Thursday, March 17, 2016

Guru Besar, Gambar Lucah & Video Ini, Bukti Pendidikan Di M'sia Gagal..

Contoh lain, hasil pendidikan di Malaysia.

KOTA KINABALU – Keputusan untuk memindahkan segera guru besar yang berkongsi gambar-gambar dan klip video lucah dalam kumpulan chat WhatsApp telah menimbulkan kemarahan ramai ibu bapa.


Beberapa ibu bapa mempersoalkan tindakan Jabatan Pendidikan Sabah yang menukarkan guru besar itu ke sekolah luar bandar selepas tercetusnya kontroversi tersebut.
“Tingkah lakunya adalah serius dan membimbangkan. Bagaimana Jabatan Pendidikan hanya memindahkannya ke sekolah lain?
“Mereka perlu mengeluarkannya dari sekolah dan menempatkannya di pejabat jabatan itu sementara menunggu keputusan,” kata ibu bapa yang marah, namun enggan nama mereka disiarkan.
Guru besar yang dikatakan membentuk sebuah kumpulan WhatsApp, sebelum ini ‘ditangkap’ memuat naik video dan berkongsi gambar-gambar lucah oleh salah seorang ahli dalam kumpulan tersebut.
Individu tersebut, yang segera meninggalkan kumpulan aplikasi perbualan telefon itu dan mendakwa dirinya seorang blogger yang berpangkalan di Sandakan kemudiannya menimbulkan kebimbangan tentang isu ini.
“Kumpulan WhatsApp itu telah dipadam,” katanya yang tidak mahu mendedahkan diri.
Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah Datuk Jame Alip berkata, siasatan sedang dijalankan dan langkah untuk memindahkan guru besar itu adalah ‘langkah segera’ yang diambil oleh jabatan untuk menenangkan keadaan.
“Ramai ibu bapa marah dan kita memahaminya, itulah sebabnya langkah segera yang terbaik ialah dengan memindahkan guru besar itu,” katanya.
Satu laporan mengenai kes itu akan difailkan dengan Kementerian Pendidikan untuk tindakan lanjut, katanya.
“Ini adalah kes terpencil dan kita perlu berhati-hati mengenai cara menanganinya,” kata beliau sambil menambah sebarang tindakan tatatertib selanjutnya akan ditentukan oleh kementerian.
Ada yang mendakwa bahawa guru besar itu pernah memasukkan guru-guru sekolah dalam kumpulan Whatsapp itu tetapi mereka telah meninggalkannya serta-merta.
Seorang pegawai Kementerian Pendidikan berkata, hukuman paling keras yang mungkin dihadapi oleh guru besar itu adalah dipecat.
“Tetapi terdapat prosedur operasi standard yang perlu dipatuhi sebelum hukuman sampai ke tahap itu,” katanya.
“Bukti kukuh juga perlu dikemukakan bagi menyokong kes.”
Setiausaha Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Datuk Lok Yim Pheng berkata, guru besar itu telah menunjukkan satu contoh yang sangat buruk kepada guru besar lain dan mencadangkan supaya dia dihantar untuk kaunseling.
“Bagaimanapun, kes ini sangat subjektif kerana tidak ada undang-undang yang menyatakan bahawa dia tidak dibenarkan melakukan apa yang telah dilakukan.” –mStar Online
Dikatakan ada panggung wayang lucah di Pakistan, sebuah kerajaan sekular.. Penonton yang datang hanya perlu membayar wang 200 rupee (RM6.15) dan hanya dibenarkan masuk selepas mereka diperiksa seorang pengawal bersenjatakan raifal AK-47. 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini antara banyak bukti-bukti menunjukkan dasar pendidikan di Malaysia gagal melahirkan rakyat yang membantu pembangunan duniawi dan ukhrawi, manusia bertamaddun selamat dunia akhirat. Guru kencing berdiri, muridnya bagaimana?

12 comments:

guru pencen said...

Setiap ilmu harus yang menuju kepada ketawhidan kepada Ilahi. Inilah yang tidak ada dalam kurikulum kementerian pendidikan. Keadaan ini sangat jelas. Belajar ilmu sains, matematik, bahasa, tajwid, dan lain-lain subjek dilihat sebagai kesudahan. Pengajaran subjek-subjek ibarat satu perjalanan menyelusuri jalan mati, tidak membawa kepada ketawhidan. Semua subjek ilmunya hanya untuk keduniaan semata-mata. Kali terakhir kedengaran cita-cita kementerian hendak melaksanakan konsep konstruktivisma tetapi tenaga pelatih guru sendiri tidak cukup faham konsepnya. Hal ini saya dapati sendiri dari sembang saya dengan seorang tenaga pensyarah institusi perguruan dekat Kuala Lumpur. Saya pernah menulis tentang konstruktivisme di http://konstruktivisme-mola.blogspot.com

Ibnu Hasyim said...

T. kasih komen tuan yang bernas. Al-hamdulillah.

Anonymous said...

Tak payah pegi jauh. Ibnu Hasyim ni sendiri bukti pendidikan malaysia gagal. Nak bukti apa lagi?

Anonymous said...

Di msia ustaz kasanova pun dah kena tangkap.

Ustaz pay per view pun ada hasil tarbiah ulamak Pas. Inilah dinamakan Bolehland.

Anonymous said...

Agaknya tarbiah oleh mat sabu juga yg suci murni ....... selfie laga dada ! Dan yg lebih berbaloi lg oleh tuan galu LGE dan LKS ....... Penang jadi negeri yang mempromosikan pelancongan pelacuran bertaraf internasional dan juga pusat persidangan freemason ...... tak gitu barua2 Dap walakontol !

Anonymous said...

Jgn ikut perangai ulamak2 dan walaun2 Pas yg suka permainkan Islam dan Hudud.

Pas skrg adalah barisan ulamak2 jahat akhir zaman penunggang agama ditaksub walaun2 tolol.

HIDUP DAN MATIKU KERANA ALLAH S.W.T BKN KERANA HADI ATAU PARTI AJARAN SESAT PAS.

Anonymous said...

Sekadar bertanya kat walaun Hadi..

Pas bela parti sosialis Ikatan dapat pahala atau bala?

Pas permainkan hukum hudud Allah masuk syurga atau neraka Pas? kui kui kui

Unknown said...

Manusia jenis apa pimpinan pas skg ni...ckp pasal hudud tunggang terbalik.. baru skg nak cerita gaji minima..cerita TGNA KIV dulu pasal hudud...masa mengelar org segala gelaran termasuk mengkafir sape tak menyokong hudud tak ingat... muka jenis selamba je.. tanpa ingat apa yg di lafaz kan dulu...

Unknown said...

Minta Tuan Hj Hashim jangan terlalu menyalahkan pihak lain atas segala mungkar di Malaysia ini. BN perintah dia akan ditanya di akhirat nanti. Bukan saya kata tak boleh tegur langsung tapi tiap kita punya peranan masing-masing. Teguran Tn nampak mcm tak berapa ikhlas dan terlalu berbau politik.
Nak tanya soalan kat tuan adakah hudud itu tujuan utama PAS ditubuhkan dan pada siapa janji hudud dilaksanakan tu dibuat. Janji tu kalau dibuat pada Allah, bila nak laksanakan. Jangan buat janji sebarangan takut tak terlaksana nanti.
Jika janji pd Allah, kita akan dinilai ttg usaha dakwah kita. Berapa banyak yg dah dibawa masuk Islam. Dgn Allah tak boleh nak tipu dgn jawapan bau2 politik. Nak buat hudud langkah pertama dakwah. Itu saja.

Ibnu Hasyim said...

T.kasih Hussin kerana memberi komen.

Masalah mungkar di Malaysia, kita ibarat dalam sebuah bahtera. Bahtera terhoyong-hayang atau akan karam, kita tak salahkan nakhodanya 100%. Penghuni bahtera itu juga bertanggung jawab. Mengapa kamu tidak pesan-memesan atau berdakwah? Mengapa kamu tidak gunakan tangan (undi) dan otak kamu sebaik-baiknya?

Saya pilih jalan dakwah. Lihat motto blog ini. Saya tahu pendakwah akan dimarahi. Saya tidak mengambil sikap dakwah 'ketam tumpul', bila terkena buku keras angkat. Pada saya, tempat keras itu kena tekan kuat-kuat.

Ulama lebih bertanggung jawab lagi. 'Pesan-memesan perkara 'kebenaran' dan 'kesabaran'. Mu lihat ulama dimaki-hamun, dicerca dikeji, namun mereka tetap tabah dan sabar. Al-hamdullah, kalau takut dilamun ombak, jangan berumah di tepi pantai.

Pada penentang-penentang ulama juga perlu sedar, jangan baling rumah orang dengan batu, kalau rumah sendiri dibuat dari kaca. Tidak ada takut dalam memperjuangkan 'hak Allah'. Jadikan Allah sebagai matlamat, Rasul sebagai pemimpin, Al-quran sebagai perundangan, jihad sebagai jalan,dan syahid sebagai cita-cita.

Bab hudud tanya PAS, saya iktiraf mereka. Nak harap ulama lain tak ada. Ulama DAP lagi tak..

Sekian.



Anonymous said...

Memang hampas pas ni setelah tiada arwah Nik Aziz.Hj Hadi tak relevant jadi President.Auta ttg hudud.Yg layak pimpin Pas samada Husam atau Tuan Ibrahim.

Anonymous said...

Kalau nonton cerita porno berbayar....PAStu melancap apa hukumannya?
Orang PAS memang kebanyakan kuat melancap....auta je lebih. Sama macam geng2 wahabi...jual agama. Halalkan cara memang champion puak2 PAS neh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails