Friday, December 09, 2016

Berjemaah Dengan Akhlak -Hashim Jasin.

Hasil carian imej untuk kewajipan berjamaah


Oleh TUAN GURU HASHIM JASIN 
.

KEWAJIPAN berjemaah adalah perkara yang tidak disangsikan lagi oleh orang yang beriman, kerana Nabi Muhammad SAW telah berpesan dalam hadis riwayat Bukhari 

  • “Hendaklah kamu sekalian bersama jemaah” 

dan hadis riwayat Nasa’i 

  • “Sesungguhnya rahmat Allah bersama jemaah. Sesungguhnya syaitan berlari bersama orang yang memisahkan diri dari jemaah.” 
Jemaah yang benar itu adalah yang berpegang dengan dasar Islam dan bekerja untuk menegakkan Islam berlandaskan al-Quran dan Sunnah.

Apakah kewajipan berjemaah hanya sekadar wajib berjemaah sahaja? Atau wajib juga kita mengikuti disiplin atau adab-adab dalam berjemaah. Apakah rupa bentuk akhlak orang yang berjemaah dan bagaimana adab berjemaah yang sebenar? 


Perkara ini sangat penting untuk dihalusi oleh setiap ahli PAS ketika kita mula melihat keadaan akhlak sesetengah ahli PAS mulai kritikal sekarang ini. Konflik akhlak dalam berjemaah akan membuka ruang kepada syaitan untuk menjarakkan ahli-ahli dari jemaah.

Ada ahli yang mengkritik keputusan jemaah kerana pandangan politiknya mengatasi pertimbangan dakwah. Ada yang menolak pendirian jemaah kerana kezaliman itu difahami sebagai menindas rakyat, sedang perbuatan menolak syariat tidak pula dikatakan zalim.  Ada pula di kalangan pimpinan bertindak dengan tindakan yang merugikan jemaah, tetapi memberi alasan sebagai tindakan peribadi. 


Di kalangan ahli-ahli pula ramai yang menganggap mematuhi arahan jemaah, menghadiri program dan melaksanakan amanah adalah pilihan, bukan kewajipan.

PAS sebagai sebuah jemaah Islam yang tertua dan terbesar di Malaysia telah memiliki lebih sejuta ahli yang mempunyai pelbagai latar belakang. Apakah yang boleh mengikat dan menyatukan kepelbagaian ini? Ia adalah akhlak berjemaah. Setiap ahli PAS terikat dengan adab dan disiplin supaya seluruh fikiran dan tindakan ahli PAS dapat diselaraskan, sehingga tercapai tujuan-tujuan perjuangan PAS. 


Ketika Syaidina Ali bin Ali Talib KWJ menyebut tentang perjuangan yang benar tanpa nizam (sistem) akan ditewaskan oleh kebatilan yang bersistem, sudah pasti salah satu daripada nizamnya adalah akhlak.

Setiap ahli PAS adalah bertanggungjawab meletakkan keikhlasan semata-mata kerana Allah sebagai teras perjuangannya. Dalam hadis Muttafaq Alaih, ketika menjawab pertanyaan tentang perang di jalan Allah, Nabi SAW bersabda


  • “Sesiapa yang berperang supaya Kalimah Allah (agama Islam) menjadi paling tinggi, dialah yang berperang di jalan Allah.” 

Inilah yang ditegaskan oleh Allah dalam surah al-Bayyinah, ayat 5 yang bermaksud, 

  • “Dan tidaklah diperintah kepada mereka melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas dalam menjalankan perintah agama dengan lurus.” 
Kedua, sikap husnu al-thiqah billah (bersangka baik kepada Allah), memohon pertolongan-Nya dan yakin dengan janji-Nya mesti ada dalam diri setiap pejuang Islam. Meyakini segala jaminan Allah serta janji-Nya untuk dunia dan akhirat akan meningkatkan taqwa sehingga tidak boleh dicabar oleh ancaman musuh, sogokan, tawaran dan janji-janji dunia yang dibuat oleh pelbagai pihak. Dalam masa yang sama, sangat meyakini kemenangan dan pertolongan yang dijanjikan oleh Allah walaupun tidak tercapai oleh akal dan tidak terlihat oleh mata. 

Para Sahabat RA yang berhijrah hanya berpegang dengan janji Allah, walaupun Nabi SAW tidak memperlihatkan sebarang wawasan keduniaan daripada hijrah tersebut. Allah berfirman dalam surah al-Hajj, ayat 41 yang bermaksud 

  • “Dan sesungguhya Allah pasti akan menolong orang-orang yang menolong agamanya. Allah Maha Kuat lagi Tiada Tandingan.”

Dan ketiga, menjadi kewajipan bagi setiap pejuang Islam untuk istiqamah di atas jalan yang benar, yakni jalan al-Quran dan Sunnah. Sikap berterusan dengan prinsip perjuangan dan beramal dengan tuntutannya, serta tidak terpesong atau cenderung ke arah perkara yang boleh menyelewengkan diri dari arus perjuangan, akan meletakkan kita dalam keadaan istiqamah dalam perjuangan. 


Allah telah mengingatkan kita dalam surah Yunus ayat 89 yang bermaksud 
  • “Allah berfirman: Sesungguhnya telah dikabulkan doa kamu berdua (Musa dan Harun); oleh itu hendaklah kamu tetap istiqamah (menjalankan perintah-Ku seterusnya), dan janganlah kamu menurut jalan orang-orang yang tidak mengetahui (peraturan janji-Ku).” 
Tiga prinsip utama akhlak berjemaah ini, iaitu keikhlasan dalam perjuangan semata-mata kerana Allah, mempunyai sangkaan yang baik serta yakin dengan janji dan pertolongan Allah dan sentiasa istiqamah dalam perjuangan akan meletakkan seseorang pejuang Islam dalam keadaan yakin terhadap apa yang diperjuangkannya. 

Perjuangan Islam adalah satu perjuangan yang sentiasa bersulam dengan ujian dan cabaran daripada musuh. Bagaimana seorang pejuangan Islam menghadapi ujian yang berat dengan jayanya, sekiranya mereka tidak diikat dengan akhlak ini. 

Tiga elemen asas inilah yang akan membentuk kesabaran dan kekuatan dalaman kepada setiap pejuang Islam dalam menghadapi ujian Allah. Cuba kita bayangkan bagaimana kisah kekecewaan Nabi Yunus AS yang digambarkan oleh Allah dalam surah al-Qalam ayat 48-50, sehingga Allah telah memerintah kepada Nabi SAW supaya bersabar dengan menghadapi ujian perjuangan. 


  • “Maka bersabarlah (wahai Muhammad) untuk menerima ketentuan Tuhanmu” (al-Qalam: 48). 

Maka dari tiga elemen akhlak ini nanti, barulah lahir tuntutan-tuntutan akhlak dalam amal jamaie. 
HARAKAHDAILY 9/12/2016

9 comments:

Anonymous said...

Orang tak da akhlak adalah mereka yg menyanjung keluarga Ahok Penang yg Syirik dan pada masa yg sama memaki hamun ulamak, Mufti, badan2 ugama dan jamaah2 Islam sperti PAS, Isma dan jamaat Tabligh.

Mereka menyanjung DAP tapi memandang hina kpd Jamaat Tabligh. Contohnya Mujahid pernah melawat gereja tetapi tak pernah turun melawat Jamaah di Masjid Sri Petaling.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.



Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2015/09/mufti-pahang-terkilan-dengan-orang-islam-dalam-dap/

Mufti Pahang terkilan dengan orang Islam dalam DAP


BANGI, Selasa – Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman melahirkan rasa terkilannya kepada sebahagian orang Melayu, Islam dalam parti rasis dan cauvinis DAP yang mengancam untuk menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) berhubung dengan teks khutbah Aidiladha lalu.

Beliau berkata, kandungan teks khutbah berkenaan adalah merupakan satu nasihat kepada umat Islam supaya bersatu dan bukannya bersama dengan pihak yang secara terang mencabar Islam.

Oleh itu, beliau menyifatkan tindakan beberapa orang Islam dalam DAP itu sebagai lebih mengutamakan dasar parti itu dan tidak menghormati institusi Islam.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

“Saya rasa terkilan dengan orang Islam dalam DAP, sepatutnya mereka kena mempertahankan ahli agama dan institusi Islam ini, namun mereka pula ingin menyaman kami dan meminta kami memohon maaf,” katanya lapor Utusan Malaysia hari ini.

Beliau juga berkata, kandungan teks khutbah berkenaan adalah benar dan bukannya berbaur fitnah kerana telah dirujuk dalam al-Quran iaitu ayat 28, Surah Ali Imran.

“Jelas dalam al-Quran, larangan untuk orang mukmin berpihak kepada orang kafir dan menjadikan mereka teman setia dengan meninggalkan orang mukmin.

BACA: Isma sokong Mufti Pahang tidak tunduk dengan DAP

“Kalau kita lihat dalam beberapa isu seperti hudud sebelum ini, mereka menentangnya yang bermakna menolak hukum Islam sedangkan Islam tidak pernah me nafikan hak orang lain walaupun Islam adalah agama Persekutuan di Malaysia,” katanya.

Sehubungan dengan itu, pihaknya tidak gentar dengan ancaman DAP untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa agama negeri.

“Kita tidak akan tunduk kepada pihak yang mahu jabatan ini memohon maaf dan menarik balik teks khutbah Aidiladha itu.

“Sepatutnya mereka yang memohon maaf terlebih dahulu kerana campur tangan dalam hal ehwal Islam seperti pelaksanaan hudud di Kelantan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

BACA: KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

Sementara itu, khutbah Aidiladha yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Pahang untuk kegunaan para khatib antara lain menyebut:

“Perpecahan ini kerana mengutamakan parti politik melebihi perpaduan dan persaudaraan Islam seperti parti Umno, Pas, PKR dan ditambah parti baru yang di namakan Gerakan Harapan Baru (GHB) malahan ada di kalangan umat Islam yang menyertai parti DAP yang terang-terang menentang Islam.

“Sepatutnya umat Islam bergabung dan bersatu suara walaupun berlainan dasar politik mereka,” kata khutbah itu

Sebelum ini, Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, berkata pihaknya memberikan tempoh lima hari kepada JAIP untuk meminta maaf atas kandungan khutbah Aidiladaha berkenaan dan sekiranya tidak, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman terhadap JAIP.

“Kandungan dalam khutbah Ai diladha bukan hasutan seperti didakwa DAP tetapi kita hendak berdakwah dan memberitahu ke pada orang Islam lain mengenai perkara yang sudah dinyatakan dalam al-Quran,” kata Abdul Rahman.

Anonymous said...

Mengapa PAN sayang sama DAP? Sebabnya ada dibawah ini.


http://www.ismaweb.net/2014/06/ahli-parlimen-dap-mahu-orang-islam-hormati-hak-orang-murtad-amal-agama-baharu/

Ahli Parlimen DAP mahu orang Islam hormati hak orang murtad

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Saranan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) agar umat Islam menghormati hak saudara seagama mereka yang murtad untuk mengamalkan agama baharu, dilihat sebagai sesuatu yang tidak wajar dan boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata saranan itu dilihat amat menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

“Dalam urusan beragama, selain Perlembagaan Persekutuan, kita ada peruntukan di bawah kerajaan negeri, serta hukum dibuat oleh Majlis Agama atau Majlis Fatwa.

“Dan perkara ini kita kena ambil kira. Dia bukan soal tengok satu perspektif sahaja,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Razali, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata, adalah tidak adil sekiranya Ngeh hanya menggunakan Perkara 11 bagi menyokong hujah beliau, tanpa mengambil kira Perkara 3 iaitu Islam adalah Agama Persekutuan.

Terdahulu, Ngeh menyatakan perkara itu adalah berdasarkan peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu.

“Saya berharap orang Islam boleh terima peruntukan 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan.

“Kalau seseorang itu hendak meninggalkan agama dan dia berusia lebih 18 tahun, kita mesti menghormati hak yang sudah diberikan kepada mereka yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Anonymous said...

Kah4..
Wahai lobai2
Sampai bila nak mempergunakan agama utk politik munafik kalian.
Guna agama utk slmatkan kedudukan politik apa maknanya.
Politik buat cara politik
Kalau nak ceramah agama jd badan dakwah la.
Jgn anggap org lain dr parti bukan kamu maka kamu anggap org tak berpengetahuan agama.
Kamu guna ayat2 quran utk menghalalkan perbuatan kamu sedangkan org lain benda yg sama juga tapi kamu haramkan...kafirkan...fasikkan.

Bodoh punya lobai...
Permainan politik pun tak faham.
Sanggup jadi munafik politik dgn gunakan ayat2 quran.
Malu weiiiii...
Lagi org pandang huduh pada lobai2.

Anonymous said...

Looooo.
Masjid banyak kat Msia.
Mana2 masjid blh pergi lobai oiiiii..
Wajib sangat ka dlm islam nak pi ka masjid Sri Petaling tu.

Ada masa dia pergi la..mungkin tak kesempatan.

Aku pun kadang2 pi jugak kat Masjid Sri Petaling tapi tak la sampai wajib nsk pi situ ja. Masjid lain banyak.

Cuma tak la sampai ada yg kata wajib keluar 40hr ke India dulu baru pi Mekah.

Anonymous said...

ISTIHARKAN DULU HARTA 2 PIMPINAN PARTI PAS , UMNO, MIC , MCA, DAN PARTI GERAKAN, BARU BOLEH BINCANG YG LAIN2 NYA......

IKUT S.O.P.PAKATAN HARAPAN RAKYAT...BARU NGAM.
SELAGI SOKONG KETUA LANUN .....
JANGAN CERITA PASAL ISLAM.....
LU BALIK RUMAH BIKIN ANAK LAGI BAGUS....HO...

Anonymous said...

tiada berkat ilmu yg dtgnya dr agamawang yg sokong najib. seblm kamu nasihat rakyat, elok kamu nasihatkan org yg dekat dgn kamu dulu.

mana janji nak saman SR dlm isu terima dedak RM90JUTA? mana surat lantikan peguam KAPIR queen council yg kamu kata telah dilantik? sila beri surat sebut kes dari mahkamah Britain tu kalau dah difailkan.

knp pemimpin pas takiyuddin cium tangan pemimpin umno mb perak zambri? lebih muliakah pemimpin umno dihati pemimpin pas?

knp tangguh ruu 355? kamu canangkan seolah2 ianya hudud Allah hingga sanggup kafirkan org lain. sejak bila boleh jatuh kafir kalau sanggah hukum manusia?

kalau betul pentingkan sangat nak perkasa mahkamah syariah, knp dah dua kali tangguh? jgn menipulah. ruu 355 itu hasil kerja umno dulu lg.

sila nasihatkan najib dan rosmah pulangkan hasil rompakan mrk.

Anonymous said...

Pas dah jadi pas chai. Pimpinan nye chai. Buta politik tp perasan alim ulamak. Benci kpd penyamoon perompak pencuri tp pi kawan dan sembah depa. Dakwah konon. Umno tk sejahat firaun. Hihihi. Pas dah jd bodoh dan bangang. Hahahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails