Sunday, December 04, 2016

Bantah Kekerasan Junta Myanmar -NGO Amal Sarawak.




KL: Muhtar Suhaili daripada wakil NGO Amal Sarawak hari ini dalam ucapannya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama membantah kekerasan yang dilakukan oleh kerajaan junta Myanmar terhadap umat Islam Rohingya.

Beliau berkata umat Islam khususnya harus bersatu demi mempertahankan hak agama Islam di seluruh dunia termasuk Islam Rohingya.

"Di Sarawak, suku kaum Sarawak terdiri daripada pelbagai suku, namun Alhamdulillah sehingga ke hari ini, kami sesama suki hidup aman damai," katanyan yang juga mewakili suara rakyat Sarawak.

Umat Islam pada hari ini keluar berhimpun di Stadium Titiwangsa pada program anjuran NGO-NGO Islam bagi menyatakan kesemarataan bantahan terhadap kekejaman kepada umat Islam Rohingya. - HARAKAHDAILY 4/12/2016

Pesatuan Ulamak Islam Sedunia akan bersama dalam Himpunan Solidariti Ummah khusus untuk menyatakan kebersamaan atas derita yang ditanggung rakyat Rohingya di Myanmar.Himpunan tersebut merupakan gabungan anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Islam seluruh Malaysia akan diadakan pada 4 Disember (Ahad) bermula jam 8.00 pagi di Stadium Taman Tasik Titiwangsa.

1 comment:

Anonymous said...

Kah kah kah....lihat poster. Nama Najib takde pangkat sebagai PM, tapi nama Hadi ada pangkat ulamak sedunia. Kah kah kah. Punyalah riak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails