Wednesday, May 27, 2015

Saham FGV Merosot, Pun Membantu PM Najib Merudum? (63)

Pengarah ANAK, Mazlan Aliman (kiri) dan Ketua Khidmat Pelanggan Bursa Malaysia Saidi Ahmad sebelum penyerahan memorandum di Bursa Malaysia, Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 26 Mei, 2015.
Pengarah ANAK, Mazlan Aliman (kiri) dan Ketua Khidmat Pelanggan Bursa Malaysia Saidi Ahmad sebelum penyerahan memorandum di Bursa Malaysia, Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 26 Mei, 2015. 
 
 
Saham FGV merosot, apakah ia embantu PM Najib merudum saama seperti merudumnya saham tersebut?  

Spekulasi Felda Global Venture (FGV) bakal digugurkan daripada Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) ekoran prestasi sahamnya yang semakin jatuh merudum membimbangkan peneroka, kata Dr Rosli Yaakop.

Penasihat ekonomi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) itu berkata, FGV perlu disiasat bagi memastikan syarikat itu tidak melanggar mana-mana peraturan dan undang-undang pasaran saham dalam proses penyenaraiannya dan dalam urus niaga di Bursa Malaysia.
 
Katanya, ini berdasarkan saham FGV menurun RM2.02 seunit, jatuh 54% di bawah harga tawaran asal (IPO) RM4.45 sesaham, memberi petunjuk masa depan FGV yang kelam.
 
Kebimbangan itu disuarakan melalui memorandum kepada Bursa Malaysia Kuala Lumpur, memastikan agar FGV bebas dari sebarang cubaan memanipulasi harga pembelian 51% kepentingan Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) dalam Felda Holdings Berhad.

"Jika didapati ada pelanggaran peraturan dan undang-undang pasaran saham, manipulasi, pengkhianatan dan penipuan, tindakan yang sewajarnya perlu diambil ke atas pihak yang terbabit," kata Rosli dalam memorandum yang diserahkan kepada Bursa Malaysia hari ini.
 
Ia diterima Ketua Bahagian Perhubungan Pelanggan Bursa Malaysia, Saidi Ahmad. – 26 Mei, 2015. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails