Saturday, May 30, 2015

Kumpulan Biadap Anti Islam Hina Nabi, Berang Lagi..




WASHINGTON – Penyertaan yang memenangi pertandingan melukis kartun Nabi Muhammad tidak dibenar dipaparkan pada papan iklan sistem pengangkutan awam di ibu kota Amerika Syarikat (AS), Washington, kata beberapa pegawai kelmarin sekali gus mencetuskan kemarahan penganjur pertandingan biadab itu.
Kartun itu merupakan sebahagian pertandingan yang mencetuskan serangan di Texas pada bulan lalu apabila dua lelaki Islam bersenjatakan raifal melepaskan tembakan ke arah para pesertanya sebelum mereka ditembak mati oleh seorang polis trafik.
Pertandingan biadab itu diadakan oleh sebuah kumpulan anti-Islam yang diasaskan oleh Pamela Geller (gambar). Dia berang berhubung keputusan pihak berkuasa melarang penyiaran kartun itu di ibu negara AS.
“Keputusan ini menandakan tiada lagi kebebasan bersuara di AS,” katanya.
Keputusan melarang penyiaran kartun tersebut dibuat oleh Pihak Berkuasa Transit Metropolitan Washington (WMATA), lapor akhbar Washington Post.
“Si pengecut (WMATA) boleh mendakwa tindakan tersebut bagi melindungi keselamatan orang ramai tetapi saya menyatakan sebaliknya. Mereka (WMATA) menjadikannya lebih berbahaya kepada rakyat AS di mana sahaja,” kata Geller.
Geller merupakan Presiden Pertubuhan Inisiatif Pertahanan Kebebasan Amerika yang disenaraikan sebagai kumpulan anti-Islam oleh badan pemerhati hak awam AS, Pusat Undang-Undang Kemiskinan Selatan. – AFP

Lihat..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah.. 

2 comments:

maae said...

Agenda menjatuhkan Islam. Tiada rasa hormat, tiada kewarasan. Tidak lain berselindungan di sebalik kebebasan penuh kejahilan.

Ramai melayu juga terikut-ikut di sini. Ini lah agenda "mentafsirkan semula Al Quran , mirip, tetapi dalam konteks menghalalkan cara cara musuh Islam, bersendikan sekularisme, yang beribu pejabat di sana)

Jika agenda ini berjaya, percaya lah, Islam.itu juga akan di tafsirkan mengikut kehendak mereka. Islam yang menentang, positif di cop pengganas / ekstremis.

Kini Malaysia juga di susupi sosok subserversif yang cuba menyemarakan perkauman dan anti Islam. Kerajaan tetap juga di persalahkan akibat perbuatan.ekstremis / pelampau mereka yang berpusat di HK. Pelik nya suara l2 sumbang dari kalangan melayu sendiri.

Negara kita acuan kita. Musuh di mana-mana. Alam siber itu medan juang nya...

Anonymous said...

Pergi mampus Pamela Geller!!!! Semoga Allah laknat Pamela Geller yang kurang ajar menghina Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails