Saturday, December 17, 2016

50,000 Masih Terperangkap Di Aleppo, Rusia Bunuh 1,207 Orang Awam.

 Beberapa buah bas digunakan untuk proses perpindahan kumpulan pemberontak dan keluarga mereka keluar dari bandar Aleppo kelmarin. - AFP


PARIS – Hampir 50,000 individu, sebahagian besarnya me­rupakan orang awam, dilaporkan masih terpe­rangkap di timur Aleppo walaupun satu rundingan perpindahan sedang diusahakan, kata wakil keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB ) untuk Syria dan Menteri Luar Perancis kelmarin.
“Masih terdapat 50,000 individu, termasuk 40,000 orang awam malang yang tinggal di bahagian bandar itu. Selebihnya ialah pemberontak dan keluarga mereka iaitu antara 1,500 hingga 5000 orang,“ kata wakil PBB itu, Staffan de Mistura.
De Mistura berkata demikian kepada pemberita di bandar Paris. Turut berada di sisinya ialah Menteri Luar Perancis, Jean-Marc Ayrault.
Turki, sebelum ini, mengganggarkan terdapat antara 80,000 hingga 100,000 orang awam yang masih terperangkap di timur Aleppo.
“Keutamaan kami adalah untuk rakan-rakan PBB agar berada di sisi orang ramai (yang berjaya dipindahkan) dan kumpulan pemberontak dihormati menurut terma perjanjian ini,” kata De Mistura.
Menurut terma perjanjian perpindahan yang dirundingkan antara sekutu rejim Syria iaitu Rusia dan penyokong pemberontak Turki, mereka yang masih dalam proses perpindahan dari timur Aleppo akan dihantar ke kawasan barat laut wilayah Idlib.
“Kami tidak tahu apa akan berlaku di Idlib. Jika tidak ada persetujuan politik atau genjatan senjata, Idlib akan menjadi Aleppo kedua,” kata De Mistura.
Dalam perkembangan sama, Ayrault mengulangi gesaan Perancis agar proses perpindahan dilakukan secepat mungkin, termasuk pemerhati dan kakitangan PBB serta sesiapa sahaja yang boleh dipindahkan dalam masa terdekat.
Perancis memanggil supaya diadakan satu mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan PBB untuk memastikan tiada penyelewengan berlaku, tiada unsur membalas dendam dan orang awam dilindungi.
Ayrault juga meminta ‘genjatan dilakukan di seluruh negara dan semua pihak kembali ke meja rundingan.’
Ratusan penduduk berpindah dari timur Aleppo sejak Khamis lalu, selepas serangan bertubi-tubi selama beberapa bulan oleh pihak rejim Syria yang mendapat sokongan jet pejuang Rusia di Aleppo. – AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sementara itu, menurut PBB serangan udara Rusia di Aleppo, Syria telah membunuh 1,207 orang awam, dengan 380 daripadanya ialah kanak-kanak, lapor kumpulan pertahanan awam Syria, White Helmets kepada penyiasat perang jenayah PBB dalam satu dokumen kelmarin.
Pertubuhan kemanusiaan termasuk White Helmets, Rangkaian Hak Kemanusiaan Syria, Pertubuhan Doktor Bebas dan Pusat Pelanggaran Dokumentasi menggariskan laporan pertuduhan mereka terhadap Rusia dalam satu dokumen setebal 36 muka surat kepada Suruhanjaya Siasatan PBB di Syria. 
Suatu bukti jelas menunjukkan Rusia melakukan atau bersubahat dalam jenayah perang di Syria. Dokumen itu menyatakan dakwaan tersebut adalah berdasarkan kete­rangan saksi dan bukti sokongan termasuk rakaman video yang menyaksikan pesawat, pintasan audio dari kokpit dan peluru yang digunakan. 


Lihat..
Tawaran baru kerja di Korea Selatan..

2 comments:

Anonymous said...

Jgn mudah terpedaya dgn dakyah2 org barat...kdg2 kita sengaja dibentuk utk sentiasa membenci sesama kita...dicari jln supaya ada jurang perpisahan antata sesama islam...berhati2...fatabayyanun

hanimasra said...

betul..sebenarnya yang membunuh,menyembelih rakyat Syria adalah teroris Daesh yang dibiayai Turki,Saudi,Inggeris,Perancis dan direstui oleh US serta anak menakannya Yahudi Zionis.kini mereka kabur dari Aleppo..dan sempat menduduki Palmyra semula sementara tentera Syria (SAA) bertumpu di Aleppo.jangan mudah percaya berita yang membesarkan lagi perepecahan sesama umat islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails