Monday, October 05, 2015

Wee Choo Keong, Dinasti Lim ‘diktator’ -Helen Ang's Blog.


Dinasti Lim diberi jolokan ‘diktator’

Bersambung daripada posting kelmarin Pakatan punya lah ramai pengikut ‘personality cult’ menggarap dinasti politik dan peranan Nurul anak perempuan Anugerah Tuhan.
Wee Choo Keong dan Kua Kia Soong pernah menjadi Ahli Parlimen mewakili DAP.
Kua yang keluar parti pada tahun 1995 menulis dalam bukunya ‘Inside the DAP’ bahawa Lim Kit Siang “has become synonymous with the DAP through concentration of power and authority in his position”. (Kua dipetik Isnin lepas dalamrencana FMT)
Dalam pendedahan di bukunya, Kua berkata Kit Siang sebenarnya tidak terdaya menangkis kewujudan sindrom pemerintahan anak-beranak Lim.
Sementara itu, tambah Kua lagi, orang dalaman yang taat kepada ketua mutlak parti tersebut hanya bersikap ampu bodek (“sycophants”) serta sedia untuk mencipta alasan-alasan mempertahankan tindak-tanduk ‘si maharaja’ (“tiresome emperor’s apologists”).

Kim Jong Un menggantikan bapanya Kim Jong Il yang mengambil alih tampuk pemerintahan dari Kim Il Sung (datuk Jong Un)
Pada 1990-1995, Wee Choo Keong mengambil alih kerusi Ahli Parlimen Lee Lam Thye di Bukit Bintang, kubu kuat DAP.
Wee disingkir parti pada tahun 1998 manakala Lee lebih awal keluar parti pada 1990.
Mengulas pertelingkahan Godfather lwn Warlord yang tercetus baru-baru ini, Wee memberitahu wartawan FMT bahawa tindakan menentang tidak dibenarkan dalam DAP — gegala yang berpunca daripada kuasa dipusatkan di tangan Kit Siang selaku setiausaha agung.
Wee juga pernah berkata dalam blognya:
“This innate behavior of DAP leaders playing ‘Politics of Tagging‘ whenever their higher-ups are faced with problems and then resorting to a smear campaign to accuse others of being “BN agents, disgruntled politicians, wanting to jump ship and what-have-you” is all too familiar. What should have been the right thing for them to do is address the real problems that had been highlighted instead of stooping so low. This desperate act is similar to the McCarthyism practised in America during the 1950’s when most political problems faced by the power-that-be were somehow because of acts of sabotage by communists. This style of low class politics can continue to carry on in DAP but it must be stopped within the PR if we are serious about wanting to see a change of government in the 13th General Elections.”
Wee membuat catatan di atas pada 5 Feb 2010 serentak dengan ‘witch hunt’ yang dilancarkan oleh konco-konco Guan Eng terhadap Tan Tee Beng dan Zahrain Mohd Hashim — Yang Berhormat-Yang Berhormat di Pulau Pinang yang sekarang merupakan Ahli Parlimen bebas setelah keluar Pakatan.
“This style of low class politics” yang disebut Wee merujuk kepada cara orang kanan Guan Eng menyerang peribadi lawan melalui “smear campaign” (kempen fitnah). Sesiapa yang kritis terhadap setiausaha agung pasti akan dituduh sebagai “ejen BN”, jelas Wee.
Berbanding Kit Siang yang digambarkan sebagai seorang yang tegas, Guan Eng pula kini bergelar diktator.
Bukan sahaja Zahrain yang menggambarkan Guan Eng sebagai berciri ‘diktator‘ malah mantan ketua menteri Pulau Pinang Koh Tsu Koon pun membayangkan demikian juga.

Screenshot rencana 'Malaysiakini'
Koh dipetik Malaysiakini sebagai berkata memanglah Guan Eng petah bercakap namun dia bukan seorang pemimpin yang berupaya mencari jalan penyelesaian:
“Of course he can give speeches like Sukarno and Hitler, he is clever to talk. But what is the solution?”
Politik bercorak McCarthyism (amalan witch hunt) yang dipraktikkan DAP dibawa mereka ke Pakatan.
Mangsa terbaru ialah kaunsilor MPPP Lim Boo Chang yang meletak jawatan bulan ini.
Boo Chang telah membantah perjanjian berat sebelah sPICE diluluskan belanjawan MPPP tanpa ahli-ahli majlis diberikan salinan kontrak untuk diperiksa.
Seperti yang disebut Wee Choo Keong (atas), “What should have been the right thing for [DAP] to do is address the real problems that had been highlighted instead of stooping so low”.
Boo Chang berkata beliau tidak diberikan salinan kontrak. Adakah dakwaannya benar atau palsu?
Takkan kenyataan mengenai penyelewengan proses pun tidak mampu disangkal pejabat ketua menteri Pulau Pinang yang dikatakannya telah menekan MPPP untukmemanfaatkan pemaju sPICE?

Lim Mah Hui di Penang Forum pada 18 Disember
Saya ingin bertanya kepada kaunsilor Lim Mah Hui, iaitu wakil NGO dalam MPPP: Adakah betul tuan pernah menerima salinan kontrak itu? Soalan senang, kan?
Bersuara demi menegakkan kebenaran suatu perkara yang mungkin diambil mudah dalam sebuah demokrasi tetapi akan dibendung oleh rejim autokratik yang sering mengeluarkan perintah tutup mulut.
Ng Wei Aik (setiausaha politik Guan Eng) telah mencemuh Boo Chang melalui Twitter serta disusuli para penyokong Pakatan yang – meminjam frasa dari petikan Wee Choo Keong – giat bermain “politics of tagging”. Pelbagai panggilan menghina dilontarkan mereka ke atas bekas kaunsillor MPPP itu di alam siber.
Jika rakan seperjuangannya Lim Mah Hui masih mendiam seribu bahasa, maka kita harus membuat kesimpulan bahawa CAT (Competency, Accountability, Transparency) yang digembar-gemburkan pentadbiran DAP sekadar kucing bertanduk.
Maklumlah badan-badan NGO di Pulau Pinang pun sudah berjaya dijinakkan oleh DAP. Baca ‘Suddenly, it’s disconcertingly quiet on the NGO front‘ (NST, 10 Okt 2011)
Cabaran Boo Chang setakat ini masih belum disahut:
“Pakatan have to answer to my charges on sPICE and other issues concerning the people, if they are gentleman enough, but not to resort to character assasination and underhand tactics.”
Cara DAP beoperasi tampak benar ala diktator. Enggan menangani isu tetapi lebih cenderong mengacah (harass) sesiapa yang berani mengkritik.
Perangai apparatchik DAP yang terikut-ikut sifu mereka nyata selaras dengan gaya kerajaan diktator di Korea Utara.
Helen Ang's Blog.

2 comments:

Anonymous said...



Parti DAPig telah berjaya menghasut badut, pelawak dan tukang karut membentuk parti kuali untuk memecah-belahkan orang-orang Islam, memusnahkan parti Islam dan menghalang perlaksanaan hukum Allah di negara ini. Kita semua telah mengetahui bahawa semua parti barua yang bersekutu dengan parti DAPig telah menerima syarat Fir'aun DAPig iaitu menolak perlaksanaan hukum Allah di negara ini. Oleh sebab itu, munafik-munafik DAPig ini tidak layak memimpin orang-orang Islam di negara ini sebab mereka hanya layak menjilat kaki Fir'aun DAPig.

Hanya orang-orang bodoh bertingkat-tingkat dan munafik mangkuk hayun sahaja yang menyokong parti DAPig menentang perlaksanaan hukum Allah di negara ini. Maka kita tidak merasa hairan melihat geng munafik mangkuk hayun ini sanggup menjilat kaki tuan guru DAPig dan menghina dan menfitnah ulama-ulama Islam !

Anti Fitnah said...

Kasihan melihat manusia yang makan "BABI" sedang berbuat fitnah terhadap orang lain. Munafik tu ada di mana-mana. Bukan sahaja dalam pembangkang, ianya begitu banyak terdapat dalam parti pemerintah malahan menular ke dalam parti yang anggap diri depa "JAGUH" dalam memperjuangkan Islam. Manusia yang mengejar kemewahan secara mudah memang tak mampu "sehidup semati" dengan pembangkang sebab pembangkang tidak memBENARkan hal itu berlaku.
Janganlah kita memalukan Islam dengan menggelarkan DAPig sebab semasa kita berbuat tuduhan tersebut, kita terlupa bahawa kita sudah tiga kali ganda menjadi DAPig. Ingat, apabila kita menuding jari telunjuk kita pada orang lain, pada masa yang sama ada tiga jari lagi sedang menuding kepada diri kita sendiri.
Saya amat prihatin dan kenal sangat dengan "pejuang2" Islam maupun keBANGSAan, depa bukan memperjuangkan sangat apa yang dikata, yang diperjuangkan ialah PERUT dan NAFSU serta EGO depa. Kalau kita berasa sombong dan takbur semasa menyatakan perjuangan itu, maka kita bukanlah pejuang sebenar. Yang ada hanya MUNAFIKUN sahaja.
Kepada Anon 11:28 AM, cuba lihat pada diri "KAU". Dah berapa kalikah kau diBABIkan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails