Thursday, February 05, 2015

Corvan Technolygy: Bukan Kami Yang Hina Indonesia.


 
KEMASKINI
Corvan Technolygy, pengedar pembersih hampagas yang iklan berkaitannya menimbulkan kemarahan Indonesia, kini menjelaskan bahawa mereka tidak terlibat dan tidak bersetuju dengan kaedah pemasaran itu. Demikian dilaporkam Malayiakini.

Corvan menjelaskan iklan yang dikatakan menghina pembantu rumah Indonesia itu dibuat oleh pengedar tidak sah.

"Selaku pengedar tunggal (produk) Neato Robotics di Malaysia, Corvan Technolgy dan pengedar sah lain berpegang teguh dengan moral dan kod etika yang tidak akan membiarkan iklan dan promosi yang negatif atau menyinggung perasaan.
"Corvan Technology menggesa para pelanggan Neato BotVac Robotic Vacuums supaya berhati-hati dengan pengedar tidak sah," kata syarikat itu dalam kenyataan pagi ini.

Kedutaan Indonesia semalam mendakwa sebuah iklan di Malaysia menggunakan perkataan "fire your Indonesian maid" (pecat pembantu rumah Indonesia anda) menghina pembantu rumah negara itu. Selain membuat laporan polis, ia mengundang kecaman pelbagai pihak termasuk ahli politik dan NGO.

Kecaman paling lantang dilontar oleh Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok yang menggelar syarikat itu “kurang ajar”. 


Sementara itu di Jakarta, Naib  Presiden Indonesia, Jusuf Kalla hari ini membidas iklan syarikat peralatan pembersihan RoboVac dan mendesak syarikat itu untuk memohon maaf kerana didakwa menyiarkan iklan seperti disebutkan.

Jusuf melihat iklan itu sebagai satu perkara yang tidak beretika walaupun tujuan syarikat itu adalah untuk menarik pelanggan.

“Iklan itu mesti ditarik balik dan syarikat itu perlu memohon maaf. Ini memang di luar kawalan kita namun, ianya memang tidak beretika,” katanya pada Rabu, lapor The Jakarta Post.

Setakat ini bagi pihak kerajaan Malaysia belum mengeluarkan kenyataan apa-apa lagi, weblog sudah mendedahnya sejak pagi semalam lagi.

Lihat..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails