Sunday, December 04, 2016

UMNO: Yang Keluar, Biar Mereka Keluar.

Syamsul Debat



KUALA LUMPUR - Wakil Negeri Sembilan, Syamsul Amri Ismail mendakwa bahawa usah dikecam tindakan segelintir ahli Umno yang keluar dari parti itu.

Menurutnya, yang penting kini adalah untuk menjaga kepentingan ahli parti yang sedia ada ini dan bekerjasama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Yang dah keluar tu biarlah mereka keluar, usah dikecam tindakan mereka itu.
"Ahli yang ada sekarang ini yang penting di kala PRU semakin menghampiri. Justeru kita harus tingkatkan usaha untuk dapatkan sokongan rakyat.
"Selain itu,  usah dipeduli jika mereka ingin tubuhkan parti baru atau tak," katanya ketika membahas usul agama dan pendidikan sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini.

Beliau yang turut dikenali sebagai Syamsul Debat turut meminta agar ahli parti mendoakan yang baik-baik buat mereka yang sudah keluar dari Umno.

"Manalah tahu jika dibukakan hati mereka untuk menyertai kembali parti ini?
"Kita doakan yang baik-baik sahaja," katanya lagi.(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails