Monday, January 27, 2014

Himpunan TURUN 2.0 Seberang Jaya, Pulau Pinang & Gambar







Alhamdulilah himpunan hari ini berjalan lancar.. Tiada prvokasi, tiada pertumpahan darah,

‘Himpunan Turun 2.0’ pada hari ini 26hb Januari 2014 mulai jam 2.00 ptg di Tapak Parkir Sunway Business Centre, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Himpunan yang bermula jam 2 petang ini bagi membantah kenaikan kos sara hidup, pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selain menolak isu perkauman.

Ini isu ekonomi, kemiskinan rakyat dan membantah kenaikan harga barang, Tak ada kena mengena dengan isu perkauman.

Orang ramai pelbagai kaum hari ini berkumpul di Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang bagi menyatakan bantahan terhadap kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

Mereka membawa kain rentang dan melaungkan slogan menentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST), menuntut harga penurunan harga barangan keperluan asas serta mengejek kenyataan kangkung perdana menteri.

“Kangkung turun” antara laungan yang kedengaran dalam perhimpunan itu.

Selain kangkung, pelbagai sayur-sayuran turut dikandar ke perhimpunan itu, sekali gus menjadikannya penuh warna warni.

Wakil rakyat pembangkang Lee Khai Loon yang terkenal dengan flash mob kangkungnya sebelum ini turut kelihatan, selain Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramzli exco Pulau Pinang Dr Afif Bahardin, Chegu Bard dan Ketua Koordinator Jingga 13 Fariz Musa. #sumber
Himpunan geng umno di tempat yang sama









No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails