Saturday, February 07, 2015

Pejalan Kaki New York Tidak Peduli Ada Gelandangan Mati Kesejukan.

Pejalan kaki di New York tak peduli ada gelandangan mati kedinginan
Di depan kedai ini gelandangan itu mati kedinginan, disebuah negara yang kononnya kaya. © Daily Mail

SEORANG gelandangan pagi kelmarin ditemui sudah meninggal di depan tangga masuk sebuah kedai di Bandar New York, Amerika Syarikat. Para pejalan kaki baru menyedari dia sudah meninggal kerana beberapa kali dilangkahi dia tetap tidak bergerak.

Akhbar the Daily Mail melaporkan, Khamis (5/2), sejumlah saksi berkata mereka melihat beberapa orang melangkahkan kaki di dekat lelaki gelandangan yang terjerumus di depan kedai Westsider Records di kawasan Upper West Side.

Lelaki keturunan Amerika Latin itu didapati memakai kasut tanpa tali dan berkaus kaki. Pegawai tidak mencari kad identiti lelaki itu. Polis menyatakan bedah siasat akan dijalankan untuk mengetahui punca kematiannya. Namun seorang peguam bagi kaum gelandangan mengatakan suhu udara pada Isnin malam sangat sejuk.

Pengurus kedai, Bruce Edar, 59 tahun, berkata kepada akhbar New York Daily News, suhu udara pada malam itu memang sangat sejuk.

"Malam itu suhunya sangat mengerikan. Siapa pun yang berada di luar masa itu perlu dibawa ke tempat perlindungan," kata dia.


Gelandangan di New York tidak banyak bicara saat mengemis, tetapi menggunakan kertas permohonan dan sebuah gelas.
Gelandangan di New York tidak banyak cakapn masa mengemis, tetapi menggunakan kertas permohonan dan sebuah gelas.
Gelandangan di New York tidak banyak bicara saat mengemis, tetapi menggunakan kertas permohonan dan sebuah gelas.
Seorang pengemis tua.

Dalam Islam Nabi Muhammad SAW mengatakan, tidak sempurna iman seseorang itu, sekiranya ia tidur dalam kekenyangan, sedang jirannya dalam kelaparan. Tidak sempurna iman, jangan main-main...  (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails