Monday, January 27, 2014

Ini, Fikiran Beracun Melanda Negara Umat Islam.

 ‘Pelacur itu wira keluarga'
Jakarta: Seorang pegawai daerah di Jawa Tengah membantah rancangan mana-mana pihak menutup rumah pelacuran kerana perbuatan itu dianggap tidak berperikemanusiaan. Widya Kandi Susanti dari Kendal, Jawa Tengah berkata, di sebalik pelbagai tohmahan dan cercaan masyarakat, pelacur sebenarnya boleh diibaratkan sebagai ‘heroin’ dalam keluarga mereka.

 “Menutup rumah pelacuran hanya menimbulkan masalah seperti kemiskinan dan menyebarkan wabak seksual.

“Kita boleh menutup rumah pelacuran dengan mudah, tetapi pada masa sama perlu memikirkan alternatif lain untuk pekerja di situ menyara kehidupan,” katanya.

Widya berkata, pihaknya menawarkan kursus jahitan kepada pelacur di Kendal agar mereka dapat memperoleh wang melalui kemahiran baru itu. Bagaimanapun, kata Widya, selepas beberapa bulan biasanya wanita terbabit akan kembali memperdagangkan diri mereka.

 “Wanita terbabit melacur kerana sukar meraih wang yang memuaskan melalui pekerjaan baru itu berbanding menawarkan khidmat seks.
“Sebagai pelacur mereka kadang-kadang boleh mendapat sehingga lima pelanggan sehari,” katanya.

Menurut Widya, disebabkan keadaan sosial yang sudah berubah di Kendal - terutama dengan isu pelacuran yang melanda daerah itu - slogan “Kendal Suci” sudah tidak lagi bersesuaian untuk digunakan.

“Di Kendal ada banyak kompleks pelacuran yang besar dan penggunaan dadah juga kian berleluasa.
“Justeru tidak sesuai untuk menggunakan slogan seperti itu lagi,” katanya. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Inilah pemikiran beracun yang melanda negara umat Islam. Meletakkan dasar kehidupan hanya berasaskan ekonomi semata-mata, tidak peduli halal-haram lagi. Individu, masyarakat dan negara pun berfikir begitu. Walaupun sebut negara Islam, tetapi aktiviti haram dari sudut agama tetap berleluasa. Termasuk Malaysia!

IKLAN    
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
  100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
 
HMH STEVIA HERBA. 

Wakil Penjual: 
Selangor Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
 
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai)  
Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Perlis, Kedah
0134384797 (Perlis)

Asri 0125445084 (Jitra) 
Norriehan 0175278832 (Alor Star),
Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)
Melaka 
Rahmat 0147266599 (Jasin)  
Lihat artikel

1 comment:

Unknown said...

nak tahu apa pandangan dato masitah dan sisters in Islam dalam hal ini .... !!! Tolong dapatkan.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails