

tik tok tik tok


berapa lama baru jumpa simpang?
kenapa? mahu menyeberang?
tak!!!...kena sailang

wakakakakakkakakakakkakaka
bersatu kita bercagu

Anonymous said...


PAS BELUM MELUPAKAN JERAT UMNO YANG TELAH MENGGUNAKAN MAGERAN UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN PAS KELANTAN !

Anonymous said...

Kerana dedak 90juta..melayu mudah lupa..

Anonymous said...


Mana bukti dedak RM90juta?

Anonymous said...

Bila lebai2 jual agama nak saman Sarawak Report?

Anonymous said...

Nak tengok sangat bukti sila saman SR secepat mungkin.

Anonymous said...

bro..sekuat2 nyalakkan tuan man ni akhirnya tunduk tawaduk dan patuh wala kpd presiden..bai`h..bai`ah bro..ni peel acah mak enon...cuba tanya tuan man, dah saman sarawak report belum..rm90juta tu..kalo bagi dua pun ok gak kan...wala ke wak lu...sial la ulama dedak...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails