Monday, January 27, 2014

Ustaz Harun, Azizan ‘Degil’ Datang Mesyuarat – TG Nik Aziz




KL: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terkenang kegigihan Almarhum Datuk Harun Taib untuk datang mesyuarat sekalipun dengan berkerusi roda.

“Pagi ini saya masih terkesan dengan berita pemergian ke rahmatullah Allahyarham Ustaz Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat malam kelmarin.

“Terkenang kegigihan beliau untuk datang mesyuarat sekalipun dengan berkerusi roda,” tulis beliau di facebook.

Menurutnya, Almarhum dan Almarhum Ustaz Azizan kedua-duanya beliau kenal sebagai orang yang sangat degil.

Jelas beliau, mereka degil melawan kesakitan untuk terus datang mesyuarat sekalipun dalam situasi yang sangat uzur.

“Saya doa sungguh-sungguh, kedua-dua sahabat saya yang baru sahaja meninggalkan kita ini dirahmati oleh Allah SWT,” ujarnya.

Justeru, beliau berharap semua pendukung perjuangan Islam pun tidak putus-putus mendoakan pimpinan yang telah pergi selama-lamanya ini.

“Sesungguhnya masa mereka telahpun tiba, semoga apabila masa kita tiba nanti, kita pergi di dalam keimanan dan ketaatan kita yang tidak berbelah bahagi kepada Allah SWT. Amin Ya Rabbal Alamin,” ujarnya lagi. (HD)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails