Thursday, December 08, 2016

Pelajar SPM Buang Bayi, Lagi Bukti Dasar Pelajaran M'sia Gagal..



ANGGOTA polis mengiringi remaja lelaki dan perempuan yang didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu semalam atas pertuduhan membuang seorang bayi lelaki Julai lalu.



KOTA BHARU – Dua pelajar sekolah menengah masing-masing berusia 17 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan membuang seorang bayi lelaki pada Julai lalu.
Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh yang merupakan pasangan kekasih mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nazri Ismail.
Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama yang menjadi ibu bapa kandung telah membuang seorang bayi lelaki di sebuah rumah beralamat 5148A Sultanah Zainab, Lembah Sireh di sini pada pukul 9.45 malam, 2 Julai lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit bersalah.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Fahrul Razi Zainal Abidin manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam bela, Ahmad Nurie Ab. Rahman.
Fahrul Razi tidak mencadangkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh dan me­minta satu tarikh untuk mendapatkan keputusan asid deoksiribonukleik (DNA) bayi dan pengurusan kes.
Ahmad Nurie bagaimanapun memohon anak guamnya dibenarkan ikat jamin atas alasan kes masih belum dibicarakan dan mereka baru menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.
Lagi bukti dasar pelajaran Malaysia gagal. (IH)

Hasil carian imej untuk hubungan seksual pelajar

3 comments:

Anonymous said...

Err... Kota Bahru ibu negeri Kelantan yang ditadbir oleh PIS (Parti Islam SeMalaysia), kan?

Anonymous said...

Errr....anak2 orang Pas kot?

Harez said...

Jangan salahkan pendidikkan sekolah ....salahkan ibubapa itu sendiri kerana ibubapalah pencorak anak2...sama ada nak jadi muslim atau kafir

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails