Sunday, May 24, 2015

Ini, Papan Luncur Boleh Terbang


DURU berjaya terbang sejauh 275.9 meter dalam percubaan terbaharunya.

JOM KREATIF
QUEBEC, Kanada – Seorang lelaki mencipta papan luncur terbang sekali gus mencatat rekod baharu dalam Guinness World Records baru-baru ini.
Catalin Alexandru Duru berjaya menerbangkan papan luncurnya itu sejauh 275.9 meter di atas Tasik Ouareau di sini yang sekali gus merealisasikan adegan dalam filem Back To The Future pada tahun 1989.
Duru memberitahu, papan luncur tersebut boleh digunakan di mana-mana permukaan tetapi dia memilih membuat eksperimen di atas air bagi mengelak sesuatu yang tidak diingini jika berlaku kerosakan pada enjin papan luncur berkenaan.
“Saya mahu menunjukkan kita boleh terbang secara stabil menggunakan papan luncur yang diubah suai dengan mengawal alat tersebut menggunakan kaki,” ujarnya.
Papan luncur itu pernah direkodkan terbang sejauh 49.9 meter dan percubaan terbaharu Duru mengatasi rekod berkenaan sebanyak lima kali ganda.
“Ini satu pencapaian yang benar-benar memukau serta luar biasa dalam dunia kejuruteraan dan pengangkutan,” kata jurucakap Guinness World Records. – Agensi 
 

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails