Thursday, December 08, 2016

Ganja: Pelakon Aidil Terlepas Dari Tali Gantung.

Hasil carian imej untuk Pelakon drama, Aidil Aziz
 Aidil (kanan) bersama dua rakannya Omar Sayeed (dua dari kanan) dan Guevara (kiri) terlepas hukuman gantung sampai mati selepas pertuduhan ke atas mereka ditukar daripada mengedar kepada memiliki ganja.
HALAMAN HIBURAN
KUALA LUMPUR – Pelakon drama, Aidil Aziz dan dua rakannya terlepas hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Majistret di sini semalam meminda pertuduhan yang dihadapi mereka daripada mengedar dadah jenis ganja kepada memiliki dadah itu.
Pertuduhan itu dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Aftal Mariz Mohamed di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.
Bagaimanapun. Aidil, atau nama penuhnya, Mohd. Aidil Abdul Aziz, 29, dan dua rakan, Omar Sayeed Ghulam Mohammad, 36, yang bekerja sendiri dan R. Guevara Cortez, 33, jurutera teknologi maklumat me­ngaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pindaan tersebut.
Omar Sayeed merupakan anak kepada seorang Datuk Seri manakala Guevara merupakan rakyat Filipina.
Mengikut pertuduhan, masing-masing didakwa bersama-sama memiliki dadah jenis ganja seberat 18.39 gram di sebuah rumah di Ampang Ulu, di sini pada 12.40 tengah hari, 24 September lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-dua­nya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan jaminan RM4,000 kepada Aidil yang diwakili peguam bela Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin dan Guevara diwakili Afifuddin Ahmad Hafifi.
Omar Sayeed pula diwakili peguam G. Jaya Prem tidak dibenarkan jaminan kerana tertuduh mempunyai satu lagi kes di Mahkamah Sesyen. (kOSMO!)

5 comments:

Anonymous said...

Mat Sabu dgn Annuar Tahir tak pi melawat kerrrrr?

Untung2 boleh jadi Pemuda PAN yakni ahli young pan atau singkatannya AyaPAN

Anonymous said...

DAP gantung keahlian MP Kota Melaka dan pengerusi Melaka

6 Feb 2016, malam 7:38 (Dikemaskini 6 Feb 2016, malam 9:14)

DAP hari ini menggantung keahlian selama setahun terhadap Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him, dan pengerusi DAP Melaka yang juga ADUN Duyong, Goh Leong San.

Setiausaha jawatankuasa tatatertib DAP, Tai Xing Piao berkata dalam satu kenyataan bahawa kedua-duanya digantung keahlian mereka kerana berulangkali membuat kenyataan yang merosakkan reputasi parti.

Beliau berkata penggantungan keahlian mereka berkuat kuasa hari ini dan keahlian mereka dalam DAP hanya akan dipulihkan selepas tempoh tersebut.

In case you've missed this...

A crusader in crutches has ‘hunger’ for Bersih 5
"Sim dan Wong, sebagai pemimpin kanan parti, sepatutnya menunjukkan teladan yang baik, terutamanya pada masa rakyat perlu DAP untuk menyediakan kepimpinan.

"Tetapi bukan sahaja gagal berbuat demikian, mereka juga telah membuat tuduhan palsu terhadap kepimpinan parti di media dan di majlis-majlis awam," kata Tai.

Beliau berkata kedua-dua mereka boleh merayu terhadap penggantungan mereka kepada jawatankuasa eksekutif pusat dalam tempoh 14 hari.

Tindakan Sim dan Wong berpunca dari pertikaian undang-undang dengan ahli parti Wong Fort Ping.

Tai berkata, selepas kedua-duanya kalah dalam pertikaian undang-undang terhadap Wong pada 15 September tahun lepas, mereka menyalahkan kepimpinan DAP dan mendakwa parti itu membalas dendam terhadap mereka.

Beliau berkata ekoran kejadian ini, Sim dan Goh membentuk kumpulan yang digelar 'Justice League' dan pada 1 November tahun tersebut, mengadakan majlis makan malam untuk mengumpul dana untuk bayaran guaman mereka, di mana seorang bekas ahli parti telah dijemput untuk berucap dan mengecam parti itu.

Anonymous said...

ISMA membuktikan PAN diresapi Syiah. Patutla PAN menggantung cita2 ahli Sunnah di Malaysia menjadi khadam Ahok Penang



http://www.ismaweb.net/2016/07/hari-al-quds-sedunia-pan-diresapi-syiah/



Hari al-Quds Sedunia, PAN diresapi Syiah?
July 1, 2016 Berita Utama, Utama 4


Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Jumaat – Tindakan Parti Amanah Negara (PAN) menyokong penuh penganjuran Himpunan Selamatkan Al-Quds yang diadakan hari ini di Kedutaan Amerika Syarikat menimbulkan seribu persoalan.

Ketua Unit Kajian Syiah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Mohamad Ismail berkata, beliau pelik apabila PAN menyokong ‘Hari al-Quds Sedunia’ yang digagaskan oleh tokoh Syiah Rafidhah, Khomeini.

“Tidakkah PAN tahu asal usul penganjuran Hari al-Quds ini? Atau sebenarnya PAN sudah diresapi Syiah?,”soalnya dalam kenyataan ringkas kepada Ismaweb.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada seruan Setiausaha Agung PAN, Mohd Anuar Tahir yang mengajak orang ramai untuk bersama-sama dalam himpunan al-Quds selepas solat Jumaat petang tadi.

PAN 1

Mengulas lanjut Ustaz Mohamad berkata, puak Syiah ini hanya menggunakan Hari al-Quds Sedunia untuk mengaburi mata umat Islam kononnya merekalah yang mempertahankan bumi Palestin.

Hakikatnya ramai orang tertipu dengan slogan “Hari al-Quds Sedunia” yang dilancarkan Khomeini pada hari Jumaat terakhir setiap kali bulan Ramadan.

“Itu hanya sekadar manipulasi untuk membebaskan Masjd Al-Aqsa demi mendapat sokongan orang awam yang tertipu dengan slogan tersebut.

Katanya lagi, jika kita mengkaji akidah Syiah imam 12, mereka (Syiah) ini sebenarnya tidak beriman dengan kewujudan Masjid Al-Aqsa di Palestin dan tidak ada pun asas agama untuk mereka membebaskan Masjid Al-Aqsa.

“Ini kerana, bagi Syiah jihad tidak wajib kecuali setelah kemunculan al Mahdi al Muntazar. Syiah juga tidak beriman dengan kewujudan Masjid Al-Aqsa di Palestin sebaliknya mereka beriktikad ia berada di langit.

“Bahkan mereka beriktikad bahawa masjid di Kufah dan Karbala lebih suci dari Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Al-Aqsa. Jadi apa guna slogan tersebut digunakan?

Anonymous said...

Lobai hadi kalah kes mahkamah sbb buat fitnah kerana kes pil kuda tak pandai nak minta maaf ka?
Apa...maksum sangat ka lobai hadi tu?
Pandai buat fitnah dihadapan org ramai tapi kemut nak minta maaf balik dihadapan org ramai.

Lobai2...

Anonymous said...

Jangan nak tunjuk hairan. Bebudak Pas Subang dan Shah Alam ramai yang taik ganja. Dah banyak kali dikomen dalam blog ini. Alasan mereka itu adalah hak peribadi, janji tak kena skodeng pastu kena tangkap. Dengan tiada perasaan malu, masa waktu solat pun ramai yang lalok berdiri macam nak tumbang, terutama waktu Maghrib.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails