Sunday, January 26, 2014

Peningkatan Mizz Nina: Mahu Berhenti Menyanyi.. Al-hamdulillah!


HALAMAN HIBURAN

PETALING JAYA – Penyanyi popular, Shazrina Tan Sri Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina berhasrat untuk berhenti menyanyi dan memberi fokus kepada ibadah serta perniagaannya.
Mizz Nina, 34, berkata, buat permulaan dia..
  • akan mengurangkan aktiviti nyanyian 
  • dan hanya menerima jemputan persembahan melibatkan penonton wanita.
MIZZ NINA terharu dengan kemenangannya meraih Anugerah Flava pada Shout! Awards 2013.

NOH dan Nina berkongsi momen indah ketika mengerjakan haji di Mekah
Katanya, kini..
  • “Ini adalah perkara baharu yang saya fahami semasa menuntut ilmu daripada beberapa orang guru agama.
  • “Saya tidak akan membuat persembahan di hadapan penonton yang bercampur lelaki dan wanita,” 
.. ketika ditemui pada bengkel World Hijab Day bersama Madeena di sebuah pusat beli-belah di sini semalam.

Al-hamdulillah. Begitulah sepatutnya, peningkatan keilmuan dan ketakwaan yang dipraktikkan.  Kesian mereka yang masih belum mendapat hidayah sepertinya.. Marilah kita sama-sama berdoa supaya lebih ramai lagi artis-artis mengikut jejak baiknya.
 (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails