Thursday, May 28, 2015

DAP Cari Fasal Lagi, Tuduh 'Alat Politik' & 'Hudud Sempit' ..

Rombongan wakil rakyat DAP turut bertemu pelajar Malaysia ketika lawatan ke 2 negara Timur Tengah, bulan lalu. – Gambar daripada Facebook DAP Mesir, 28 Mei, 2015.
Rombongan wakil rakyat DAP turut bertemu pelajar Malaysia ketika lawatan ke 2 negara Timur Tengah, bulan lalu. – Gambar daripada Facebook DAP Mesir, 28 Mei, 2015. Baru melawat 2 negara sudah riuh.

DAP cari fasal lagi, dengan menuduh versi undang-undang jenayah Islam atau hudud yang diperkenalkan PAS adalah sebagai “alat politik".

Kata DAP, versi undang-undang jenayah Islam atau hudud yang diperkenalkan PAS ialah “alat politik", dan mendakwa ia digunakan untuk memecahbelahkan pembangkang kerana PAS cuba mendapatkan sokongan wakil rakyat Islam di Parlimen bagi meluluskan pindaan undang-undang yang akan membenarkan hudud dikuatkuasakan di Kelantan.
Ia antara kesimpulan yang dibuat rombongan pemimpin DAP yang melawat 2 negara Timur Tengah bulan lepas bagi mempelajari mengenai politik Islam dan bagaimana undang-undang agama diguna pakai di negara Islam lain.

"Di Malaysia, perbincangan hudud sempit dan digunakan sebagai isu politik untuk memecahkan pembangkang." kata DAP lagi.

Antara yang dilapor oleh The Malaysian Insider hari ini.

Menuduh Hukum Hudud sebagai 'alat politilk' dan 'hudud sempit' adalah amat keterlaluan. DAP memang cari fasal lagi untuk memecah belahkan pembangkang. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails