Saturday, February 07, 2015

8 Abu Sayyaf/Radullan Sahiron (Wanted AS), Terbunuh



ZAMBOANGA: Seramai lapan anggota kumpulan militan Abu Sayyaf yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda terbunuh dalam pertempuran dengan pihak berkuasa Filipina di selatan negara itu, kata tentera pada Sabtu.


Jurucakap agensi kerajaan, Chester Ramos berkata, dalam pertempuran  dengan kumpulan Abu Sayyaf yang mengawal kepulauan Jolo itu, seramai 13 anggota pihak berkuasa dari unit anti-pengganas turut mengalami kecederaan.

Jelasnya, anggota Abu Sayyaf yang terbunuh merupakan pengikut Radullan Sahiron - kumpulan bersenjata yang dikehendaki dengan nilai sebanyak AS$1 juta oleh kerajaan Amerika Syarikat. Ramos memberitahu, kumpulan Sahiron mula bertempur dengan pihak berkuasa di Patikul, Jolo sejak seminggu lalu sehingga menyebabkan enam anggota anti-pengganas cedera.

Abu Sayyaf merupakan kumpulan militan yang menguasai kawasan pedalaman Jolo sejak awal 1990 selain melakukan pengeboman di tempat awam sehingga mengorbankan banyak nyawa. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails