Tuesday, February 03, 2015

Debat PAS/DAP Panas, Berkembang Ke Masalah 'Hadir Mesyuarat'..



 
PETALING JAYA: Isu Debat PAS/DAP dikatakan semakin panas.  Isunya berkembang apabila  DAP mengungkit dan turut memberi kata dua kepada PAS bagi memastikan Abdul Hadi hadir pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang akan diadakan sebelum 10 Februari ini.

Menurut mStar, dikatakan 'percakaran' antara dua sekutu pakatan pembangkang seakan tidak berkesudahan apabila mulanya DAP menegaskan bahawa mereka enggan tunduk kepada PAS dalam isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Justeru itu, dikatakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak perlu mengemukakan permohonan maaf kepada Mustafa dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata, kepimpinan parti itu menyokong penuh usaha Kerajaan Pulau Pinang untuk melaksanakan Enakmen Pilihan Raya Kerajaan Tempatan 2012 walaupun menerima tentangan daripada PAS.

"Saya ingin menegaskan bahawa soal perlunya Lim Guan Eng memohon maaf kepada Datuk Mustafa Ali tidak timbul sama sekali. DAP tidak akan dan tidak pernah tunduk kepada apa-apa tekanan daripada mana-mana pihak.
"Seluruh pimpinan DAP di semua peringkat berdiri teguh di belakang Setiausaha Agung DAP dalam isu pilihan raya kerajaan tempatan," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Selain itu Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, pelaksanaan pilihan raya PBT juga adalah selari dengan agenda dan Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

"Kami ingin mengulangi pendirian kami bahawa semua usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Pulau Pinang ke arah matlamat tersebut telah dimaklumkan oleh Guan Eng kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mustafa dan tidak pernah ada bantahan daripada mereka sebelum ini.
"Matlamat untuk mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan juga amat jelas selari dengan agenda dan Dasar Bersama Pakatan Rakyat," katanya.

Mengulas lanjut, DAP turut memberi kata dua kepada PAS bagi memastikan Abdul Hadi hadir pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang akan diadakan sebelum 10 Februari ini.

Menurut Loke, kepimpinan tertinggi DAP hanya akan menghadiri mesyuarat tersebut jika ia turut disertai Abdul Hadi.

"DAP memberikan komitmen akan menghadiri mesyuarat tersebut sekiranya PAS juga memberikan komitmen bahawa Presiden PAS akan menghadiri mesyuarat tersebut.
"Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP telah meluluskan satu resolusi sebelum ini yang menegaskan bahawa pimpinan tertinggi DAP hanya akan menghadiri Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dengan kehadiran Presiden PAS sendiri untuk mengelakkan keadaan di mana apa-apa keputusan yang dicapai dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat tidak direstui kemudian oleh Presiden PAS," katanya.
 
Jelasnya isu yang panas itu semakin berkembang. (IH)

2 comments:

Anonymous said...

Lihat gelagat pimpinan PAS untuk kelentong member sendiri. Pemimpin PR perlu akur bahawa pemimpin PAS yang pro UG selama-lamanya menganggap bahawa kedudukan mereka dalam PR lebih mulia dari rakan-rakan PR yang lain. Kata-kata mereka mesti dipatuhi oleh pemimpin-pemimpin PR. Pemimpin-pemimpin PR perlu faham bahawa musuh PAS yang paling utama ialah Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim ialah penghalang utama TGHH untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

5sal said...

balas dendam la ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails