Tuesday, November 19, 2013

Video Rakaman Seks 2 Artis Tersohor, Dlm Negara Umat Islam..




HALAMAN HIBURAN

SKANDAL seks pasangan selebriti bukan perkara baru dan berlaku di mana saja. Ada kalanya skandal itu membabitkan penyiaran rakaman video menunjukkan pasangan terbabit sedang beraksi. 

Pernah berlaku rakaman membabitkan penyanyi utama kumpulan Parokya Ni Edgar, Chito Miranda dan teman wanitanya yang juga aktres, Neri Naig (gambar). Satu video didakwa menunjukkan mereka tidak berpakaian dan sedang berasmara dimuat naik ke dalam laman web YouTube sebelum ditarik balik.

Bagaimanapun, ada beberapa gambar disiarkan semula oleh media sosial, lapor akhbar The Inquirer. Miranda, 37, yang juga penulis lirik, dalam laman web Instagram - chitomirandajr -meminta maaf atas tindakan pihak tertentu membocorkan video peribadi itu.

Kami amat kesal dengan tindakan pihak tertentu menunjukkan video peribadi saya dengan teman wanita saya, Neri Naig.

Saya memohon maaf daripada keluarga kami atas kejadian yang tidak sepatutnya berlaku ini, kata Miranda.

Tidak lama selepas itu, dia mendedahkan lagi: Cakera keras kami dicuri dari rumah termasuk beberapa barangan lain.

Bagaimanapun, dia tidak mengesahkan sama ada pasangan dalam video seks itu benar-benar dirinya dan Naig, 27.

Beberapa tahun lalu, Indonesia turut digemparkan dengan penyiaran video seks penyanyi utama Peter Pan, Ariel dengan dua pelakon wanita terkenal negara itu, Luna Maya dan Cut Tari.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa tak habis-habis hal itu berlaku dalam negara umat Islam seperti Indonesia dan Malaysia? Nampaknya negara Brunei lebih bertamadun dan terkedepan dalam membangunkan jiwa insan, dengan baru-baru ini mengisytiharkan hudud atau perundangan Islam.

Pemerintah Malaysia baru cakap berbunga-bunga mengenai hudud, sehari dua ini. Itupun belum tentu lagi. PM Malaysia masih membisu seribu bahasa, walaupun anak buahnya menyanyi lagu lama yang sumbang bersyarat. Masih berpolitik mahu menjerat pembangkang?

Teringat cerita dalam kitab Ihya'Ulumiddin oleh Imam Ghazali, Iblis mendakwah Nabi Isa menyuruh mengucap Lailaha Illallah. Tapi, jawab Nabi Isa, aku tahu kalimah itu benar, tapi kamu yang menyuruh itu tidak berpegang kepada prinsip tersebut, aku tidak mahu ikut! (IH)

7 comments:

Anonymous said...

Banyak setan dalam badan tu yang jadi macam ni

Unknown said...

Kah ! Kah! Kah! Pasai ada orang macam hanglah. Pantang ada kisah sex hang pulun dulu.

Kah! Kah! Kah !

Cik Salju said...

Assalamualaikum.

maaf i menegur.

di atas blog incek tulis sampaikan walau satu ayat.

i anggap incek bermaksud satu ayat quran atau hadis.

gambar paparan incek itu menunjukkan sebaliknya.

tadi i blog walking hingga ke blog-blog umno.

kerana nak sebarkan sebuah berita penting beserta dengan link. mudah-mudahan mereka kembali ke pangkal jalan.

tiba-tiba i terlihat di blog link pro umno itu, ada link blog ibnu hasyim yang sedang menayangkan gambar lucah seperti di atas.

i amat terkejut dan terus klik link itu utk kepastian.

dan bila sampai di sini.... i rasa kecewa.

kerana selalunya saya lihat blog umno yang suka mencari populariti murahan dengan imej lucah dan berita tentang sex.

harap incek ibnu hasyim sudi turunkan gambar itu.

kerana reputasi anda sebagai blog yang di hormati agak terhakis di hati i dengan posting begini.

Anonymous said...

satu blog....blog ibnu sex dan satu lagi blog bau mawas.......hampeh....

Anonymous said...

alahai ibnu hasyim sudah2 laa blog pasal sex kat blog hang ni..

mohd azrul said...

blog ibnu hashim bukan blog lucah

mohd azrul said...

blog ibnu hashim bukan blog lucah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails