Monday, March 14, 2016

Blog Politik Ke 3, Perkukuh Semak-Imbang Pentadbiran Negara. -Dr Mohd Zuhdi

Blok Politik Ketiga Ke Arah Kesejahteraan Negara

Pusat Penyelidikan PAS (PPP) melihat kewujudan blok politik ketiga yang diusahakan oleh PAS bersama parti-parti politik lain, NGO-NGO dan tokoh-tokoh perseorangan, akan lebih menyuburkan demokrasi dan memperkukuhkan sistem semak imbang dalam pentadbiran negara. Dengan wujudnya blok politik ketiga tersebut, ia akan lebih membawa ketelusan seterusnya kesejahteraan kepada negara dan rakyat.
Sistem dua parti atau dalam konteks Malaysia, sistem dua blok politik, terbukti tidak menyokong sebuah pentadbiran yang telus dan kerajaan yang mengutamakan negara dan rakyat. Blok politik BN yang menerajui Kerajaan Persekutuan telah menggunakan majoriti kerusi yang mereka perolehi di parlimen untuk meluluskan apa sahaja perundangan dan peruntukan yang mereka mahu walaupun ditentang oleh rakyat.
Demikian juga blok politik yang diketuai DAP yang mengetuai kerajaan Pulau Pinang, mereka juga menggunakan majoriti kerusi di DUN untuk meluluskan apa sahaja perundangan dan peraturan yang mereka mahu walaupun dibantah segelintir ADUN mereka sendiri dan NGO-NGO yang melihat ia tidak memberi manfaat kepada negeri dan rakyat. Dengan perkataan lain, sistem dua blok politik akan menyebabkan mana-mana parti yang ada lebih 50% kerusi boleh bertindak sesuka hati meluluskan perundangan dan peraturan yang merugikan.
Sebaliknya, dengan adanya blok politik ketiga, kemungkinan sesebuah blok politik memperolehi lebih 50% kerusi di parlimen atau DUN selepas PRU menjadi lebih tipis. Apabila sesebuah blok politik tidak memperolehi lebih 50% kerusi, mereka memerlukan sokongan blok politik lain untuk membentuk kerajaan. Sesebuah kerajaan yang terdiri dari dua blok politik, menyebabkan ia tidak boleh meluluskan sesuatu perundangan dan peraturan sesuka hati.
Situasi pelbagai parti atau blok politik seperti ini semakin popular di negara-negara membangun dan terbukti mampu menjadikan sesebuah kerajaan lebih telus dan bersih. Sebagai contohnya di Indonesia, dengan wujudnya pelbagai parti dan blok politik yang membentuk kerajaan, maka pentadbirannya lebih mengutamakan rakyat. Prestasi negara Indonesia dalam memerangi rasuah dan salahguna kuasa semakin baik meskipun masih berada di belakang Malaysia.
PPP yakin kewujudan blok politik ketiga menggembirakan rakyat kerana mereka mempunyai banyak pilihan untuk mencorakkan kerajaan yang lebih memihak kepada mereka. Sebaliknya kewujudan blok politik ketiga tidak menggembirakan blok-blok politik yang sedia ada kerana peluang mereka untuk memperolehi lebih 50% kerusi di parlimen dan DUN, sekaligus peluang untuk membentuk kerajaan dengan blok sendiri semakin sukar dicapai.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP)
14 Mac 2016
5 Jamadilakhir 1437

YB Dr. Abd Rani Osman
March 11 at 3:49pm Kalau pengaruh Pas tak besar....kenapa jadi front page news dlm akhbar NST hari ini ....?? Sampai Zahid Hamidi pun kata Umno kena bekerja keras 3 kali lebih kuat utk hadapi PRU akan datang....

35 comments:

Unknown said...

Pandangan terbaek Tn Dr...

Anonymous said...

GABUNGAN PAN DAP tengah marah sekarang.

Weiiii PAN dah selfie amoy keeeee

Anonymous said...

Boleh percaya ke ini dr Zuhdi?? Aku heran dia ni penjawat awam di UM. tapi relax jer pegang jawatan Pengarah Penyelidikan Pas. bukan ke penjawat awam tak boleh aktif politik? lihat ke Dr Aziz Bari UIA. dia diberi amaran supaya meletakkan jawatan atau dipecat. tapi yang dr Zuhdi ni boleh pulok. pelik lah

Anonymous said...

Terok nya gabungan walaun PAS CHAI dan UMNGOK. Hai. sudah bunuh altantuya belom? wang derma rm2.6b sudah habis belanja? ke sudah hantarbalik ke saudi sbb tk habih belanja? GST sudah kena belom?? harga barang sudah turun ker?? nilai ringgit sudah naik ke?? BONGOK N TOLOL. KAHKAHKAH

Anonymous said...

kalu dap terok sangat hang pi dakwa ler kit siang dan guan eng tu. so far AG tak dakwa pon. maknanya dap buat kerja dengan betul ler tuu. kalu wat salah ayoh dakwa dap. no hal. kesian walaun PAS CHAI dan UMNGOK. hahaha

Anonymous said...

Tambah sikit .org kg melayu dipulau pinang dah halau ke.dasar pemakan dedak dap blum apa apa sudah gabra lebih.hari tu dok ratib ug ug tp tak jd jd pun alih alih depa yg dok julang bekas ahli umno yg depa dok kutuk sakan.mana nak sorok muka tu.deklarasi rakyat konon.sebut aje la deklarasi dua dinasor bergabung jd badut.

Anonymous said...

Terok nya gabungan walaun PAS CHAI dan UMNGOK. Hai. sudah bunuh altantuya belom? wang derma rm2.6b sudah habis belanja? ke sudah hantarbalik ke saudi sbb tk habih belanja? GST sudah kena belom?? harga barang sudah turun ker?? nilai ringgit sudah naik ke?? BONGOK N TOLOL. KAHKAHKAH

Anonymous said...

BUBAR PAS, ISLAM PASTI SELAMAT.

TAKBIRRR!!!

Unknown said...

Sampai hati nak bubarkan PAS.. nanti dah x de parti islam lagi kat malaysia nih...

Nak harapkan PAN, perlembagaan pun belum siap2 lagi.. ini berkemungkinan besar kerana DEWAN HARIAN ULAMAK DAP masih belum meluluskan perlembagaan PAN.. mungkin selain dari mengikuti al quran dan al sunnah (sekadar bersangka baik - ini pun kalau mat sabu tak membantah kerana dia dah mengaku tidak berjiwa islam), DEWAN HARIAN ULAMAK DAP turut menambah syarat agar PAN perlu senantiasa taat kpd TOK2 GURU LGE dan LKS dan dlm masa yg sama; cukuplah sekadar mengalu2kan kewujudan Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Ghani Shamsudin yg setakat ini berjaya disenyapkan (tanda setuju) dalam isu Octoberfest..

Sebaliknya tambah menarik, PAN pula hendaklah bersikap anti ulamak2 muktabar di Malaysia terutamanya Mufti Negeri Pahang kerana memandai je mencabar DAP agar menyaman beliau dlm isu khutbah jumaat. Selain dari itu, PAN perlu juga kecualikan hudud dari perjuangan PAN, barulah perlembagaan PAN boleh diendorsekan bila2 masa shj oleh MAJLIS SYURA ULAMAK DAP sebelum proses seterusnya iaitu kelulusan oleh Pendaftar Pertubuhan..

Simpati dariku buatmu PAN!

Sekian adanya..

Anonymous said...

Alohai dr zuhdi. Bingai n bongok analiza kamu ako ingat phd kimia ni terorr politik. Blok ke 3 tk pernah berjaya dlm politik. Ibrahim lwn namrud. Musa lwn firaun. Muhammad saw lwn abu jahal abu lahab. Begitulah

Anonymous said...

Banyak parti islam di malaysia. Umno pon islam. Cuma dia luluskan judi genting toto nombir ekor. Ekonomi riba. Pas pob islam. Tp tk berjaya laksana hudud. Sembang lebeh. Suka kapirkan orang lain. Diri sgt maksom. Amalkan takfiri. Inila cara pas. Huhu

Anonymous said...

DEKLARASI DAPigs, SIAPA BAKAL TIPU SIAPA???

Hehehe!!! Memang catik persoalan yang diajukan oleh seorang sahabat ni. Walaupun dia tidak menunjukkan yang dia berada disebelah siapa, tapi jelas pandangan yang diberikan cukup sinis.

Katanya, apa yang berlaku pada ketika ini tak ubah seperti permainan Politik biasa yang diamalkan oleh dua kuasa yang nak tunjuk diorang hebat. Nak tunjuk yang diorang ni lagi hebat dari orang lain.

Jelasnya, tindakan mereka mewujudkan deklarasi sebelum ini bukan hanya setakat mahu memenuhi agenda kepentingan Politik Peribadi semata - mata. Tapi nak tunjuk 'Anu' siapa lebih besar.
"Tapi disebabkan masing - masing anu-nya kecil, maka terpaksa la diorang bergabung tenaga untuk menyerang satu pihak yang sama. "The Cock Fight between them still continue, brother," katanya.
Bila direnungkan kenyataan dari sahabat tu, ada kaitan pula dengan apa yang didedahkan oleh blogger Helen Ang ni. Memang ada sedikit persamaan walaupun ianya tidak secara lansung.

Kata Helen Ang, deklarasi yang telah ditandatangani oleh Tun dan puak - puak DAPigs tu sebelum ini hanya sekadar perjanjian sementara. Ianya sama seperti apa yang dilakukan oleh Nazi dan juga Rejim Soviet dulu.
"Like the Protun-and-Dapster smooch, the Nazis and the Soviets had also signed a BFF pact in 1939 so that their two countries could take control of Europe between them.
"Not too long after the declaration, Hitler broke the agreement and invaded Russia, proving There’s no honour among thieves (or dictators)." - Helen Ang
Nah! Ada betul juga dengan kenyataan tu. Bak kata peribahasa yang dibuat oleh P. Ramlee dalam filem 3 Abdul, "Dah Kena Dah. Si Penyangak Tipu Si Penyamun". Tu pasal la diorang boleh tiba - tiba diorang jadi 'Saudara Baru'!!!

Anonymous said...

Pas parti barisan ularmak2 penunggang agama utk habuan duniawi.

BUBAR PAS, ISLAM PASTI SELAMAT.

Anonymous said...

Kau la bingai bongok zaman berubah situasi politik pun berubah.sbb itu la kau nak duduk berkepit dgn musuh islam juga.

Anonymous said...

Pan lg cangih tak ada perlembagaanpun tahu nak ekor dpt saja.elok lah nama tukar jd pad atau sabut

Unknown said...

Sampai hati nak bubarkan PAS.. nanti dah x de parti islam lagi kat malaysia nih... 

Nak harapkan PAN, perlembagaan pun belum siap2 lagi.. ini berkemungkinan besar kerana DEWAN HARIAN ULAMAK DAP masih belum meluluskan perlembagaan PAN.. mungkin selain dari mengikuti al quran dan al sunnah (sekadar bersangka baik - ini pun kalau mat sabu tak membantah kerana dia dah mengaku tidak berjiwa islam), DEWAN HARIAN ULAMAK DAP turut menambah syarat agar PAN perlu senantiasa taat kpd TOK2 GURU LGE dan LKS dan dlm masa yg sama; cukuplah sekadar mengalu2kan kewujudan Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Ghani Shamsudin yg setakat ini berjaya disenyapkan (tanda setuju) dalam isu Octoberfest..

Sebaliknya tambah menarik, PAN pula hendaklah bersikap anti ulamak2 muktabar di Malaysia terutamanya Mufti Negeri Pahang kerana memandai je mencabar DAP agar menyaman beliau dlm isu khutbah jumaat. Selain dari itu, PAN perlu juga kecualikan hudud dari perjuangan PAN, barulah perlembagaan PAN boleh diendorsekan bila2 masa shj oleh MAJLIS SYURA ULAMAK DAP sebelum proses seterusnya iaitu kelulusan oleh Pendaftar Pertubuhan..

Simpati dariku buatmu PAN!

Sekian adanya..

Anonymous said...

PAS..Parti Ajaran Sesat.

Anonymous said...

Tk bli toto magnum tp mkn hasil saham jee..

Anonymous said...

Salam semua,

Saya telah menyertai Muktamar Yadim tempoh hari. Ada forum yang penalisnya Dato Dr Asyraf Wajdi Dasuku dan pemimpin kesayangan kita Dr Zuhdi.

Saya betul-betul kecewa dengan PAS. Dengan yang bertanya bekas Exco pemuda PAS dengan bangganya mendakwa telah kena ISA beberapa tahun seolah-olah nak menumpahkan darah kalau DAP memerintah macam pengganas IS.

Yang lebih menyedihkan lagi Dr Zuhdi seolah-olah mempermainkan hadis berkenaan orang mukmin tidak akan dipatuk ular dua kali. Baginya hadis itu berkenaan orang kafir. Habis tu PAS kena tipu dengan orang Islam banyak kali tak apa??? Patutlah bingai nak mampus lepas hudud, hudud sampai sekarang dah berapa kali PArlimen pun tak sempat, bodoh sangat nak bentang dalam Parlimen pun tak reti!!!

Kalau anonymous di atas kata sampai hati nak bubarkan PAS, habis kalau sampai jual agama jual hadis nak buat apa???

Patutlah orang kata yang paling jahat tu orang agama, ulama su'. Dah sampai tafsir hadis pun diseleweng korang bodohlah ikut orang macam ni.

Macam nilah, PAS bukan Islam, Islam bukan PAS. Kalau pemandu pun mabuk pil kuda bawa kereta nama Islam pun terbabas!!!

Saya cabar sekarang, kalau ada sesiapa di atas boleh buktikan saya salah, silakan. Tapi tolonglah. Jangan jadi talibarut orang yang jual agama!!!

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

Sekurang-kurang dua badan bukan kerajaan (NGO), iaitu Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Otai Reformasi 98 dan sebuah parti politik, Parti Sosialis Malaysia (PSM) membantah kerjasama politik dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kumpulan ini adalah di antara 100 individu yang berkumpul di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada 12 Mac bagi menyuarakan bantahan terhadap penglibatan Pakatan Harapan menyokong Deklarasi Selamatkan Malaysia anjuran Tun Mahathir 4 Mac lalu.

Pengerusi Otai Reformis, Saari Sungib berharap pemimpin Pakatan Harapan dapat mengambil kira suara bantahan penyokong dan menilai kembali keputusan tersebut.

“Cita-cita rakyat adalah inginkan satu sistem demokrasi yang jelas, sistem dua parti. Maka tentulah mereka, terutama penyokong Pakatan Harapan, tidak berpuas hati, dan pemimpin kena mendengar.

“Pimpinan Pakatan Harapan juga hendaklah menilai kembali keputusan yang dibuat (kerjasama dengan Dr Mahathir dan pemimpin UMNO lain,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang itu.

Aktivis Reformasi Tan Chee Hooi berkata, mereka merasa seperti dikhianati dengan tindakan pemimpin yang membelakangi penyokong.

“Dulu ketika 1998 kita bersama-sama turun ke jalan raya lawan Mahathir, tetapi hari ini mereka satu pentas dengan beliau, tanpa sebarang makluman kepada penyokong. Kini bila sudah ada kuasa, mereka jadi angkuh dan buat keputusan yang khianati rakyat,” katanya lagi.

Setiausaha Pemuda Sosialis PSM Kesavan PS pula menyifatkan tindakan itu bukti kata-kata ‘rakyat hakim negara’ adalah slogan semata-mata.

“Perkara ini amat penting untuk difikirkan – kenapa ketika pemimpin Pakatan Harapan dan kumpulan lain tidak minta pandangan rakyat dan ahli parti sebelum tandatangan?

“Dan adakah jika berjaya turunkan Najib, kita pasti akan dapat Perdana Menteri yang bagus dan pro-rakyat, dan undang-undang zalim akan diubah?” soalnya lagi.

Anonymous said...

Salam anonymous di atas,

Almarhum TG Nik Aziz boleh menerima Kuli. Almarhum Dato' Fadzil Noor boleh menerima Anwar Ibrahim.Almarhum TG Nik Aziz boleh bersama Karpal Singh. Kenapa tak boleh bersama Tun Dr. Mahathir??

Imam al-Ghazali pernah menekankan mengenai fiqh alawiyat ataupun fiqh keutamaan. Dengan Dato' Sri Najib, Felda melingkup, 1MDB melingkup, Tabung Haji pun bermasalah, matawang RM tenggelam, tapi GST kena kepada rakyat!!!

Korang nak ke anak cucu sampai miskin menderita sebab korang tak boleh bersama dalam hal-hal yang sepakat sampai Najib pelingkup habis harta negara???

Najib masa mula-mula dapat kuasa dulu pijak semut tak mati. samalah macam sekarang. Dapat Perdana Menteri baru takutlah juga nak buat salah!!!

Munasabahlah sikit!!!

Yang masih jahil,

Nobody

Anonymous said...

Salam semua,

Lagi 1, kalau Dato' Seri Zahid Hamidi buat2 panik kena kerja keras 3 kali ganda, sebenarnya dia lega sebab selamat dari kena kerja keras 7 kali ganda!!

Kalau masuk NST front page bangga habis, korang tak ingat ke peringatan Almarhum Dato' Fadzil Noor???

Kalau musuh puji mesti ada sesuatu yang tak kena!!!

Korang bangga habis!!! Korang ni bodoh ke???

Yang jahil lagi,

Nobody

Anonymous said...

Najib mula mula dpt kuasa pijak semutpun tak mati jd sama la dgn kroni mahadhir atau siapa pun yg naik nanti asal namanya keturunan umno.wal hasil rakyat akan susah macam tu juga.yg tukar hanya kroni najib ke kroni tun yg disokong pembangkang.sudahlah tak payah nak pening kan kpala rakyat dgn politik putar belit sekejab kutuk mahadir sekejab julang mahadir.kau ingat nak bentang hudud tu kerja senang.jika senang kenapa tak ada org nak buat tghh n pas sj yg duduk sibuk byk yg lain duduk sibuk mengutuk saja.kita nak jatuhkan najib n umno yg zalim kita nak tegakkan islam perlu jemaah tetap berpegang pd prinsip islam.lambat atau cepat itu bkn persoalan.apa guna cepat sekadar jd pak turut kpd org yg anti islam.

Anonymous said...

Salam Anonymous di atas,

Kalau kita bagi Dato' Sri Najib terus berkuasa apa masalahnya??? Banyaklah masalah!!! Tun Dr Mahathir pun tak banyak masalah macam Najib!!!

Saya bagi contoh apa hukumnya mengambil gambar??? Bergantung pada keadaan!!! Biasanya harus tetapi kalau untuk IC atau passport sebagai pengenalan diri mungkin sampai peringkat wajib, kalau untuk menganiayai orang atau merakam gambar porno jatuhlah haram!!!

Sama juga dengan kes ni, nak jatuhkan Najib pelingkup negara jadilah wajib. TG Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Dato' Dr Haron Din tak percaya duit RM 2.6b ada dalam akaun Najib. Dah terbukti pun sokong juga!!!

Anonymous said...

Salam anonymous di atas,

Kerja bentang hudud perkara senang. Nak dapat kelulusan je yang susah!!! Hudud dah pun diluluskan di dewan undangan negeri Kelantan dan Terengganu bertahun lalu. Mintalah kelulusan usul dari speaker.

Ni asyik tak sempat je, tak sempat ke malas sebab nak ponteng lagi???

Nasib korang la dapat tuan Presiden pemalas asyik ponteng je.

Anonymous said...

Salam Anonymous di atas,

Cakap memang senang nak ikut prinsip Islam. Siapakah rujukan utama Islam??? Tentulah Nabi Muhammad S.A.W.

Apabila ditanya tentang akhlak Rasulullah, Saidatina Aisyah berkata akhlak Rasulullah adalah al-Quran!!!

Rasulullah layan orang dengan baik dan santun tapi berprinsip. Kalau dah panggil orang munafiq haraki, jebon dan sebagainya itu prinsip Islam???

Saya tanya ni jawab je lah!!!

Lepas tu saya nak beri peringatan jangan ingat Islam ni Hudud je. Ayat tentang hudud pun kalau tak salah saya ada empat je. ayat pasal sembahyang dan zakat kurang-kurang ada 28. Ini menunjukkan Islam lebih menekankan ekonomi berbanding hudud!!!

Anonymous said...

Salam Anonymous di atas,

Apabila Rasulullah sampai di Madinah, Rasulullah bersabda, ucaplah salam (santunilah orang), beri orang makan. Tak ada Rasulullah cakap oleh kerana aku pemerintah aku nak terus laksanakan Hudud!!!

Lepas tu jangan nak cakap orang anti-Islam tak tentu pasal. Islam nak contohnya harta negara dibahagikan seadilnya untuk semua rakyat. Kalau macam tu bukan kebas 2.6 billion sorang atau beli cincin harga berjuta anti-Islam juga ke??? Kalau dah terang 2.6 billion Tuan Guru Hadi Awang sokong bukan TG Hadi sokong orang yang anti-Islam ke??

Munasabahlah sikit!!

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

Ada tghh kata dia sokong najib ke tak berkomplot dgn mader n dap bkn bermakna tak ingin jatuhkan najib.jemaah buat kerja ikut jemaah lah tentulah ada kemusykilan pd jln itu yg buat org tak ikut sama.muhasabahlah byk ye.ayat depan ke ayat belakang ke ia tetap ayat quran utk dijunjung.mengejar ekonomi bkn bererti perlu buang ayat ayat tertentu dlm al quran.

Anonymous said...

Hadi Awang kaki ponteng suka ckp putarbelit menawarkan diri jd penasihat kpd ketua penyamun Najib dan Umno.

Hadi Awang cth ulamak jahat akhir zaman yg menyesatkan org melayu.

Anonymous said...

Banyak parti islam di malaysia. Umno pon islam. Cuma dia luluskan judi genting toto nombir ekor. Ekonomi riba. Pas pob islam. Tp tk berjaya laksana hudud. Sembang lebeh. Suka kapirkan orang lain. Diri sgt maksom. Amalkan takfiri. Inila cara pas. Huhu

Anonymous said...

Alohai dr zuhdi. Bingai n bongok analiza kamu ako ingat phd kimia ni terorr politik. Blok ke 3 tk pernah berjaya dlm politik. Ibrahim lwn namrud. Musa lwn firaun. Muhammad saw lwn abu jahal abu lahab. Begitulah

Anonymous said...

Terok nya gabungan walaun PAS CHAI dan UMNGOK. Hai. sudah bunuh altantuya belom? wang derma rm2.6b sudah habis belanja? ke sudah hantarbalik ke saudi sbb tk habih belanja? GST sudah kena belom?? harga barang sudah turun ker?? nilai ringgit sudah naik ke?? BONGOK N TOLOL. KAHKAHKAH

Anonymous said...

Boleh percaya ke ini dr Zuhdi?? Aku heran dia ni penjawat awam di UM. tapi relax jer pegang jawatan Pengarah Penyelidikan Pas. bukan ke penjawat awam tak boleh aktif politik? lihat ke Dr Aziz Bari UIA. dia diberi amaran supaya meletakkan jawatan atau dipecat. tapi yang dr Zuhdi ni boleh pulok. pelik lah

Anonymous said...

Salam Anonymous yang percaya Tuan Guru Hadi Awang tak berkomplot dengan Dato' Sri NAjib Razak,

Sori, busy semalam.

Sebelum acara yang Najib Razak dan Hadi pakai baju sedondon warna pink, orang kuat perkasa sendiri beritahu kami semasa mesyuarat di Yadim berkenaan PAS dan UMNO dan kesatuan Melayu. Memang betul-betul jadi.

Di Muktamar Yadim tempoh hari, Dr. Zuhdi sendiri dengan memutar-belitkan hadis menyeru perkara yang sama dengan rakan penalisnya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki.

Kalau tak cukup lagi, Dato' Husam Musa cabar Hadi Awang kenapa pondan tak berani???

Jangan jadi bodohlah. Sudahlah diperbodoh oleh UMNO, diperbodohkan lagi oleh pimpinan Parti!!!

Tak cukup lagi ke??

Anonymous said...

Salam Anonymous yang percaya Tuan Guru Hadi Awang tak berkomplot dengan Dato' Sri NAjib Razak,

Betullah ayat Quran tetap ayat Quran. Tulah belajar agama basic pun tak habis. Bukan saya dah sebut ke pasal Fiqh Alawiyat.

Dalam al-Quran Surah Saba' ada menyatakan berkenaan NEgara yang baik dan mendapat keampunan Tuhan. Ayat pasal Hudud je ke ayat pasal negara yang baik tak perlu buat pulak???

Apa bezalah korang ni dengan pemahaman Puak IS. Ambil Islam ikut suka. Lepas tu kata orang anti Islam.

Prinsip Islam apa Fiqh Alawiyat pun tak tahu!!!

Yang jahil,

Nobody

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails