Thursday, November 21, 2013

Wanita Bogel Rampas Keretapi?

WANITA terbabit mengarahkan penumpang turun daripada kereta api.

Chicago: Seorang wanita menggemparkan penumpang kereta api komuter bandar ini apabila berbogel ketika menggunakan perkhidmatan awam itu dan mengisytiharkan dirinya sebagai Dewi Kereta Api dan merancang mengambil alih komuter itu.

Wanita yang tidak dikenali dan tidak berpakaian langsung itu muncul di Stesen Granville di Landasan Merah Chicago, laluan paling sibuk diurus Agensi Transit Chicago. Dia kemudian menampar beberapa penumpang komuter sebelum berjalan ke gerabak paling depan dengan niat untuk memandu kereta api itu.

Menurut saksi, wanita berusia 31 tahun itu mengarahkan semua penumpang turun menyebabkan perjalanan tertangguh 15 hingga 30 minit.

Foto
PEGAWAI polis mengiringi wanita terbabit keluar daripada Stesen Granville.

Polis tiba di stesen itu pada 12:45 tengah hari dan mengiringi wanita itu keluar daripada komuter. Wanita itu kemudian dibawa ke Hospital St Francis, Evanston untuk dinilai pakar perubatan. Jurucakap polis mendakwa wanita itu mengalami masalah mental, tetapi tidak menyatakan secara spesifik penyakit yang dihidapinya.- Agensi

Lihat...
E-Buku IH-67: Kisah-kisah Bogel (3)
E-Buku IH-67: Kisah-kisah Bogel (3)

2 comments:

Anonymous said...

harap2 blogger blog ini tak mengahadapi penyakit mental jugak....hihihihihi

Anonymous said...

Nampaknya pengomen di atas masih tuli lagi. Blog ini telah menyatakn pandangan dan pendiriannya.

Boleh tolak tapi dengan hujjah dan dalil syar'ie.

Pergi belajar lagi lah. Bengong! Lambat siang nak kritik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails