Tuesday, January 28, 2014

Penggiat Seni Yang Terlantar. Bob Lokman, Julie Dahlan...


Bob Lokman 

HALAMAN HIBURAN
KL: 27 Jan. - Penulis lirik, pelakon, pelawak dan pengacara Bob Lokman yang menghidap penyakit jantung dan paru-paru berair masih berada dalam wad untuk pemeriksaan rapi doktor di Hospital Sungai Buloh di sini sejak dua bulan lalu.

Bob atau nama sebenarnya Mohd. Hakim Lokman, 49, berkata, keadaannnya buat masa ini adalah lebih baik berbanding beberapa bulan sebelum ini biar pun dia masih dalam pengawasan rapi doktor ekoran dua penyakit yang dihidapinya itu. - Lapor Utusan Online hari ini.

YUSOF Haslam (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada Julie Dahlan sambil diperhatikan Freddie Fernandez (kiri) di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur, hari ini.

 Sementara itu, Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) turun padang menghulurkan sumbangan wang tunai berjumlah RM5,000 kepada ahlinya yang juga penerbit serta pelakon filem era 1980-an, Julie Dahlan yang menghidap penyakit buah pinggang, kencing manis dan kataraks mata di kediamannya di Bukit Antarabangsa di sini.

Menurut Presiden PFM, Datuk Yusof Haslam, 60, sumbangan itu bagi meringankan beban Julie termasuk bagi membeli ubat-ubatan serta rawatan buah pinggang menggunakan mesin dialisis sebanyak tiga kali seminggu yang dijalani oleh pelakon filem Si Badul dan Wira Angkasa berusia 61 tahun berasal dari Batu Pahat, Johor itu.

Sebelum ini, PFM pernah menyumbangkan bantuan berbentuk wang tunai kepada Allahyarham Azean Irdawaty sewaktu menderita penyakit barah walaupun arwah bukannya ahli PFM.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif PFM, Pancha Nalliah atau Pansha dan Ahli Jawatankuasa PFM, Datuk Freddie Fernandez yang sudah lama mahu menghulurkan bantuan itu kepada pelakon terbabit sejak dia disahkan menghidap penyakit buah pinggang dan kencing manis pada April tahun lalu. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails