Tuesday, February 03, 2015

Guan Eng Masih Tutup Mulut Walau Sudah 7 Hari Dicabar SU PAS..



Guan Eng masih menutup mulut walaupun selepas tujuh hari dicabar Mustafa untuk berdebat berhubung isu pilihan raya PBT di Pulau Pinang. 

P/JAYA: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dikatakan masih menutup mulut walaupun selepas tujuh hari dicabar Setiausaha Agung PAS untuk berdebat berhubung isu pilihan raya PBT di Pulau Pinang yang beliau sendiri mulakan.

Beliau digesa segera tampil menyelesaikan perbalahan yang berlaku antara beliau dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. Seakaan tidak mahu mencampuri kemelut yang dianggap 'peribadi' itu, Pemangku Pengerusi Kebangsaan DAP, Tan Kok Wai berkata kempimpinan parti itu juga masih menanti kenyataan rasmi Guan Eng.

"Saya juga tak pasti apa perkembangan tentang isu ini. Kita masih tunggu respons (Guan Eng).
"Kita tunggu kenyataan Guan Eng. Saya difahamkan beliau akan buat kenyataan rasmi hari ini (Selasa). Selebihnya saya tak boleh komen," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Pada 28 Januari lalu, Mustafa menggelar Guan Eng bermulut celupar dan mencabar Ahli Parlimen Bagan itu untuk berdebat secara terbuka berhubung kontroversi pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT). Cabaran itu timbul selepas Guan Eng dilaporkan terlebih dahulu menuduh Mustafa berbohong kerana mendakwa beliau (Mustafa) bersetuju dengan pilihan raya PBT sedangkan pemimpin PAS itu menafikannya.

Bagaimanapun sejak daripada itu Guan Eng masih menutup mulut dan mengelak pertanyaan media walaupun selepas tujuh hari dicabar. Sementara itu seorang lagi pemimpin senior DAP, Dr Tan Seng Giaw turut mengambil pendirian yang sama iaitu untuk tidak mencampuri perbalahan antara dua pemimpin Pakatan Rakyat itu.

Katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat DAP, krisis berkenaan hanya boleh diselesaikan sendiri oleh Mustafa dan Guan Eng tanpa campur tangan pihak luar.

"Cara yang terbaik ialah Mustafa dan Guan Eng selesaikan sendiri. Kita yang lain nak komen lebih pun tak boleh sebab tak tahu apa yang sebenarnya berlaku," katanya. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails