Friday, March 18, 2016

PAS Tolak Hudud? Tak Masuk Akal. -Naib Presiden PAS.

Idris Ahmad

SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Idris Ahmad menyifatkan dakwaan Pas menolak hudud dalam perjuangannya selepas membentuk blok politik ketiga bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) sebagai tidak masuk akal. 

Menurutnya, perjuangan Pas sejak 1951 untuk menegakkan Islam yang syumul sementara hudud adalah sebahagian daripada ajaran Islam sebagaimana umat Islam tidak boleh menolak hukum riba, aurat serta kemasyarakatan.

“Pas konsisten apabila kita bertahaluf dengan mana-mana pihak, soal prinsip Pas, kita tidak pernah gadai dan kita menghormati prinsip parti lain. Cuma orang lain perlu hormat prinsip Pas.

“Jangan ada orang yang cuba hendak sekat cita-cita Pas. Jangan ada orang hendak halang Pas bercakap prinsip Pas. Pas tidak pernah putus asa walau pun cita-citanya tidak tercapai. Insya-ALLAH sinar kebenaran akan terbukti,” katanya.

Isu hudud kembali hangat diperkatakan susulan kenyataan pada sidang media Pas semalam ketika pengumuman penubuhan blok politik ketiga, Pas-Ikatan yang menyentuh soal ‘penangguhan’ pelaksanaan hukum Islam itu.

Menurut Idris, Pas berkali-kali menegaskan hendak melaksanakan hudud itu mesti mengikut peraturan yang pihaknya telah terima pakai dengan mengikut saluran demokrasi.

“Pas bukan taliban, teokrasi, revolusi, (atau) IS. Pas mengambil pendekatan demokrasi dan muwajahah silmiah.

“Saya membaca di media sosial yang berbentuk sinis kononnya Pas sudah tidak mahu memperjuangkan hudud. Walaupun kita kenal siapa individu ini. Merekalah orang yang melompat marah apabila Pas bercakap soal hudud dan syariat ALLAH.

“Tiba-tiba berlakon konon Pas sudah meninggalkan hudud. Hakikatnya siapa yang alergik hudud? Golongan ini adalah golongan serba tidak kena. Biarkanlah golongan ini dengan dunianya, asalkan mereka rasa bahagia, walau pun hakikat sebaliknya,” katanya.

Katanya, musuh Pas cuba menggambarkan kononnya parti Islam itu hanya memperjuangkan hudud.

“Seolah-olah Pas hanya bercakap soal hudud sahaja, tidak bercakap isu kepentingan rakyat. Jikalau Pas hanya perjuangkan hudud sudah tentu kerajaan Kelantan tidak perkenalkan skim Kifalah, program It'am, pinjaman tanpa faedah, cuti bersalin 90 hari, rumah tiga bilik, memindah wang kerajaan kepada Bank Islam, cuti dua hari, mengharamkan judi, haramkan arak untuk orang Islam, al-Rahnu, orang perempuan tidak boleh gunting rambut lelaki.

“Akhirnya kerajaan Pusat mengikut apa yang dirintis oleh kerajaan Kelantan. Yakin Islam untuk semua. Pas sentiasa ‘evergreen’,” katanya. (SH)

5 comments:

Anonymous said...

Putar lagi mcm tok ketua hang..

Politik dgn menjual agama dan menipu ahli2 parti.

Berjawaplah korang depan Allah S.W.T
di akhirat nnt..

Anonymous said...

Parti ikatan tolak hudud. Bole ke pas bergabong dgn parti tolak hudud spt ikatan?? Ahli ikatan ada brapo ratus? Buat blok ke 3. Pemimpin pulak otak kelas 3. Hihihi

Anonymous said...

Pemimpin hang lagi dada dgn amoy,,kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak...

Anonymous said...

Ketua Penerangan hamPAS pay per view di Jerman org kapiaq tlg settlekan bil. Berserban berjubah lg..

Ulamak mcm ni nak bertanggunjawap psl hudud?? Buat malu Islam dan org Melayu jer..kui kui kui

Anonymous said...

Tgk blog pak IH seorg pejuang Islam ala PAS sarat dgn cerita fitnah dan gambar lucah walaupun di bulan Ramadan.

Inilah kejayaan tazkirah, usrah ulamak2 hamPAS. Kuman di seberang laut nampak, gajah depan mata buat2 rabun.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails