Monday, December 05, 2016

Agih Segera Rumah Generasi Ke2 Felda Neram



Projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) di Felda Neram 1 yang sepatutnya diduduki seawal 2014 kini masih belum diagihkan. Projek yang dimulakan 2012 sepatutnya siap sepenuhnya akhir 2013 sehingga kini belum dapat diduduki.

Projek ini antara terawal di Terengganu menghadapi masalah kelewatan dan bertukar kontraktor beberapa kali sejak ianya dimulakan. Tinjauan kami beberapa minggu lalu pada mata kasarnya projek ini sudah siap. Jika ianya sudah siap kami mendesak kerajaan negeri dan Felda mengagihkan segera kepada penduduk anak generasi kedua dan ketiga sekitar Neram untuk mereka.

Jika urusan pengagihan ini dapat dilakukan, hampir 105 keluarga generasi Felda Neram akan menikmati janji yang telah lama mereka menunggunya. Kami beberapa kali membawa isu ini agar diselesaikan kerana ianya satu keperluan mendesak warga anak peneroka Felda seluruh negara.

Sehingga kini Felda masih gagal menyiapkan PGBF ini mengikut jadual. Sepatutnya 10,000 unit fasa pertama 2014 sudah diduduki dan 2017 kesemua 20,000 unit PGBF dengan peruntukan RM1.4 bilion seperti diumumkan oleh Kerajaan Pusat diselesaikan menjelang 2017. Fasa pertama menghadapi masalah yang menyebabkan projek ini terbengkalai terutamanya di Pahang.

Hal Ehwal Felda PAS Pusat akan terus memantau dan akan membuat desakan berterusan agar janji ini dapat ditunaikan segera. Kami berharap ianya tidak dijadikan polemik politik menjelang pilihan raya seperti kelaziman dilakukan oleh Kerajaan Pusat.

Rumah adalah satu keperluan dan bukan umpan atau terus memberi harapan yang terpaksa dinanti penggal demi penggal. Warga Felda tidak sewajarnya dijadikan bahan kajian seperti ucapan seorang perwakilan ketika berucap di persidangan Umno baru-baru ini.

Felda juga tidak perlu mencipta alasan tidak munasabah seperti kenyataan Pengerusi Felda pada bulan Ogos 2016 dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam akhbar (sinar) projek PGBF ini terlewat kerana masih belum mendapat kelulusan pembiayaan Bank Pembangunan untuk meneruskan PGBF sedangkan ianya sudah diluluskan RM1.4 bilion pada 2012.

Naraza Muda
Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat
4 Disember 2016 / 4 Rabi'ul-Awwal 1438 - HARAKAHDAILY 4/12/2016

1 comment:

Anonymous said...

Dengar kata Pas sedia perintah Malaysia.....hehehehehehehe.
Adoiiii Harakah satu tu pun tak terjaga, sekarang dah 5hb Disember tapi staf Harakah masih belum dapat gaji....
Betulkan Harakah dulu sebelum nak perintah Malaysia.
#SelamatkanHarakahKahkahkah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails