Wednesday, November 20, 2013

Ugut Keluar Pakatan: PAS PP Tidak Bijak, Kata Dr Mujahid




Langkah PAS Pulau Pinang meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) jika tuntutan mendapatkan jawatan mereka tidak diendahkan, ditempelak pelbagai pihak. Selain pihak yang memerhati, pemimpin PAS juga tidak senang dengan langkah itu.

"Saya tidak nafikan ada masalah yang timbul dalam konteks hubungan antara parti PR dalam kerajaan negeri dan ia perlu diselesaikan.
"Tetapi membuat kenyataan secara publik dengan nada ugutan untuk keluar adalah sesuatu yang tidak bijak," kata AJK PAS Pusat yang juga Yang Dipertua PAS Bukit Gelugor, Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof (gambar).

Mujahid mengulas tindakan sebahagian pemimpin PAS Pulau Pinang yang diketuai Timbalan Pesuruhjayanya Fauzi Yusof, yang mengugut akan meninggalkan PR. Mereka membantah campur tangan tidak munasabah dalam pentadbiran hal ehwal Islam dan pelantikan wakil parti sebagai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Fauzi Yusof dalam sidang media di Seberang Jaya berkata, jika perkara itu berterusan, PAS akan menyemak semula kedudukannya dalam PR.

Mujahid berkata, semua masalah boleh dibincang dan tidak perlu ugutan dalam mencari penyelesaian.
Mujahid sebelum ini dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang namun selepas beberapa penggal tidak bersedia untuk meneruskannya kerana menganggap ia tidak berkesan dengan pendekatan kepimpinan yang ada. Bagi Mujahid, apa yang perlu dibuat oleh PAS Pulau Pinang sekarang adalah mengukuhkan kedudukannya di negeri itu.

PAS bertanding lima kerusi DUN dan dua parlimen di Pulau Pinang namun hanya menang satu kerusi DUN sahaja dalam pilihan raya umum (PRU) Mei lalu. Mujahid yang bertanding di Parit Buntar, Perak dan menang memberikan tiga isu untuk difokus oleh PAS Pulau Pinang. Ia adalah isu kedudukan Melayu Pulau Pinang yang ketinggalan, mempertingkatkan kesedaran orang Melayu terhadap Islam dan memastikan perpaduan di kalangan parti dalam PR.

"Ketiga-tiga isu ini perlu digarap dengan baik jika PAS mahu dihormati dan disegani oleh kawan dan lawan," kata Mujahid.

Menurut Mujahid, aset terbesar PAS Pulau Pinang adalah pemimpinnya dilantik menjadi Pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

"Dengan kutipan zakat RM70 juta setahun, pelbagai perkara boleh dibuat oleh mereka khasnya terhadap umat Islam dan  orang Melayu Pulau Pinang di samping peruntukan daripada kerajaan negeri sendiri," kata Mujahid.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Salleh Man yang juga Adun Permatang Pasir adalah Yang Dipertua MAIPP. Selain Mujahid, para pengguna Facebook mempermainkan pemimpin PAS Pulau Pinang  ekoran 'ugutan' yang dibuat mereka semalam.

"Berhajat nak jawatan atau nak berkhidmat? Ukur kekuatan kita dengan tuntutan yang kita buat. Sepadankah? Jangan cepat melenting," tulis Abdul Wahad Jusoh dalam Facebooknya.
Bagi beliau, perkara ini boleh dirunding.
"Jangan terlalu geli dengan geletekan kecil. Kalau ini dah geli besar macam mana nak hadapi gelombang lebih besar. '
"Kena ada tolak ansur melalui rundingan, bukannya melepaskan melalui kenyataan akhbar. Kalau macam ni, lambat lagi PAS nak merintah. Asyik melatah saja," tulisnya.
"Kalau nak keluar daripada PR teruskan tidak payah nak ugut-ugut. Kita lihat PRU14 nanti bolehkah PAS menang dan tawan Putrajaya bersendirian. Penyokong PAS kena faham Melayu Islam pun tolak PAS bukan pasal kerjasama dengan DAP dan PKR," tulis Danny Jay pula. – 20 November, 2013. (TMI)

Sebelum ini..
E-Buku IH-18: 'PAS & Pemikiran Dr Mujahid'
E-Buku IH-18: 'PAS & Pemikiran Dr Mujahid'

4 comments:

Anonymous said...

Pas PP ni nampak ekstrem sikit.Orang beriman kena sabar dan berhemah dlm bertindak!

Anonymous said...

Kukuhkan kedudukan di PP dulu la...mcm gelojoh je la pulak.

Anonymous said...

Bila PAS nak dibubarkan dan berjuang dalam perjuangan DAP....!

Anonymous said...

Ape jadi dgn mamat yg bertanding lwn ckgu bard.haram tindakan pon x ader.senyap jer.heheheheehehe.ulat bulu naik daun daaaaaa.org dok benci umngok.hangpa wat perangai bodo.kah kah kah.memang bodo.lantak koranglah.tgok aper jd pru 14 nanti.kah kah kah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails