Friday, December 09, 2016

PBB Gesa Suu Kyi Melawat Etnik Rohingya. Lembab & Lambat.


PBB Gesa Suu Kyi Melawat Etnik Rohingya

NEW YORK – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi melawat wilayah barat laut negara itu bagi memberi jaminan kepada rakyat bahawa mereka akan dilindungi di tengah tuduhan tentera merogol wanita Islam Rohingya, membakar rumah dan membunuh penduduk awam.

Tentera dan kerajaan Myanmar bagaimanapun menyangkal dakwaan membabitkan etnik Rohingya itu. Anggota tentera memenuhi kawasan sepanjang sempadan Myanmar dengan Bangladesh, tindak balas kepada serangan terancang ke atas tiga pos sempadan pada 9 Oktober yang membunuh sembilan anggota polis.
Suu Kyi semalam menuduh masyarakat antarabangsa menambah kebencian antara penduduk Buddha dan Islam di barat laut negara itu.
“Keengganan pihak berkuasa Myanmar mengambil pendirian tegas terhadap puak pelampau, dan menggunakan kaedah pertahanan berbanding pendekatan proaktif untuk menyediakan keselamatan kepada rakyat tempatan, menyebabkan kekecewaan dalam kalangan mereka dan antarabangsa.
“Cuma dengan bertindak tegas kepada masalah itu kerajaan dapat menyelesaikan krisis dan mengekalkan imej antarabangsanya,” kata Vijay Nambiar, penasihat khas kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, dalam kenyataan.
Beliau juga mendesak Suu Kyi melawat Maungdaw dan Buthidaung di negeri Rakhine. Kekerasan tentera di Rakhine sudah mengorbankan sekurang-kurangnya 86 orang dan menyebabkan 10,000 lagi melarikan diri ke Bangladesh.
Krisis itu memberi cabaran kepada pemenang Hadiah Nobel keamanan itu, yang berjaya memperoleh kuasa dengan janji mengutamakan perpaduan. – REUTERS/BH ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah cara PBB bertindak, kalau yang berkaitan dengan penindasan ke atas umat Islam segalanya berjalan lembab dan lambat. Contohnya seperti Bosnia dan lain-lain. 

2 comments:

Anonymous said...

Err... MB dan PIS (Parti Islam SeMalaysia) Kelantan sudah melawat dan menjenguk Orang Asli di Gua Musang?

Anonymous said...

Usah kata nak jumpa dan jenguk masalah orang asli, esok masa banjir di Kelantan pun dia akan dok saje dirumah dan TAK AKAN keluar menjenguk kesusahan rakyat yang mengundi dia masa pru lepas. Itulah MB Kelantan sekarang kalau tak kenal lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails