Thursday, December 08, 2016

Aib! 59 Tahun Merdeka, Perakilan DAP Masih Tak Tahu Bahasa Melayu..


loke

Ramai Perwakilan DAP Tak Tahu Bahasa Kebangsaan, Terpaksa Sediakan Alat Penterjemah – Anthony

AIDCNews – 7/12/16 –Walaupun sudah 59 tahun Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, namun masih ramai lagi dari kalangan perwakilan DAP tidak faham dan tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu sehingga memaksa parti itu menyediakan alat penterjemah semasa berlangsung Persidangan Kebangsaan parti itu pada Ahad.
Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke berkata parti telah membelanjakan RM20,000 bagi menyediakan perkhidmatan menterjemah untuk mengatasi permasalahan tersebut
“Walaupun semua debat hari ini menggunakan bahasa kebangsaan, tapi pada persidangan kebangsaan kali ini parti telah membelanjakan RM20,000 untuk menyediakan alat menterjemah kepada perwakilan yang memerlukannya.
“Ciri ini akan digunakan pada setiap persidangan kebangsaan bermula dari tahun ini. Jika ada keperluan, kita akan tambah lagi,” katanya.
Walau bagaimanapun kenyataan Anthony berkenaan perbelanjaan RM20,000 itu telah dipadamkan untuk mengelak parti dipalit dengan imej negatif.
Dalam rakaman di bawah, kenyataan Anthony telah dipadamkan selama 1 minit dari minit 4:41 sehingga ke minit 5:19 untuk mengelakkan aib parti berkenaan penggunaan bahasa Kebangsaan tersebut.

3 comments:

errol said...

Tak payah belajar Bahasa Melayu. Tongsaun sudah mari, hutang kena bayar. Belajarlah Bahasa China PRC.

Anonymous said...

Xreti bahasa melayu satu jenayah?rompak balak jelas2 jenayah xda pun pas buat apa.kutuk2 cina tp membela tokeh2 balak cina.pa cter ni walaun

Anonymous said...

Anon 5:15. Perhimpunan rohingya pun bukan jenayah gak...tapi Pan menyalak sakan kenapa.
Sbnrnya instead of beli alat penterjemah, Dap patutnya susun je pemimpin Pan kat belakang tabir dan tolong terjemahkan...free

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails