Sunday, January 26, 2014

Kekeliruan Foto Almarhum TG Harun Taib -Hilmi Harun

Konvoi Mengiringi Tok Guru Nik Aziz Sempena PGU 5.0 Jabi

Ribuan Iringi Jenazah Almarhum Tuan Guru Dato' Harun Taib

LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Kekeliruan Berkaitan Foto Almarhum Tuan Guru Dato' Harun Taib

Semalam aku upload foto aku bersama Tuan Guru Dato' Harun Taib di FB aku.Pagi ni bila aku buka FB terdapat komen kononnya anak aruah meminta dipadamkan semua gambar aruah yang nampak muka.
Lantas aku terus padam foto aku bersama aruah.Komen di FB aku lebih kurang dengan kenyataan pada imej diatas yang aku print screen dari salah satu group wassap aku.
Tidak puas hati dengan kenyataan tersebut lantas aku cuba check di FB anak aruah,YB Ust Hilmi Harun.Yalah mana mungkin jika mahu memadamkan semua foto aruah yang beribu ribu tersebar di media2 sosial dan blog2.


Setelah aku check di FB YB Ust Hilmi Harun,rupanya beliau bermaksud foto jenazah aruah yang nampak muka selepas beliau meninggal dunia,bukannya ketika beliau masih hidup hu..hu..

Di FB YB Ust Hilmi Harun sendiri pun masih terdapat foto beliau bersama aruah ayahandanya ketika masih hidup.Jika beliau bermaksud semua gambar2 aruah ketika masih hidup dipadamkan,sudah pasti beliaulah orang yang pertama melakukannya.Wallahu a'lam.

Sesetengah daripada kita begitu cepat dan seronok print screen dan copy paste sesuatu maklumat tanpa merujuk kepada sumber asal dan sah terlebih dahulu.
Kesilapan aku,aku dah padam foto aku bersama aruah tanpa merujuk dari sumber yang asal.Satu pengajaran berguna untuk aku lebih berhati hati ~ Tinta Hijau DKB

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails