Monday, March 14, 2016

Ini, Husam Tawar Jalan Penyelesaian PAN-PAS Di K'tan?

AIDCNews – 14/3/16 – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Salor, Datuk Husam Musa memberi syarat Parti Amanah Negara (PAN) tidak akan bertanding di Kelantan sekiranya Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah digugurkan daripada Timbalan Menteri Besar dan Timbalan Pesuruhjaya I PAS negeri.
“Jadi kalau Nik Amar tidak ada, PAS Kelantan boleh dibaiki semula. Lepas itu Amanah (PAN) pun kita kata tak usah lah kacau (bertanding) lah di Kelantan ini.
“Nak (bertanding) satu atau dua (kerusi) tak apa lah,”kata Husam ketika berceramah di Bandar Satelit, Pasir Tumboh, Kubang Kerian, Kelantan, 10 Mac.
Walaupun secara rasmi PAS memutuskan hubungan dengan PAN, namun Husam selaku Yang Dipertua PAS Kubang Kerian menjemput dua pimpinan PAN pusat hadir berceramah sepentas dengan beliau.
Dua pimpinan utama PAN itu adalah Mohamad Sabu (Presiden PAN) dan Salahuddin Ayub (Timbalan Presiden PAN).
Ahli Parlimen PAS Kubang Kerian, Ustaz Baihaki Atiqullah juga turut duduk sepentas dengan Husam dalam ceramah itu.
Ustaz Baihaki juga merupakan Naib Yang Dipertua PAS Kubang Kerian.
“Masalah PAS Kelantan ini kerana Nik Amar. Bercakap sombong. Bercakap menyakitkan hati orang.
“Beliau juga Pengerusi Jawatankuasa Penghulu. Yang tak lantik penghulu (DUN Salor) Nik Amar. Sebab apa ? Sebab tak ada sebab. Tiada sebab hingga akhirnya..,”kata Husam lagi

4 comments:

Anonymous said...

Wow tu dia husam pecat nik ammar pecat tghh pecat najib salam mader salam mat sabu lama lama jd kusam.ekau sj la yg ckp betul sam.sam..sam.. entah knpa tgna tak calon ko jd mb.mungkin sekaranglah sudah nampak sbbnya sikit lg ko nak sama dgn mat sabu

Anonymous said...

Banyak yang Husam cakap itu mempunyai 'separuh kebenaran'. Bukan kebenaran yang mutlak. Dalam banyak hal, Husam menyatakan sesuatu yang ada pada anggapannya dan dikupas seolah2 mempunyai fakta.

Ini anak didik Anwar Ibrahim yang pandai membelit dan berbelit. Namun tidak mustahil andainya Kelantan akan terlepas dari kekuasaan PAS andai Husam terus merapu di khalayak ramai.

Husam - Pakar Penguat Persepsi

Anonymous said...

Lebih percaya cakap Husam dari Hadi yg suka ponteng dan ckp putarbelit.

Anonymous said...

Lebih percaya cakap Husam dari Hadi yg suka ponteng dan ckp putarbelit.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails