Thursday, December 08, 2016

Harith Iskander Ke Final Funniest Person In The World. Lawakkah?

Harith Iskander Mara Ke Final Funniest Person In The World


Harith Iskander Mara Ke Final Funniest Person In The World


HALAMAN HIBURAN

PELAWAK terkenal Harith Iskander melangkah setapak ke hadapan apabila namanya diumumkan layak ke pertandingan akhir ‘standup comedy' antarabangsa, Funniest Person In The World yang berlangsung di Helsinki, Finland, semalam.

Dalam pertandingan pada peringkat separuh akhir itu, Harith difahamkan telah berjaya menduduki tempat pertama, menewaskan tujuh peserta lain yang mewakili lima buah negara.

“Pemarkahan dilakukan berdasarkan dua kaedah, iaitu melalui sistem penjurian serta undian online yang dibuat oleh pengguna Internet.


“Saya tidak tahu markah undian online saya. Cuma, saya memperoleh 29 markah daripada 30 markah daripada tiga juri professional,” katanya yang memetik Sinar Harian.

Pengacara program bual bicara, Obviously Harith Iskander itu bakal bersaing di final bersama empat finalis lain seperti Alex Calleja daripada Filipina, Mino Van Nassau (India), David Kilimnick (Israel) dan Katerina Vrana (Greece) di Levi, Finland, esok.


Menurut Harith dia akan cuba buat yang terbaik pada malam final nanti di mana dia mengharapkan majoriti rakyat Malaysia akan mengundinya, sekaligus memberikan peluang cerah kepadanya untuk bergelar juara.


“Saya belum dapat link laman sesawang yang membolehkan netizen mengundi saya. Sekiranya menerima link tersebut, saya akan umumkan di Facebook dan Twitter rasmi saya.
“Saya harapkan undian serta doa masyarakat agar saya boleh memenangi pertandingan ini. Amin,” katanya. (IH)

Video: Ustaz Azhar memberi ilmu sambil sambil berlawak..
ustaz azhar idrus - sifat cemburu utk lelaki

2 comments:

Anonymous said...

Tak lawak pongggggggg..

Anonymous said...

Lawak lagi guna nama islang utk tebang balak kelantan. Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails