Thursday, December 08, 2016

Siti Kasim Pengfitnah Penghasut Kes Blockade Orang Asli K'tan.





KOTA BAHRU: Satu laporan polis terhadap Siti Kasim dibuat oleh Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan Di Ibu Pejabat Kontinjen Kota Bharu (IPK) hari ini.

Laporan polis itu diketuai oleh Nazman Che Ibrahim, Presiden NGO PERTAHAN dan juga Ketua Penerangan DPPNK susulan isu yang ada kaitan sekatan Orang Asli di Gua Musang.

Laporan penuh seperti berikut

“Pada hari ini jam 8.00 pagi saya berada di kediaman saya seperti di dalam Kad Pengenalan dan saya membaca laman Facebook dengan akaun nama Siti Kasim dan saya percaya nama sebenar dia adalah Siti Zabedah binti Kasim. 


Semua tulisan dan komentarnya di dalam laman Facebook tersebut saya lihat berbentuk fitnah, tohmahan, kejian, hasutan dan ancaman kepada Kerajaan Negeri Kelantan termasuklah menghina serta merendah rendahkan banyak Penjawat Awam dalam tindakan tindakan beliau berkaita isu Blockade Orang Asli sejak bulan September yang lalu. 

Tindakan menghasutnya sangat jelas dan ini akan menimbulkan lebih banyak ketegangan antara kaum orang asli dengan kaum Melayu yang banyak bertugas sebagai penjawat awam sepanjang krisis blockade ini. Saya juga melihat Siti Kasim terus konsisten cuba menghasut orang asli supaya benci dan melawan Kerajaan Pusat, JAKOA, Jabatan Perhutanan, PDRM dan Kerajaan Negeri. 

Justeru, saya selaku Timbalan Presiden NGO Pertahan Kelantan membuat repot ini agar pihak polis segera menangkap dan menyiasat Siti Kasim agar ketegangan kaum tidak akan berterusan sebegini malahan akan menjadi lebih parah sehingga berlakunya pertumpahan darah. Sekian laporan saya.” 

Menurut Nazman lagi laporan yang sama terhadap Siti Kasim akan dilakukan oleh DPPNK di semua 14 kawasan parlimen dalam Kelantan bermula hari ini dan esok. 

Pada 29 November lalu seramai 47 Orang Asal direman oleh pihak berkuasa dan mengakhiri sekatan di laluan lori balak di Pos Bihai dan Pos Tohoi, Gua Musang. Demikian menurut HARAKAHDAILY 7/11/2016


 SEbahagian daripada komuniti Orang Asli yang hadir bagi memberi sokongan berhubung kes tuntutan tanah seluas 6,070 hektar di Mahkamah Tinggi, Kota Bharu semalam.

Sementara itu di Kota Bharu, Mahkamah Tinggi di sini semalam membenarkan masyarakat Orang Asli me­neruskan tuntutan de­klarasi ke atas tanah seluas 6,070 hektar di Hutan Ri­zab Sungai Betis, Bertam di Gua Musang. Hakim Datuk Ahmad Bache membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Kerajaan Negeri Kelantan yang memohon untuk membatalkan writ saman selepas tuntutan difailkan komuniti terbabit pada Oktober tahun lalu.

Dalam penghakimannya, beliau berkata, keputusan diputuskan atas dasar mahkamah mengamalkan sistem keadilan dan memberi hak kepada sesiapa sahaja termasuk komuniti dari suku kaum Temiar tersebut untuk menyatakan tuntutan mereka melalui saluran undang-undang.
“Mereka (Orang Asli) juga mempunyai hak untuk menyatakan tuntutan mereka di mahkamah, jadi kes ini tidak perlu ditolak pada peringkat ini,” jelasnya. Mahkamah kemudian mene­tapkan 28 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi memberi tempoh kedua-dua pihak bersiap sedia dengan maklumat dan dokumen bagi meneruskan kes berkenaan. (IH)



4 comments:

Anonymous said...

Lobai2 ni kalau main ayat2 quran...hadits mmg cukup pandai dan mereka akan cari dan buat utk halal pada diri mereka saha dan bukan pada org lain yg bukan ahli mereka. Sbb tu halal bg mereka buat zalim pada org asal.
Mmg siul lobai2 ni

Cik Minah said...

Daripada kenyataan lebai-lebai ni, maknanya memang
SAHLAH PAS sudah membersihkan balak di hutan GUA
MUSANG, dijual kepada CINA TAIWAN & PRC.....???
Orang Asli mahu halang kerja pembalakan sebab,
pembalakan tu menutup periok nasi mereka.
Bila hutan ditebang, mana mereka nak dapat
petai, rotan, buluh untuk mata pencarian mereka...?
Lainlah kalau KERAJAAN PAS sediakan elaun
rm1,500 untuk setiap keluarga.
Kalau mereka bua tblokade juga, memang wajar
ditangkap dan dipenjarakan, tak gitu.....????

Anonymous said...

Habis la lepas ni semua peguam2 akan dituduh menghasut. Jenuh le pemuda Parti Akal Solok buat laporan polis sokmo. Bodoh oghe Pas ni. Jual agama tak sudah2.

Dzafrullah Adha said...

Kena atas orang semua tak comel , jahat , huduh doh deme duk khianat tu bagus pulok

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails