Monday, December 05, 2016

M'sia Wajib Campur Tangan Isu Rohingya.



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berucap di pentas Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya berkata berdasarkan laporan media menjelaskan bahawa kerajaan Myanmar telah mengkritik kerajaan Malaysia kerana campur tangan kerajaan ini terhadap urusan negara Myanmar.

Jelasnya, seharusnya krisis kemanusiaan Rohingya ini perlu difahami terlebih dahulu bahawa krisis ini sedang hangat berlaku di Myanmar pada hari ini bukan sahaja mewajibkan campur tangan Malaysia bahkan juga negara-negara Asean yang telah menandatangani piagam hak asasi manusia.

Beliau yang berucap sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulamak Islam Sedunia berkata hak asasi manusia kini tidak lagi ada sempadan sebagaimana yang dilaporkan oleh pengamal media yang turut menyampaikan maklumat mengenai kekejaman tersebut.

"Islam mendahului semua ideologi dan fahaman yang lain dalam mempertahankan hak asasi manusia. Apabila persidangan ahli undang-undang antarabangsa di Belanda selepas perang dunia yang pertama untuk menggubal undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia, mereka terpaksa meronyokkan terjemahan al-Quran," katanya di hadapan ribuan peserta Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya yang bertempat di Stadium Titiwangsa pagi ini.

Firman Allah SWT dalam surah al-Anfal dalam ucapannya yang bermaksud jika sekiranya seorang musyrikin penganut agama penyembah berhala dari kalangan bukan Islam dizalimi di tanah air mereka datang meminta perlindungan, berilah perlindungan kepada mereka.


Bantahan

Seterusnya katanya, perdengarkan kalam Allah dan dakwah tidak boleh dipaksa.

"Letakkan dia di tempat yang aman, tidak boleh dihantar balik kepada negeri yang zalim di terhadap dia. Namun, demikian dalam hubungan antarabangsa Islam mendahulukan pendamaian, maka langkah diplomatik dan diplomasi hendaklah didahulukan," katanya.

Tegasnya, kerajaan Malaysia wajib bersama dengan kerajaan yang lain yang mempertahankan hak asasi manusia supaya campur tangan dalam perkara kezaliman yang berlaku di Myanmar pada hari ini mendapat pembelaan.

"Bukan sahaja terhadap penganut Islam Rohingya, termasuk suku kaum yang dianggap bukan penduduk asal Burma padahal mereka sudah duduk beribu tahun di situ macam dinafikan hak mereka," katanya lagi. – HARAKAHDAILY 4/12/2016

Ucapan TGHH Rohingya



Najib Razak Rohingya 2016 Ucapan Penuh

2 comments:

Anonymous said...

Umara Klepet + Olamak Bengong = Mangkok Jamban

Anonymous said...

Ada satu viral. Bgtau yang pasar borong dikuasai gengster Myanmar. Ish betul ke? Klulah betul, hopefully pihak berkuasa dapat do something about it. Bukan apa, agak memalukan jugaklah kita bertempik untuk membela nasib our brothers in Mynmar, tetapi pada masa yang sama gangster Myanmar di tempat kita sendiri adalah terlalu "power" untuk dibanteras dan berkuasa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails