Monday, May 25, 2015

Janda Baik: Laungan Bergema Mahu Najib Disingkir.. (60)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin menghadapi cabaran kepimpinan tidak lama lagi, lapor akhbar The Economist, hari ini.  – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Mac, 2015.


LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan? 
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?



Sorakan untuk Muhyiddin isyarat singkir Najib? 

RAKAMAN video ucapan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di satu majlis tertutup Umno heboh diperkatakan, terutamanya kerana beliau mahu  pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipecat dan disiasat.

Bagaimanapun, terdapat isu yang kedua mengenai dakwaan bahawa sebilangan besar daripada 400 ahli Umno yang hadir di majlis di Janda Baik itu bersorak apabila ada satu laungan bergema mahu presiden parti Datuk Seri Najib Abdul Razak disingkirkan.

Malaysiakini bertanya kepada tiga pemimpin bahagian Umno yang menghadiri majlis berkenaan tetapi hanya seorang mengesahkan ia berlaku, manakala dua yang lain menyatakan rasa tidak pasti.

Menurut pemimpin bahagian Umno yang enggan didedahkan identitinya itu, hadirin teruja apabila Muhyiddin meminta Lembaga Pengarah 1MDB dipecat serta disiasat.


Pada ketika itulah kedengaran laungan itu supaya Najib disingkirkan.

"Daripada 400 ahli yang hadir, separuh daripada mereka bertepuk tangan dan bersorak," katanya.

Muhyiddin pula, kata sumber itu berkenaan, kelihatan tenang.

Sesetengah pihak membuat spekulasi mungkin gesaan itu ada kaitan dengan Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dan bukannya kepada Najib.

Bagaimanapun pemerhati berpendapat sebaliknya
.
Menurut sumber, Muhyiddin bercakap secara terus terang mengenai kemelut 1MDB kerana tahu ahli Umno mahukan jawapan.

"Kami tahu isu 1MDB daripada dakwaan pembangkang dan tidak pasti sama ada mereka berbohong mengenainya.
"Kami mahu pemimpin sendiri bercakap benar dan memberikan jawapan.
"Ahli Umno tak mahu mengikut membuta tuli," katanya. (MK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails