Friday, December 09, 2016

Amanah Ingin Rampas Kerusi DUN PAS P.Pinang..

Amanah berminat dengan kerusi Permatang Pasir Dr Mujahid menunjukkan akuan berkanun berhubung pengisytiharan hartanya semalam.

GEORGETOWN - Parti Amanah berminat untuk bertanding di kerusi Permatang Pasir dalam pilihanraya umum akan datang.

Pengerusi Amanah Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, parti itu berminat untuk bertanding berikutan kerusi di kawasan Dun berkenaan kini dipegang Datuk Salleh Man Mat Aji dari parti Pas.

Menurutnya, walaupun hubungan persahabatan antaranya dengan Salleh Man agak rapat, namun mereka tetap terikat dengan polisi parti.

"Amanah sangat berminat untuk bertanding di kerusi Permatang Pasir kerana Pas bukan lagi salah satu parti dalam Pakatan Harapan. Oleh itu, mengapa kita perlu memberi laluan kepada mereka?
"Memang benar saya berkawan baik dengan Salleh Man tetapi dalam hal parti, polisi perlu diutamakan. Tidak kira lah bagaimana baik pun kita dengan orang itu, polisi parti tetap yang pertama kerana beliau bukan lagi dalam Pakatan, melainkan beliau menyertai Amanah," katanya kepada media hari ini.

Dalam perkembangan lain, Dr Mujahid berkata, Amanah memandang positif sekiranya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuat ketetapan akan menyertai Pakatan Harapan pada pilihanraya umum nanti.

Dr Mujahid berkata, Amanah sangat mengharapkan agar Bersatu membuat ketetapan yang jelas tentang perkara itu dalam Mesyuarat Presiden pada 14 Disember nanti.

"Kita menanti keputusan Bersatu sama ada mereka akan bersama-sama Pakatan ataupun sebaliknya. Sebelum ini mereka minta tangguh dalam pertemuan di konvensyen lalu. Oleh itu, kali ini, dalam Mesyuarat Presiden, kita harap mereka ada keputusan itu.
"Selain itu, kami juga menunggu keputusan Pas kerana kita sudah  memberi tempoh (deadline) agar membuat ketetapan tentang bentuk kerjasama mereka dengan kita," katanya.

Menurutnya, sebelum akhir tahun ini, kesemua parti perlu membuat ketetapan sama ada masih mahu bersama pakatan itu atau tidak.

"Mana-mana parti dalam pakatan (ataupun tidak) perlu membuat ketetapan yang jelas berhubung kerjasama dengan kita. Jika kita, kita tidak bertanggungjawab walaupun mereka melabelkan diri mereka sebagai parti pembangkang.
"Jika tiada ketetapan dibuat, maka kita menganggap mereka bersama-sama BN. Sikap berkecuali yang mereka amalkan tidak memberi keuntungan kepada Pakatan Harapan sebaliknya memberi kelebihan kepada BN. Oleh itu, bagaimana kita berhadapan dengan BN, kita juga akan berhadapan dengan mereka," katanya.

Dr Mujahid sebelum itu, membuat pengisytiharan pendapatannya, perbelanjaan, harta dan hutangnya sebagai Ahli Parlimen Parit Buntar.  Menurutnya, semua ahli parlimen perlu melakukan perkara sama khususnya di kalangan Pakatan Harapan agar membuktikan ketelusan kepada rakyat. (SH)

18 comments:

Anonymous said...

Insya Allah, Kelantan di bawah Datuk Husam Musa dan rakan2 akan pastikan Kelantan berada dlm genggaman PH. Kami anak2 Kelantan akan membantu.

Anonymous said...

Betul tu.terbaek. Jgn kasi pas merompak balak lagi....

Anonymous said...

Alhamdulillah, maka PAS bolehlah berehat bagi PRU kali ini. Lagipun Lobai Hadi dan geng sudah ada jawatan sebagai Punaisihat.

Anonymous said...

Err... Bukan ke bila Parlimen dan DUN bubar, semua kerusi diistiharkan SPR kosong! Bila pulak ianya kepunyaan PIS (Parti Islam SeMalaysia)? Sebab itulah ada pertandingan...

dzalee said...

Hidup Amanah

Anonymous said...

Ramai org Pan Menempel dlm ni rupanya.. hahaha negara demokrasi suka hati mak pak ko la nak bertanding kt mana pun..

Anonymous said...

Jangan mare...

Anonymous said...

Bukan setakad merompak malah menzalimi orang asal dan bumi hijau Kelantan. Rakus mahukan wang sanggup menindas orang asal. Guna agama utk mempertahankan politik mereka.

Unknown said...

Ha ramai rupanya orang PAN dalam ni tapi tak apa ini yang hampeh punya ni tiada nilai langsung tengoklah komen mereka menampakan kebodohan mereka kalau tak mengutuk bukan PAN namanya betullah kata peribahasa melayu Kuah (Mat Sabu kaki kutuk) tumpah ke nasi (pengikutnya) rupanya kalau macam tu aku nak pesan sikit ye sebagaimana sabda Rasullullah 'Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selamanya selagimana kamu berpegang dengan keduanya iaitu Al Quran dan Sunnah. Ingat tuan tuan hanya Al Quran dan Sunnah sahaja yang akan menyelamatkan manusia Bukan PHD, Masters, atau Digre yang ada pada kita. Hidup Islam. Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali. ingat ye

Anonymous said...

WAKIL RAKYAT DARI PAN DAN DAP TELAH PUN MENGISTHARKAN HARTANYA MASING2.......JUGA DARI PKR....AKU SALUTT...

WAKIL RAKYAT DARI PAS DAN UMNO B.N BILA LAGI NAK BUAT....??????
JANGAN BELIT BELIT CAKAP....
BELAJAR UNTUK JADI ORANG YG JUJUR DAN IKHLAS....
JANGAN SENTIASA MENCARI CARI ALASAN....
OK....

Anonymous said...

Mengulangi kata2 pemimpin PAS yg LALU berserta saksi yg ramai ..
adalah SATU FITNAH Dan berniat jahat terhadap AGAMA ISLAM...

MENGERTI KAMU ANAK2 SEKALIAN....
FAHAM....!!!!!!!!
FAHAM ATAU TIDAK...??????????????????????

Anonymous said...

Parti Ajaran Syaitan..PAS

Anonymous said...

Fitnah org ambil pul kuda tu bukan fitnah ke? Kenapa lebai2 tak pandai minta maaf pd org yg di fitna

Anonymous said...


WAH...KITA KAGUM MELIHAT PENGIKUT KUALI BERBANGGA DENGAN KEBODOHAN DIRI MEREKA SENDIRI ! MEREKA BERBANGGA MENJADI BALACI TERNAKAN KAFIR HARBI YANG MENENTANG ISLAM.

Anonymous said...

Walaun Parti.Ajaran.Syaitan jual agama.

Unknown said...

Ambik demo lah weh

Anonymous said...

Jangan tak tahu, orang pas yang tinggal dalam ni hanya mereka yang makan dedak. Hujah tiada, kopipes melambak. Orang Pas sudah mula sedar dan geleng kepala, kebenaran akan muncul juga. Segala penipuan atas nama Islam mula kelihatan, makin terang setiap hari. Yang masih ada dalam ni semuanya ada otak tapi tetap bebal, kerana masih makan dedak.

Anonymous said...

Laaa anon 2.27, itu sahaja hujah kamu? Kah kah kah melayu barua batu api. Ko ikutlah ulamak palsu tu, boleh jadi pemfitnah tegar sama.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails