Monday, May 25, 2015

Terbaru! Dibawah Najib, Setelah Proton, 8,000 Kakitangan MAS Tunggu Dipecat, (61)

SETELAH berita  jualan kereta proton merudum teruk 52.8% semalam (Jualan Kereta Proton Merudum 52.8% Kerana.. ) kini kapal terbang MAS pula.. Tercabarkah PM Najib untuk letak jawatan?
Satu pertiga atau kira-kira 8,000 kakitangan Malaysia Airlines (MAS) akan diberhentikan bagi memulakan semula syarikat penerbangan itu dalam skala lebih kecil dengan memberi tumpuan kepada pasaran serantau dan bukannya antarabangsa, lapor akhbar.
Pentadbir syarikat itu yang baru dilantik Datuk Mohammad Faiz Azmi iaitu pengarah eksekutif firma perundingan dan audit PricewaterhouseCoopers akan menandatangani semua surat penamatan kerja yang akan diserahkan pada Rabu ini.
"Dalam masa beberapa hari saja lagi, mereka akan menerima surat sama ada penamatan kerja atau surat tawaran semula untuk berada di syarikat berkenaan di bawah pengurusan baharu.
 "Kira-kira dua pertiga daripada 20,000 kakitangan akan ditawarkan pekerjaan dengan perjanjian baharu," lapor portal MStar hari ini.
Portal itu berkata pemberhentian beramai-ramai bertujuan mengurangkan penghijrahan kakitangan MAS sedia ada ke dalam sebuah syarikat baharu iaitu MAS Bhd yang akan memulakan operasi pada 1 September depan.
Katanya, kakitangan mungkin akan menerima dua surat - pertama bertujuan menamatkan perkhidmatan mereka dengan MAS dan sama ada tawaran lain untuk menyertai MAS Bhd atau melaporkan diri ke Pusat Pembangunan Korporat (CDC) yang ditubuhkan untuk melatih semula pekerja dipecat.
"Sesetengah daripada mereka juga akan ditawarkan kontrak jangka pendek di MAS Bhd," kata sumber kepada portal itu.
Portal itu berkata mereka yang dipecat akan dibayar pampasan tetapi jumlah yang diterima mungkin tidak sebanyak seperti di bawah perjanjian kolektif (CA).
Katanya, mereka yang ditawarkan bekerja semula dengan MAS Bhd juga akan mendapatkan wang dalam bentuk bonus tetapi formulanya tidak diketahui.
"MAS akan mengetahui berapa ramai yang menerima tawaran menyertai MAS Bhd pada 12 Jun.
"Mereka harus mempunyai pelan luar jangka jika angka yang menerima tawaran tidak sepadan apa yang mereka harapkan.
"Juruterbang dan anak kapal menerima permintaan daripada beberapa syarikat penerbangan termasuk Korea Airlines dan Qatar Airways berikutan mereka sudah menjalankan pameran bergerak untuk menarik anak-anak kapal MAS," kata sumber itu kepada MStar.
Salah seorang kakitangan MAS yang tidak mahu dinamakan berkata kepada portal itu tidak menyangka syarikat berkenaan akan memberhentikan pekerjanya seramai itu.
"Saya ingat GLC adalah tempat yang paling selamat untuk bekerja, tetapi sekarang saya tidak tahu jika saya akan mempunyai pekerjaan pada 1 Jun.
"Ia adalah masa yang sangat menyedihkan dalam hidup saya. Saya tidak pernah terfikir hari ini akan datang sejak saya mula-mula menyertai syarikat penerbangan ini lebih 2 dekad lalu.
"Saya tidak boleh berfikir tentang bagaimana saya akan membayar pinjaman perumahan dan kereta saya," katanya. – 25 Mei, 2015. (TMI)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails