Tuesday, January 28, 2014

Pilih Calon MB: Tidak Harus Ketepikan PAS/DAP - Saari Sungib

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, Saari Sungib (gambar), berkata bagi mencari pengganti Lee, PKR tidak seharusnya mengenepikan PAS dan DAP apabila memilih calon.

“Terutamanya apabila calon ini dikatakan akan menjadi menteri besar yang baharu,” katanya kepada The Malaysian Insider merujuk kepada spekulasi mengatakan Abdul Khalid akan meletakkan jawatan selepas pilihan raya kecil.

Peletakan jawatan secara mengejut Lee Chin Cheh menyebabkan berlakunya pergolakan politik di Selangor apabila pemimpin DAP dan PAS negeri itu mempunyai pandangan berbeza mengenai calon penggantinya yang mungkin menjadi menteri besar baru. Kata The Malaysian Insider hari ini.

Difahamkan, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberikan penjelasan hari ini berhubung episod terbaru PKR Selangor itu yang sedang dilanda peperangan di antara pengerusi parti, Mohamed Azmin Ali dan menteri besar penggal kedua, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Peletakan jawatan Lee menyebabkan PAS menuntut PKR berbincang dengan rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) sebelum membuat keputusan mengenai calon sementara DAP menegaskan PKR boleh memilih sesiapa sahaja.

Kedua-dua parti masing-masing mempunyai 15 kerusi sementara PKR kini hanya mempunyai 13 kerusi selepas Lee meletakkan jawatan semalam. Selangor mempunyai 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) secara keseluruhan. Abdul Khalid yang popular merupakan menteri besar bagi penggal kedua selepas bekas pemimpin korporat itu bertanding pada 2008.

Saari berkata, beliau menghormati keputusan Lee kerana itu adalah haknya untuk meletakkan jawatan sebagai anggota DUN walaupun baru dipilih lapan bulan lalu dan beliau hanya mengetahui berkenaan peletakan jawatan itu melalui kumpulan chat Whatsapp kumpulan penyokong kerajaan negeri (BBC).
Peletakan jawatan Lee disahkan Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh pada satu sidang media di Shah Alam, petang semalam.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, berkata terpulang kepada PKR untuk membuat keputusan mengenai calon.

"PKR boleh letak sesiapa sahaja sebagai calon, termasuk Anwar.
"Mereka boleh pilih calon tanpa persetujuan parti lain, kemudian mereka akan maklumkan kepada PAS dan DAP," katanya kepada The Malaysian Insider.

Kemelut antara Abdul Khalid dan Azmin dikatakan menjadi punca peletakan jawatan Lee bagi membolehkan pemimpin lain bertanding untuk menggantikan Abdul Khalid sebagai menteri besar.
Perbalahan antara kedua-dua pemimpin berkenaan semakin hangat apabila Azmin yang juga timbalan presiden PKR digugurkan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Adun Bukit Antarabangsa itu juga dilihat sering membantah secara terbuka tindakan Abdul Khalid antaranya ialah kenaikan gaji dan elaun untuk Exco dan Adun.

Adun Sekinchan daripada DAP, Ng Sue Lim bagaimanapun enggan mengulas lanjut peletakan jawatan Lee kerana beliau belum dimaklumkan berkenaan perkara itu.
"Saya hormat keputusannya itu, tetapi maklumat lanjut saya belum terima daripada kepimpinan pusat," kata Adun penggal ketiga itu.

Ahli Parlimen Kuala Langat dari PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid, berkata pengunduran Lee membuktikan beliau benar-benar pemimpin yang berwibawa untuk memperbaiki keadaan parti itu di Selangor.
"Beliau memaklumkan kepada saya secara peribadi sejak dua minggu lalu.

"Ini soal masa depan parti," katanya ketika dihubungi.
Abdullah Sani berkata, pengunduran Lee itu tidak dilakukan atas desakan mana-mana pihak, sebaliknya ia berlaku atas kerelaan beliau sendiri.(IH)

Berkait..


IKLAN    
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
  100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.

(klik gambar ini..)
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.  
HMH STEVIA HERBA.  

Wakil Penjual: 
Selangor Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
 
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai)  
Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Perlis, Kedah
0134384797 (Perlis)

Asri 0125445084 (Jitra) 
Norriehan 0175278832 (Alor Star),
Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)
Melaka 
Rahmat 0147266599 (Jasin)  

Lihat artikel

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails