Monday, March 14, 2016

PKR Ikut DAP, Sedia Kerjasama Dengan Najib?


BUKIT MERTAJAM – PKR bersedia bekerjasama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk menyelamatkan Malaysia.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, parti itu menggesa semua pihak untuk mengetepikan konflik demi menyelamatkan negara ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut menegaskan kerjasama dengan Najib perlu dibentuk dengan terma dan syarat-syarat yang membolehkan negara ini demi mencapai kemajuan.

“Kami tidak boleh bekerjasama jika berbuat perkara yang akan membawa kerugian kepada negara dan rakyat Malaysia,” ujar Wan Azizah memetik laporan portal The Sun sebentar tadi.

Terdahulu, Lim Kit Siang menjelaskan menerusi blognya bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pimpinan di Malaysia, termasuk Najib.

Walaupun begitu, Ahli Parlimen Gelang Patah itu menggariskan beberapa syarat sebelum bekerjasama, termasuk membebaskan Anwar dari penjara dan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Syarat-syarat lain termasuk menarik balik pindaan kepada Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Hasutan 1948 dan Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara.

Beliau juga menggesa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan digantung, mengurangkan separuh saiz Kabinet dan kerajaan untuk memberi tumpuan kepada kesihatan, perumahan dan pendidikan.-SuaraTV
Gambar ini tersebar dalam internet

7 comments:

Anonymous said...

Najib kata sudah bergabung dgn mader jd badut nak bergabung dgn dia pulak.lg pas yg tak bergabung itupun tak dihiraukan najib.pas akan guna pakatan licik utk menghapuskan org org yg licik itu.

Anonymous said...

Hadi best friend Najib. Punahsihat 25persennn..

Anonymous said...

Biarkan jee malaysia bengrap....muflis.... Bru org kaya bilion eir cabut lari....bru senang nk bentuk negara CIMB.. Yg baru

Unknown said...

Kui kui kui.. malas nak komen.. yg penting TGHH terbaek..

Anonymous said...

Kah kah,, ph,,pigirah, kita dulang paku serpih, mengata orang aku yg lebih...tghadi terbaik.

Anonymous said...

Terengganu negeri presiden Pas sendiri pun kantoi tk boleh perintah.. Menang pun sepenggal waktu zaman reformasi DSAI.

Majoriti org Melayu Tganu tolak Hadi dan Pas.pigirah..kah kah kah

Anonymous said...

BUBAR PAS, ISLAM PASTI SELAMAT.

TAKBIRRR!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails